跳到主要内容
Nelum
马来西亚的法律

Wildlife Conservation (operation of zoo) Regulations 2012

颁布于 2012-01-30 · 文本截至 2026-10-01

以研究形式发布的公开法律与官方指引,不构成法律、税务或金融建议。

研究内容本身以英文撰写。标题和标签已翻译,调查结果和引文未翻译。

关于这部法律

原标题
Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012
语言
English; Malay
类型
条例
国家
马来西亚
主题
Wild species and ecosystems
关键词
animal health, animal welfare, authorization/permit, captive wild animals, pests/diseases, protection of species, ranching/captive breeding, vaccination, wild fauna, biodiversity

在哪里阅读

    该法律没有记录来源链接。

文本

所收录的法律原文,按条款排列。每个条款都有自己的链接。

  1. 31 Januari 2012 31 January 2012 P.U. (A) 36 WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012 WILDLIFE CONSERVATION (OPERATION OF ZOO) REGULATIONS 2012 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL'S CHAMBERS Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012 SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN Peraturan 1. Nama dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Kehendak bagi permit 4. Fi 5. Kesahan permit 6. Kurungan 7. Kawasan kuarantin 8. Pemakanan 9. Penjagaan kesihatan hidupan liar 10. Pembersihan kurungan 11. Pelalian hidupan liar 12. Eutanasia 13. Pertunjukan hidupan liar 14. Wang cagaran 15. Penalti JADUAL 2 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012 P.U. (A) 36 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 132(2)(eJ dan (!), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2012. Tafsiran 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: "Akta" ertinya Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]; "doktor veterinar" ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Doktor Veterinar 1974 [Akta 147]; "kurungan" termasuklah kawasan pameran hidupan liar dan kurungan malam; "pengendali zoo" ertinya mana-mana individu, badan berkanun, syarikat, persatuan atau pihak berkuasa tempatan yang memiliki atau mengusahakan zoo; "zoo" ertinya mana-mana kawasan atau premis yang menyimpan atau menempatkan hidupan liar sama ada untuk tujuan pemuliharaan, pendidikan, penyelidikan atau rekreasi, dan dibuka kepada umum. 3 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 Kehendak bagi permit 3. Tiada seorang pun boleh mengendalikan zoo melainkan jika dia memegang suatu permit yang dikeluarkan di bawah peruntukan dalam Bab 2 Akta. Fi 4. Fi yang kena dibayar bagi suatu permit yang dikeluarkan adalah satu ribu ringgit setahun dan hendaklah dibayar kepada pegawai pelesen melalui apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai pelesen. Kesahan permit 5. Permit yang diluluskan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah sah selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam permit itu. Kurungan 6. (1) Kecuali bagi kelas insekta dan araknida, mana-mana pengendali zoo hendaklah menyediakan suatu kurungan yang bersesuaian bagi setiap spesies hidupan liar mengikut saiz sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. (2) Kurungan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mempunyai reka bentuk yang sesuai dengan kelakuan semula jadi dan keperluan asas hidupan liar itu. (3) Reka bentuk kurungan yang disediakan oleh pengendali zoo itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan. Kawasan kuarantin 7. (1) Pengendali zoo hendaklah menyediakan suatu kawasan kuarantin bagi penempatan atau pengasingan sementara mana-mana hidupan liar yang baru diperoleh untuk tujuan pencegahan atau rawatan apa-apa penyakit yang mungkin dihidapi oleh hidupan liar itu. 4 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 (2) Bagi maksud subperaturan (1), apa-apa pelan kawasan kuarantin, saiz dan reka bentuk kurungan bagi hidupan liar itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan. (3) Pengendali zoo hendaklah memastikan bahawa kawasan kuarantin itu tidak dibuka kepada mana-mana orang awam. ( 4) Pengendali zoo hendaklah memastikan bahawa hidupan liar itu dikuarantin bagi suatu tempoh tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh doktor veterinar. Pemakanan 8. (1) Pengendali zoo hendaklah memastikan apa-apa makanan dan minuman yang disediakan bagi hidupan liar (a) mengandungi kandungan nutrien yang diperlukan, tidak tercemar dan diberi dalam kuantiti yang mencukupi sebagaimana yang ditentukan oleh doktor veterinar; (b) bersesuaian dengan pemakanan semula jadi spesies, keadaan fisiologi dan jantina hidupan liar itu. (2) Pengendali zoo hendaklah menyenggara dan menyimpan rekod-rekod pemakanan bagi setiap hidupan liar itu. Penjagaan kesihatan hidupan liar 9. (1) Pengendali zoo adalah bertanggungjawab untuk memastikan penjagaan kesihatan hidupan liar di zoo di bawah pengendaliannya. (2) Bagi maksud subperaturan (1), pengendali zoo hendaklah 5 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 (a) mengambil sekurang-kurangnya seorang doktor veterinar sepenuh masa untuk ditempatkan di zoo itu atau melantik seorang perunding doktor veterinar tetap jika tidak boleh berbuat demikian, tertakluk kepada subperaturan ( 4 ); (b J menyediakan klinik dan hospital veterinar di zoo itu; (c) memastikan bahawa bedah siasat dijalankan ke atas setiap hidupan liar yang mati dan direkodkan oleh doktor veterinar; ( d) menanda dan merekodkan setiap kelahiran hidupan liar di zoo itu; (e) menyenggara dan menyimpan rekod mengenai semua perkara yang berhubungan dengan pengurusan setiap hidupan liar di zoo itu; dan (fJ melaporkan kepada pihak berkuasa veterinar jika mana-mana hidupan liar dijangkiti atau disyaki dijangkiti oleh penyakit atau mati atau disyaki mati akibat penyakit, mengikut kehendak Akta Binatang 1953 [Akta 647]. (3) Perenggan 9(2)( a) hingga ( d) tidak terpakai bagi kelas insekta dan araknida. ( 4) Pengendali zoo hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah sebelum melantik mana-mana perunding doktor veterinar tetap yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan apa-apa perubahan mengenai pelantikan itu. Pembersihan kurungan 10. Pengendali zoo hendaklah menyenggara aktiviti pembersihan kurungan hidupan liar di zoo dan menyimpan semua rekod yang berhubungan dengan pembersihan setiap kurungan hidupan liar di zoo itu. 6 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 Pelalian hidupan liar 11. Pengendali zoo hendaklah memastikan bahawa apa-apa pelalian terhadap mana­ mana hidupan liar dilakukan oleh doktor veterinar atau mana-mana orang lain di bawah seliaan doktor veterinar itu. Eutanasia 12. (1) Eutanasia ke atas mana-mana hidupan liar di zoo hanya boleh dilakukan oleh doktor veterinar atau mana-mana orang lain di bawah seliaan doktor veterinar itu. (2) Eutanasia ke atas mana-mana hidupan liar boleh dilakukan jika doktor veterinar itu mendapati selepas pemeriksaan, hidupan liar itu mengalami kecederaan atau menghidapi penyakit yang tidak boleh disembuhkan atau atas apa-apa alasan lain yang doktor veterinar itu fikirkan perlu untuk menamatkan hayat hidupan liar itu. Pertunjukan hidupan liar 13. (1) Mana-mana pengendali zoo yang hendak mengadakan suatu aktiviti pertunjukan hidupan liar di zoo di bawah pengendaliannya hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah. (2) Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan di bawah subperenggan (1) dengan syarat pertunjukan hidupan liar itu (a) dipersembahkan berasaskan kelakuan semula jadi hidupan liar itu; (b) tidak melibatkan apa-apa paksaan, penderaan atau apa-apa unsur paksaan terhadap hidupan liar itu; dan (c) tidak mengakibatkan penderitaan, kesakitan dan ketakutan kepada hidupan liar itu. 7 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 (3) Hidupan liar yang digunakan bagi aktiviti pertunjukan hidupan liar tidak boleh ditempatkan di dalam kurungan pemindahan lebih daripada satu jam dalam sehari. Wang cagaran 14. (1) Walau apa pun seksyen 112 Akta, tiap-tiap pengendali zoo hendaklah mendeposit sejumlah wang sebagai cagaran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud membiayai apa-apa kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam menyita, menyimpan dan menyenggara apa-apa hidupan liar yang disita daripada pengendali zoo mengikut peruntukan Akta. (2) Jika wang cagaran itu telah digunakan sebahagiannya atau keseluruhannya, pengendali zoo hendaklah mendepositkan semula wang secukupnya kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (3) Wang cagaran hendaklah dikembalikan kepada pengendali zoo jika operasi zoo tidak lagi diteruskan. Penalti 15. