Pesticides (Labelling) Regulations 1984
颁布于 1984-07-19 · 文本截至 2026-10-01
以研究形式发布的公开法律与官方指引,不构成法律、税务或金融建议。
研究内容本身以英文撰写。标题和标签已翻译,调查结果和引文未翻译。
关于这部法律
- 语言
- Malay
- 类型
- 条例
- 国家
- 马来西亚
- 主题
- Cultivated plants
- 关键词
- pesticides, packaging/labelling, plant protection
- 类别
- agriculture
在哪里阅读
该法律没有记录来源链接。
文本
所收录的法律原文,按条款排列。每个条款都有自己的链接。
AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974 [AKTA 149] P.U. (A) 251/84 PERATURAN-PERATURAN RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELABELAN) 1984 Tarikh diterbitkan dalam Warta : 19 Julai 1984 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Ogos 1984 SUSUNAN PERATURAN Mukadimah. BAHAGIAN I - PERMULAAN Peraturan 1. Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. Peraturan 2. Tafsiran. BAHAGIAN II - LARANGAN Peraturan 3. Larangan. BAHAGIAN III - KEHENDAK-KEHENDAK PELABELAN Peraturan 4. Maklumat. Peraturan 5. Lebar pita warna. Peraturan 6. Kelas racun makhluk perosak. Peraturan 7. Kenyataan amaran atau hemat. Peraturan 8. Arahan-arahan untuk mengguna. Peraturan 9. Label hendaklah mudah dibaca. Peraturan 10. Bahasa yang akan digunakan. Peraturan 11. Melekatkan label. Peraturan 12. Membungkus racun makhluk perosak. Peraturan 13. Kualiti label. Peraturan 14. Unit metrik. Peraturan 15. Lain-lain maklumat. Peraturan 16. Frasa standad. Peraturan 17. Kesalahan. Peraturan 18. Sampel label. Peraturan 19. Maklumat lain. http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=56298 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=53519 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57619 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=52946 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=58151 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=54422 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=54859 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=52509 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57007 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=52327 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57157 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57690 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=58142 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=56590 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=58187 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57301 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=56604 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=58223 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=56522 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57940 Mukadimah. PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 57 Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149], Menteri, setelah berunding dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak, membuat peraturan-peraturan yang berikut: Peraturan 1. Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 dan adalah terpakai di seluruh Malaysia. (2) Peraturan-Peraturan ini hendaklah berjalan kuatkuasa pada 1hb Ogos 1984. Peraturan 2. Tafsiran. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "Akta" ertinya Akta racun Makhluk Perosak 1974; "jual" mempunyai erti yang sama seperti diberi kepadanya dalam Akta Racun Makhluk Perosak 1974; "label" mempunyai erti yang sama seperti diberi kepadanya dalam Akta Racun Makhluk Perosak 1974; "Lembaga" ertinya Lembaga Racun Makhluk Perosak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Racun Makhluk Perosak 1974; "Nama biasa" bagi perawis-perawis aktif ertinya nama yang diberi oleh (i) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia; atau (ii) Pertubuhan Antarabangsa bagi Pemiawaian; atau (iii) apa-apa nama lain yang diberi oleh Lembaga; "perawis aktif" ertinya suatu bahan yang memberi sifat-sifat racun makhluk perosak kepada hasil yang dirumuskan. Peraturan 3. Larangan. Tiada seorang pun boleh menjual racun makhluk perosak melainkan jika racun makhluk perosak itu mempunyai label yang memenuhi kehendak-kehendak pelabelan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini. Peraturan 4. Maklumat. Tiap-tiap racun makhluk perosak hendaklah mempunyai label yang mengandungi maklumat yang berikut: (a) nama perdagangan atau nama kepunyaan racun makhluk perosak dan nama itu hendaklah sama seperti yang ditetapkan dalam perakuan pendaftaran racun makhluk perosak; (b) perumusan racun makhluk perosak sebagaimana ditetapkan dalam perakuan pendaftaran racun makhluk perosak itu; (c) kegunaan racun makhluk perosak itu dengan menyatakan sama ada ianya racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, fumigan, racun binatang lunak, racun nematoda, racun hamama, racun bakteria atau