跳到主要内容
Nelum
文莱的法律

Strategic Plan 2020-2022 of the Department of Forestry of the Ministry of Primary Resources and Tourism

颁布于 2020 · 文本截至 2026-10-01

以研究形式发布的公开法律与官方指引,不构成法律、税务或金融建议。

研究内容本身以英文撰写。标题和标签已翻译,调查结果和引文未翻译。

关于这部法律

原标题
Pelan Strategik 2020-2022 Jabatan Perhutanan - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
语言
Malay
类型
policy
国家
文莱
主题
Forestry
关键词
forest management/forest conservation, business/industry/corporations, capacity building, certification, forestry protection measures, internal trade, international trade, timber extraction/logging, non-wood forest products, processing/handling, subsidy/incentive, timber
类别
*

在哪里阅读

    该法律没有记录来源链接。

文本

所收录的法律原文,按条款排列。每个条款都有自己的链接。

  1. PELAN STRATEGIK 2020-2022 JABATAN PERHUTANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA & PELANCONGAN 1 2/4/2020 Bismillah Hirrahman Nirrahim Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan rahmatNya jua Pelan Strategik 5 tahun (2016-2020) telah direbiu untuk tiga (3) tahun seterusnya (2020-2022). Pelan strategik ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi melaksanakan langkah langkah strategik Jabatan dalam merealisasikan sumbangan industri perhutanan berteraskan kepada amalan pengurusan hutan lestari. Visi, misi, matlamat-matlamat strategik dan sasaran Jabatan Perhutanan yang terkandung dalam Pelan Strategik Jabatan Perhutanan ini adalah selaras dengan hala tuju baru Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang memberikan penekanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berteraskan kepada empat teras utama iaitu pertumbuhan keluaran, produktiviti, berorientasikan ekspot dan berdayatahan. Sumbangan daripada industri perhutanan ini dihasratkan akan dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035. Dalam Pelan Strategik Jabatan Perhutanan ini, terdapat enam (6) tema strategik utama yang dikenalpasti dan perlu dicapai oleh industri perhutanan seperti berikut: 1. Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); 2. Peningkatan Kutipan Hasil Kerajaan bagi pembangunan Negara; 3. Membukakan peluang-peluang pekerjaan terutamanya untuk rakyat tempatan; 4. Membangunkan Industri Non-Timber Forest Product (NTFP); 5. Peningkatan daya saing pengeluaran produk-produk berorientasikan ekspot; dan 6. Penggunaan mesin dan teknik moden ke arah meningkatkan produktiviti. PRAKATA 2 Kejayaan penyediaan Pelan Strategik Jabatan Perhutanan ini adalah hasil usaha gigih dan penglibatan dedikasi semua pegawai. Pelan Strategik ini merupakan living document yang akan direbiu dari masa ke semasa dalam tempoh perlaksanaan. Di kesempatan ini, saya tidak lupa merakamkan penghargaan dan tahniah atas bantuan yang dihulurkan dalam penyediaan Pelan Strategik ini dan diharap semua pegawai dan kakitangan serta pihak berkepentingan dalam industri perhutanan akan dapat memberikan komitmen yang gigih bagi memastikan Pelan Strategik ini menjadi kenyataan. Sekian, Wassalam. NORALINDA BINTI HAJI IBRAHIM Pemangku Pengarah Perhutanan Negara Brunei Darulssalam 3 KANDUNGAN • PENGENALAN • VISI & MISI • NILAI-NILAI UTAMA • MATLAMAT-MATLAMAT STRATEGIK • STATUS MASA KINI • SASARAN DAN HALATUJU 2020-2022 • STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERHUTANAN 4 Jabatan Perhutanan komited untuk meningkatkan keluaran industri perhutanan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara, disamping memelihara dan melindungi sumber hutan Negara secara berterusan melalui pengurusan hutan lestari (sustainable forest management ) bagi mengimbangi kepentingan sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan rakyat dan Negara. PENGENALAN 5 VISI Ke arah pertumbuhan keluaran industri perhutanan yang berdayatahan melalui peningkatan produktiviti, berorientasikan ekspot dan berteraskan amalan pengurusan hutan lestari. MISI Mempercepatkan pertumbuhan keluaran industri perhutanan berasaskan teknologi tinggi dan berorientasikan ekspot, dengan menggalakkan penyertaan pelaburan tempatan dan langsung asing serta memfokuskan kepada peningkatan produktiviti dan penghasilan produk bernilai tinggi dengan juga menitikberatkan keseimbangan alam sekitar dan keperluan sosial. 