Fisheries (Amendment) Act 2019 (No. A1601)
颁布于 2019 · 文本截至 2026-10-01
以研究形式发布的公开法律与官方指引,不构成法律、税务或金融建议。
研究内容本身以英文撰写。标题和标签已翻译,调查结果和引文未翻译。
关于这部法律
- 原标题
- Akta Perikanan (Pindaan) 2019.
- 语言
- Malay
- 类型
- 法令
- 国家
- 马来西亚
- 主题
- Fisheries and aquaculture
- 关键词
- fishery management and conservation, artisanal fisheries, enforcement/compliance, offences/penalties, high seas, maritime zone
在哪里阅读
该法律没有记录来源链接。
文本
所收录的法律原文,按条款排列。每个条款都有自己的链接。
Perikanan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1601 AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019 Undang-Undang Malaysia2 AktA A1601 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 Ogos 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Ogos 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perikanan (Pindaan) 3 Suatu Akta untuk meminda Akta Perikanan 1985. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Ak ta i n i bo l eh l ah d inamakan Ak ta Pe r ikanan (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Perikanan 1985 [Akta 317], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia,” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas;”; dan UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1601 AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019 Undang-Undang Malaysia4 AktA A1601 (b) dengan memasukkan selepas perkataan “Malaysia” koma bernoktah. Pindaan mukadimah 3. Akta ibu dipinda dalam mukadimah dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas;”. Pindaan seksyen 1 4. Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “, dan di laut lepas berkenaan dengan mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan”. Pindaan seksyen 3 5. Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia,” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas,”. Pindaan seksyen 8 6. Seksyen 8 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas,”. Pindaan seksyen 11 7. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas”; Perikanan (Pindaan) 5 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Mana-mana orang di laut lepas yang— (a) mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya; (b) mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya; atau (c) memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”; dan (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)” dengan perkataan “subseksyen (3) dan (3a)”. Pindaan seksyen 14a 8. Seksyen 14a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas”. Pindaan seksyen 25 9. Seksyen 25 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a)— (i) dengan menggantikan perkataan “sejuta ringgit” dengan perkataan “enam juta ringgit”; dan Undang-Undang Malaysia6 AktA A1601 (ii) dengan menggantikan perkataan “seratus ribu ringgit” dengan perkataan “enam ratus ribu ringgit”; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan tempatan dan kesalahan itu dilakukan di laut lepas, dikenakan denda tidak melebihi empat juta ringgit;”. Pindaan seksyen 31 10. Seksyen 31 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “mana-mana pegawai perikanan boleh” dengan perkataan “Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, membuat tawaran untuk”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (1b) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.”; (c) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3),” perkataan “11(3a),”; dan Perikanan (Pindaan) 7 (d) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “mana-mana p e g a w a i p e r i k a n a n ” d e n g a n p e r k a t a a n “Ketua Pengarah”; dan (ii) dengan memasukkan s e l epas pe rka t aan “subseksyen 11(3)” perkataan “atau 11(3a)”. Pindaan seksyen 52 11. Perenggan 52(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3),” perkataan “11(3a),”. Pindaan seksyen 61 12. Seksyen 61 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “berkenaan dengan industri yang berkaitan,” perkataan “mengenai pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas,”; dan (b) dalam perenggan (m), dengan memasukkan selepas perkataan “pelesenan” perkataan “, pemantauan, pengawalan dan pengawasan”.