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Peraturan­ Peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 8 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia A Mamalia Kategori spesies Karnivora besar Mamalia kecil, karnivora kecil Semua spesies beruang Semua spesies badak, badak air, tapir Lembu liar* Semua spesies rusa, kuda liar, antelop, unta, kambing liar* Primat besar Primat saiz sederhana Primat kecil ** Gajah Zirafah Kanggaru, wallabies* Napuh, pelanduk* JADUAL (Peraturan 4) Saiz Kurungan Saiz kurungan malam untuk setiap ekor Panjang Lebar Tinggi (m) (m) (m) 4.0 3.0 3.0 3.0 2.0 2.5 4.0 3.0 3.0 5.0 4.0 3.0 5.0 4.0 3.0 5.0 4.0 3.0 4.0 3.0 3.0 3.0 2.5 3.0 2.0 2.0 2.0 8.0 6.0 6.0 6.0 4.0 6.0 3.0 2.0 3.0 2.0 2.0 2.0 Saiz Saiz minimum minimum bagi kawasan kawasan bukan pameran pameran (setiap (setiap pasangan) pasangan) (m2) (m2) 500 so 80 8 300 30 500 so 500 so 300 30 300 30 150 15 so 5 1000 100 500 so 200 20 so 5 * Sekurang-kurangnya dua kurungan malam bagi setiap kawasan pameran ** Tidak termasuk spesies yang bebas berkeliaran 9 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 Penambahan saiz kurungan malam/ kawasan setiap individu tambahan (%) 10 10 10 10 5 2 5 5 5 5 5 5 5 P.U. (A) 36 B. Reptilia dan Amfibia Saiz minimum kawasan Penambahan Saiz berair di dalam kurungan saiz kawasan minimum setiap Kategori spesies kurungan (m2) bagi spesies yang individu memerlukan kawasan (m2) berair tambahan (%) Buaya, gharial, aligator 40 (sehingga 10 ekor) 100 (kedalaman minimum 10 1 meter) Ular sawa, boa, anakonda, 5 tedung selar, buaya kerdil, 30 (kedalaman minimum 10 biawak air (sehingga 2 ekor) 0.5 meter) Ular-ular lain 4 10 (sehingga 2 ekor) Ular air (sehingga 2 ekor) 4 1 10 Biawak, iguana 20 - 10 f sehingga 2 ekor 1 Biawak komodo 100 10 f sehingga 2 ekor 1 Gecko, cicak kecil 1 10 (sehingga 2 ekor) Tuntung, labi-labi 9 4 10 (sehingga 2 ekor) Kura-kura (sehingga 2 ekor) 4 - 10 Amfibia f sehingga 2 ekor) 1 0.5 10 10 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 36 C. Burung Saiz minimum Penambahan Kategori spesies Saiz minimum Tinggi kandungan air di saiz kawasan aviari (m2) minimum setiap ( sehingga 2 ekor) setiap pasang aviari (m) dalam aviari individu (m2) tambahan (%) Burung pemangsa bersaiz besar (Genus: Anthracoceros, Buceros, Anorrhinus, Aceros, Ictinaetus, Aquila, Spilornis, 100 6 - 10 Circaetus, Neophron, Gyps, Aegypius, Sarcogyps, Haliaeetus, Ichthyophaga dan Spizaetus) Burung pemangsa bersaiz sederhana (Genus: Hieraaetus, Butastur, Buteo, 40 5 - 10 Accipiter, Circus, Macheiramphus, Pernis dan Aviceda) Burung pemangsa lain 25 4 - 10 bersaiz kecil Burung kuang besar (Genus: Tragopan, 30 4 - 10 Ar,qusianus, Pavo 1 Burung kuang lain 20 3 - 10 bersaiz kecil Burung air 25 ( campuran pelbagai 50 6 (kedalaman 10 spesies sehingga 0.5 meter) 10 ekor) Penguin 40 (sehingga 10 ekor) 80 2 (kedalaman 10 2 meter) Burung hutan ( campuran pelbagai 40 6 - 10 spesies sehingga 10 ekor) Ostrich, emu dan 100 1.8 0.5 10 kasawari (ketinggian 11 Copyright of the Attorney General's Cham bers of Malaysia (Bu rung besar yang tidak boleh terbang) Parrot, parakeet 10 f sehine:e:a 10 ekor) Makaw, kakak tua 40 Dibuat 30 Januari 2012 [NRE 44/4/1/08; PN(PU2)697 /II] P.U. (A) 36 pagar) 3 - 10 6 - 10 DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 12 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia

Wildlife Conservation (operation of zoo) Regulations 2012 · Nelum