6 NILAI-NILAI UTAMA ▪ PROGRESIF: Memacu pertumbuhan keluaran industri perhutanan secara berterusan melalui peningkatan produktiviti dan penghasilan produk bernilai tinggi sehingga menembusi pasaran ekspot. ▪ OBJEKTIF: Mempunyai sasaran dan jangkamasa perlaksanaan yang segera, didokongi dengan inisiatif yang strategik dan terarah. ▪ CEKAP & MAHIR: Sebarang cadangan adalah berasaskan fakta yang betul dan dengan penggunaan Info-Teknologi (IT) yang meluas. ▪ ADIL & TELUS: Mengutamakan industri dan pengusaha yang progresif dan produktif melalui kaedah penilaian yang sistematik dan telus. ▪ PEMEDULIAN: Memeduli keperluan dan kehendak pengusaha-pengusaha industri perhutanan dengan memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang bersesuaian. 7 MATLAMAT-MATLAMAT STRATEGIK ▪ Untuk meningkatkan keluaran daripada industri perhutanan bagi menyumbang kepada pertumbuhan KDNK, mempelbagaikan ekonomi & pertumbuhan ekspot; ▪ Untuk meningkatkan produktiviti keluaran industri primer dengan menggunakan teknologi moden dan juga amalan-amalan terbaik disamping memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber industri kayu kayan yang berkekalan; ▪ Untuk menggalakkan penglibatan dan usahasama pelaburan tempatan dan pelaburan langsung asing (FDI), dalam memperkembangkan industri hiliran dan nilai tambah yang berasaskan kayu dan bukan berasaskan kayu bagi mempercepatkan pertumbuhan keluaran daripada industri perhutanan; dan ▪ Untuk mengekalkan keunggulan hutan Negara Brunei Darussalam bagi pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan sumber alam semulajadi. 8 8 STATUS MASA KINI 9 SUMBANGAN INDUSTRI PERHUTANAN KEPADA KDNK 2015 2016 2017 2018 2019 KDNK Perhutanan (B$ Juta) 33.5 36.1 27.0 26.6 32.7 % Sumbangan 0.19 0.23 0.16 0.14 0.18 0 0.05 0.1 0.15 0.2 0.25 0 10 20 30 40 50 % S u m b a n g a n B $ J u ta Nota: Sumber: Gross Domestic Product Fourth Quarter 2019, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) 10 10 TREN PENGELUARAN SEKTOR PERHUTANAN 2015 – 2019 2015 2016 2017 2018 2019 Industri Pemprosesan Primer $40.73 42.21 31.81 35.00 42.35 Industri Hiliran Berasaskan Kayu $4.36 4.16 6.12 7.40 8.48 Jumlah $45.09 $46.37 $37.93 $42.40 50.83 $0.00 $10.00 $20.00 $30.00 $40.00 $50.00 $60.00 B $ j u ta 11 Sumber: Unit Statistik, Jabatan Perhutanan 11 $27.20 $29.63 $22.04 $23.08 $28.83 $12.53 $11.76 $9.27 $11.62 $13.25 $1.00 $0.82 $0.50 $0.30 $0.28 $40.73 $42.21 $31.81 $35.00 $42.35 $0.00 $10.00 $20.00 $30.00 $40.00 $50.00 $60.00 2015 2016 2017 2018 2019 B $ j u ta Kayu Gergaji (Sawntimber) Kayu Balak Bulat (Round Timber) Kayu Bakau (Mangrove Poles) Jumlah KELUARAN INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER 2015-2019 • Pada masa ini terdapat 20 buah syarikat yang mengendalikan aktiviti perkilangan papan, 16 buah daripadanya juga menjalankan operasi pembalakan. • Pengeluaran balak dari kawasan konsesi pembalakan dihadkan hanya kepada 100,000 meter padu setahun. • Sumber balak tempatan yang lain diperolehi daripada pembukaan kawasan hutan bagi tujuan projek-projek pembangunan seperti projek Pertanian dan Perikanan. 