lain-lain, atau perpaduan kegunaan, atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga; (d) (i) kandungan bersih racun makhluk perosak, tidak termasuk pembalut, yang hendaklah dinyatakan mengikut isipadu atau berat, sebagaimana disyaratkan oleh Lembaga; (ii) kandungannya hendaklah dinyatakan sebagai kuantiti minimum; variasi yang kurang daripadanya adalah tidak dibenarkan dan variasi yang lebih daripadanya tidak boleh banyak dengan tidak berpatutan; (e) (i) kenyataan perawis hendaklah ditunjukkan dengan terang pada label; (ii) nama biasa bagi perawis aktif, hendaklah diikuti dengan perawis lengai (jenisnya tidak perlu dinyatakan) dengan peratusannya yang sama mengikut berat. Berkenaan dengan racun makhluk perosak pepejal kandungan perawis hendaklah dinyatakan sebagai peratus berat/berat (% b/b) kecuali kepingan nyamuk yang hendaklah dinyatakan sebagai miligram/kepingan (mg/kepingan). Berkenaan dengan racun makhluk perosk cecair kandungan perawis hendaklah dinyatakan sebagai peratus berat/berat (% b/b) tetapi kenyataan tambahan dalam gram/liter (g/1) dalam 200C boleh dinyatakan; (iii) walau apa pun peruntukan perenggan (ii) di atas, bagi maksud-maksud pendaftaran dan penguatkuasaan, hanya peratus berat-berat (% b/b) digunakan. Perawis-perawis lengai termasuklah bahan cairan, agen-agen basah dan melekat dan lain-lain bahan tetapi tidak termasuk sinergis; (f) suatu kenyataan ringkas mengenai tanda terkena racun dan pertolongan cemas yang disyorkan atau kenyataan antidot termasuk rawatan perubatan; (g) nama dan alamat orang yang mendaftar yang diperihalkan dengan frasa "Didaftar oleh................................"; (h) tarikh sebenar racun makhluk perosak di kilang; (i) nombor pendaftaran racun makhluk perosak sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga; (j) (i) kelas yang diperuntukkan oleh Lembaga bagi racun makhluk perosak. Setelah diperuntukkan sedemikian, label itu hendaklah menunjukkan pita warna, kenyataan kenyataan amaran dan hemat seperti berikut: Kelas Warna Amaran Ingatan Ia Hitam BERACUN-AMAT BISA Simbol tengkorak dan tulang pangkah JAUHKAN DARI MAKANAN DAN KANAK KANAK Ib Merah BERACUN-BISA Simbol tengkorak dan tulang pangkah JAUHKAN DARI MAKANAN DAN KANAK KANAK II Kuning BERACUN JAUHKAN DARI MAKANAN DAN KANAK KANAK III Biru MERBAHAYA JAUHKAN DARI MAKANAN DAN KANAK KANAK IV Tiada Tiada JAUHKAN DARI MAKANAN DAN KANAK KANAK (ii) versi kenyataan-kenyataan bagi kenyataan amaran dan hemat dalam Bahasa China, Kadazan, Tamil atau Iban dalam perenggan (i) hendaklah mengikut Lampiran III. Peraturan 5. Lebar pita warna. Pita warna hendaklah mempunyai lebar minimum berukuran 10 peratus daripada lebar label dengan syarat bahawa perkataan-perkataan itu tidaklah lebih kecil daripada taip 7 poin dan simbol tengkorak dan tulang pangkah mengenai racun makhluk perosak Kelas Ia dan Ib hendaklah ditunjukkan dengan jelas dalam pita warna. Warna pita hendaklah sama dengan warna sampel yang diperuntukkan oleh Lembaga. Tidak ada pita warna bagi racun makhluk perosak Kelas IV. Peraturan 6. Kelas racun makhluk perosak. Kelas yang ditetapkan bagi racun makhluk perosak (iaitu perkataan-perkataan "Kelas Ia, Kelas Ib, Kelas II atau Kelas III") hendaklah dicetak dengan terang dan jelas pada pita warna. Perkataan-perkataan "Kelas IV" hendaklah dicetak dengan terang dan jelas pada label. Peraturan 7. Kenyataan amaran atau hemat. (a) Kenyataan mengenai amaran dan hemat yang sesuai bagi kelas yang ditetapkan bagi racun makhluk perosak sebagaimana dinyatakan dalam peraturan 4 (j) hendaklah dicetak dengan terang dan jelas dalam Bahasa Malaysia dan tiga lagi bahasa tempatan pada pita warna. Kenyataan itu hendaklah dalam huruf tebal dan saiz huruf taip itu hendaklah tidak kecil daripada taip 7 poin. (b) Tertakluk kepada peraturan 4 (j), kenyataan amaran atau hemat lain yang perlu dan, jika dipatuhi, adalah cukup untuk menghalang bencana terhadap manusia, binatang yang ada faedah, tumbuhan, dan binatang invertebrata berguna, hendaklah kelihatan pada label racun makhluk perosak. Kenyataan itu hendaklah menyatakan kemungkinan bahaya disebabkan pemakanan, serapan kulit, tarikan nafas, kebolehbakaran atau letupan racun makhluk perosak itu. Lembaga boleh menetapkan lain-lain kenyataan amaran atau hemat yang akan digunakan atas alasan kepentingan awam. Peraturan 8. Arahan-arahan untuk mengguna. Tiap-tiap label racun makhluk perosak hendaklah termasuk arahan-arahan yang cukup tentang penggunaan racun makhluk perosak itu dengan selamat dan berkesan sebagaimana diluluskan oleh Lembaga. Peraturan 9. Label hendaklah mudah dibaca. Kecuali bagi kenyataan-kenyataan amaran atau hemat yang akan dikemukakan