12 12 KELUARAN INDUSTRI HILIRAN & NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU, 2015-2019 $4.18 $3.79 $5.63 $7.11 $8.27 $0.18 $0.37 $0.49 $0.29 $0.21 $4.36 $4.16 $6.12 $7.40 $8.48 $0.00 $1.00 $2.00 $3.00 $4.00 $5.00 $6.00 $7.00 $8.00 $9.00 2015 2016 2017 2018 2019 B $ j u ta Komponen Kayu Arang (Briquette) Jumlah • Sejak 2017, jumlah syarikat hiliran telah bertambah dari 5 kepada 15 buah. Dari 15 buah syarikat ini, sebanyak 9 buah adalah terdiri daripada syarikat kilang papan yang telah menghasilkan produk-produk hiliran. • Produk-produk Hiliran yang dihasilkan ialah komponen kayu (pintu, bingkai pintu & jendela, perabot, kayu kumai (moulding), dan lain-lain) • Produk nilai tambah yang lain adalah Briket Arang yang mula dihasilkan pada tahun 2014. 1313 SASARAN DAN HALATUJU 2020-2022 14 15 SASARAN DAN TRAJEKTORI NILAI KELUARAN SEKTOR PERHUTANAN, 2020-2022 NOTA: • Peningkatan nilai keluaran adalah disasarkan sebanyak i) 2.0% bagi Industri Pemprosesan Primer dan ii) 1.4% bagi Industri Hiliran dan Nilai Tambah, pada tahun 2020: i) Industri Pemprosesan Primer: ➢ Meneruskan pemberian kuota pembalakan kepada syarikat-syarikat pembalakan mengikut ‘prestasi syarikat’ bagi menggalakkan keluaran syarikat; ➢ Pemberian Lesen untuk Mengambil Hasil Hutan menggunakan kebena ran Form 1; dan ➢ Pembalakan semula di kawasan Hutan Simpan Pengeluaran, iaitu HS Bukit Ladan, HS Bukit Labi & HS Batu Apoi. ii) Industri Hiliran & Nilai Tambah: ➢ ‘Wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia telah menjejaskan pasaran eksport produk-produk perkayuan hiliran; dan ➢ Peningkatan adalah mengambil kira 'Business as Usual’ dengan kenaikan 1.4%. • Bagi tahun 2021 & 2022, peningkatan nilai keluaran bagi kedua-dua industri tersebut disasarkan sebanyak 2.0% setiap tahun: ➢ Dijangkakan masalah wabak Covid 19 dapat diselesaikan, keadaan pulih seperti asal. Base line: year 2019 I) INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER 15 SASARAN DAN TRAJEKTORI NILAI KELUARAN INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER, 2020-2022 17 NOTA: • Peningkatan nilai keluaran adalah disasarkan sebanyak 2.0% setahun: ➢ Meneruskan pemberian kuota pembalakan kepada syarikat syarikat pembalakan mengikut ‘prestasi syarikat’ bagi menggalakkan keluaran syarikat; ➢ Pemberian Lesen untuk Mengambil Hasil Hutan menggunakan kebenaran Form 1; dan ➢ Pembalakan semula di kawasan Hutan Simpan Pengeluaran, iaitu HS Bukit Ladan, HS Bukit Labi & HS Batu Apoi. PELAN PERLAKSANAAN INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER Program KPI Sasaran Isu Inisiatif Aktiviti UtamaSebenar 2019 Sasaran 2022 Meningkatkan produktiviti keluaran industri primer 1. Nilai Keluaran $42.35 juta $44.94 juta i) Sumber bekalan kayu yang terhad di kawasan Inter Riverine Zone (IRZ) Memastikan sumber bekalan kayu mencukupi dan berdayatahan • Merebiu kaedah pemberian Lesen Form 1 (Lesen untuk Mengambil Hasil Hutan dengan kebenaran selama 1 tahun); • Merebiu dasar bagi pembalakan semula di kawasan Hutan Simpan Pengeluaran, iaitu Hutan Simpan Bukit Ladan, Hutan Simpan Bukit Labi & Hutan Simpan Batu Apoi; • Meneruskan perlaksanaan projek penubuhan ladang hutan; • Meneruskan projek penanaman mengaya; dan • Membuat kajian inventori sumber hutan negara (National Forest Inventory) ii) Sisa buangan kayu yang banyak: a) di kawasan pembalakan b) di kilang a) Penggunaan sisa buangan k ayu dari pembalakan dan dahan bagi penghasilan produk hiliran & nilai tambah perkayuan; b) Meningkatkan recovery rate daripada aktiviti perkilangan papan; dan c) Meningkatkan penggunaan sisa buangan kayu di kilang • Merebiu dasar bagi membolehkan Syarikat Kilang Papan memanfaatkan sisa buangan kayu dari pembalakan seperti akar banir (buttress root) dan dahan; • Menggalakkan Syarikat Kilang Papan menggunakan teknologi moden seperti penggunaan mesin horizontal bandsaw (2 buah syarikat menggunakan pada masa ini). • Mendorong syarikat kilang