mengikut peraturan 7 (a) semua perkataan, kenyataan gambarupa grafik, rekabentuk atau maklumat yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini supaya kelihatan pada label hendaklah ditunjukkan dengan jelas, terang, mudah dibaca dan dikemukakan dengan cara (dengan mengambil kira saiz taip, bentuk taip dan warna cetak yang mempunyai latar belakang yang berbeza) supaya ianya mudah dibaca dan difahami oleh seorang yang berpenglihatan biasa dan boleh menahan, atau dilindungi daripada kandungan bungkusan atau bekas itu. Peraturan 10. Bahasa yang akan digunakan. Tertakluk kepada peraturan 7 (a), 4 (a), 4 (e) (ii) dan 4 (e) (iii) perkataan-perkataan dan kenyataan-kenyataan lain hendaklah dicetak dalam Bahasa Malaysia. Mana-mana seksyen pada label, jika dicetak dalam bahasa lain, hendaklah mempunyai erti yang sama seperti teks Bahasa Malaysia. Peraturan 11. Melekatkan label. Label hendaklah dilekatkan pada atau dicetak terus pada bungkusan atau bekas itu. Peraturan 12. Membungkus racun makhluk perosak. Jika bungkusan atau bekas (seperti botol) diletakkan dalam bungkusan atau bekas kedua (seperti kotak kadbod), bungkusan atau bekas kedua itu hendaklah dilabel mengikut cara yang sama seperti bekas pertama. Peraturan 13. Kualiti label. Label hendaklah berbentuk dan dari kualiti yang tidak merosot, yang mudah dilihat atau yang tidak boleh tanggal dari bungkusan atau bekas itu disebabkan keadaan buruk pengangkutan penstoran dan keadaan iklim yang panas dan lembab. Peraturan 14. Unit metrik. Semua kandungan bersih, kadar, kepekatan dan sukatan hendaklah diberi dalam unit metrik. Peraturan 15. Lain-lain maklumat. Lain-lain maklumat yang terdapat pada label termasuklah arahan-arahan yang cukup untuk membancuh dan menggunakan racun makhluk perosak itu; suatu kenyataan pada bungkusan atau bekas mengenai pembuangannya dan lain-lain butir yang relevan mengenai sifat fizik dan biologis racun makhluk perosak itu. Peraturan 16. Frasa standad. Di mana berkenaan, frasa-frasa standad sebagaimana dinyatakan dalam Lampiran II hendaklah digunakan bagi maksud-maksud pelabelan. Peraturan 17. Kesalahan. Apa-apa ketakpatuhan atau pelanggaran terhadap Peraturan-Peraturan ini adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini. Peraturan 18. Sampel label. Untuk panduan, rujukan boleh dibuat mengenai label sampel yang dikemukakan dalam Bahasa Malaysia sebagaimana ditunjukkan dalam Lampiran I kepada Peraturan-Peraturan ini. Peraturan 19. Maklumat lain. Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan lain-lain maklumat untuk diletakkan pada label sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak yang disyaratkan dalam peraturan 3 hingga peraturan 16. Lampiran 1 Lampiran 2 LAMPIRAN II (FRASA-FRASA STANDAD) Bahasa Malaysia English Translation/Full version Wettable Powder Emulsifiable Concentrate Liquid Solid Aqueous Solution Liquid Concentrate Water Miscible Solid Water Miscible Liquid Water Soluble Concentrate Soluble Powder Powder Dust Granule/Beads Paste Acqueous Concentrate Solid Concentrate Solid Rat Bait Suspension Concentrate Sachet Mosquito Coil Disc Aerosol Mat Tablet Ultra Low Volume Liquid Oil Solution Water Mixcible Concentrate (WMC) 1. Formulation Serbuk Bancuh (WP) Pekat teremulsi (EC) Cecair Pepejal Larutan Berair Pekat Cecair WMS WML WSC Serbuk Bancuh (SP) Serbuk Debu Butir Perekat Pekat Berair Pati Pepejal Umpan Tikus Pepejal Pekat (SC) Uncang Lingkaran Nyamuk Ceper Aerosol Keping Tablet Cecair ULV Larutan Minyak WMC 2. Usage Racun Rumpai Racun Serangga Racun Kulat Racun Hamama Racun Pokok Racun Nematoda Racun Tikus Racun Binatang Lunak Racun Bakteria Fumigan Herbicide Insecticide Fungicide Acaricide Tree-Killer Nematocide Rodenticide Molluscicide Bactericide Fumigant 3. Standard Heading : Aturan menggunakannya Awas Tanda Terkena Racun Rawatan Kecemasan Rawatan Perubatan Direction for Use Warning & Caution Symptoms of Poisoning First Aid Medical Treatment 4. Statement on Container Disposal : Jangan Gunakan Bekas Racun Untuk Menyimpan Makanan (Tanam Apabila Kosong) Do not use empty container to store foodstuff (Bury when empty) Bahasa Malaysia English Translation 5. Statement on pre-havest interval: Berhenti menyembur/menabur ........ /hari/minggu/bulan sebelum mengambil hasil tanaman 6. Other standars phrases and expression on the label (i) Bahan aktif Bahan Lengai (ii) No. Pendaftaran : ........................... (iii) Didaftar oleh : ............................... (iv) Kandungan Bersih : ....................... Active Ingredient Inert Ingredient Registration No : ..................... Registered By : ...................... Net Content : .......................... Lampiran 3