kilang papan menggunakan sisa perkilangan papan untuk • a) menghasilkan produk nilai tambah seperti Kayu Serpai (Wood Chips/ Wood Shaves) bagi kegunaan industri ternakan ayam dan horticulture; dan 18 PELAN PERLAKSANAAN INDUSTRI PEMPROSESAN PRIMER Program KPI Sasaran Isu Inisiatif Aktiviti Utama Sebenar 2019 Sasaran 2022 b) dimanfaatkan kepada syarikat hiliran untuk menghasilkan produk nilai tambah seperti arang briket. iii) Pasaran tempatan yang terhad Membantu meningkatkan pasaran tempatan • Membantu dalam mengembangkan rangkaian (networking) dan business matching di kalangan syarikat kilang papan dengan syarikat hiliran berasaskan kayu; dan • Membantu syarikat-syarikat dalam mempromosikan produk produk melalui laman sesawang Jabatan Perhutanan. 19 II) INDUSTRI HILIRAN DAN NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU 20 NOTA: • Peningkatan nilai keluaran adalah disasarkan sebanyak 1.4% pada tahun 2020: ➢ ‘Wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia telah menjejaskan eksport produk-produk perkayuan hiliran; dan ➢ Peningkatan adalah mengambil kira ‘Business as Usual’ iaitu kenaikan 1.4%. • Bagi tahun 2021 & 2022, peningkatan nilai keluaran disasarkan sebanyak 2.0% setiap tahun: ➢ Dijangkakan masalah wabak Covid-19 dapat dibendung dan keadaan kembali seperti biasa dan syarikat terus meningkatkan keluaran eksport; ➢ Peningkatan keluaran kayu balak dan kayu gergaji (sumber bekalan kayu) membolehkan syarikat-syarikat meningkatkan keluaran produk-produk perkayuan hiliran. SASARAN DAN TRAJEKTORI NILAI KELUARAN INDUSTRI HILIRAN DAN NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU, 2020-2022 21 $8.48 8.60 8.77 8.95 $0.00 $1.00 $2.00 $3.00 $4.00 $5.00 $6.00 $7.00 $8.00 $9.00 $10.00 2019 2020 2021 2022 B $ J U T A Sebenar Sasaran 21 PELAN PERLAKSANAAN INDUSTRI HILIRAN & NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU Program KPI Sasaran Isu Inisiatif Aktiviti UtamaSebenar 2019 Sasaran 2022 Pertumbuhan Industri Hiliran dan Nilai Tambah Berasaskan Kayu 1. Nilai Keluaran $8.48 juta $8.95 juta i) Isu bagi menembusi pasaran eksport Mendapatkan pensijilan hutan Mengeluarkan tawaran bagi syarikat untuk mendapatkan pensijilan hutan keatas kawasan yang telah dikenal pasti. 2. Penglibatan Syarikat 15 buah syarikat 17 buah syarikat ii) Kurang penglibatan syarikat syarikat tempatan dalam Industri Hiliran Perkayuan Menggalakkan syarikat-syarikat tempatan dalam penghasilan produk produk hiliran perkayuan. ‘Special Program’ untuk pengusaha tempatan • Site & Infra ready packaged • Pioneer status • Market matching iii) Isu bagi pasaran produk berasaskan kayu (Perabot, pintu, briket arang dan sebagainya): • Akses pasaran tempatan • Isu dalam mendapatkan compliance certificate atau test report sepertimana yang diperlukan oleh ABCi bagi projek kerajaan. Meningkatkan keluaran produk tempatan: • Meningkatkan penerimaan produk tempatan • Meningkatkan penjualannya di pas aran tempatan • Mengurangkan import • Menyelaras dengan pihak pihak berkenaan (certification bodies) bagi memudahkan proses pensijilan. Program mempromosi produk produk perkayuan tempatan: • Melaksanakan program promosi seperti mengadakan Ex po, pengiklanan melalui media cetak dan media sosial serta program kesedaran. • ‘Market matching’ • Mendapatkan sokongan daripada agensi agensi Kerajaan yang berkenaan seperti Kementerian P embangunan dan Kementerian Pendidikan untuk mengutamakan penggunaan produk kayu tempatan dala m projek-projek Kerajaan, projek-projek GLC dan megaprojects sektor swasta seperti hotels, apartme nts, resorts, housing, malls etc. 22 PELAN PERLAKSANAAN INDUSTRI HILIRAN & NILAI TAMBAH BERASASKAN KAYU Program KPI Sasaran Isu Inisiatif Aktiviti UtamaSebenar 2019 Sasaran 2022 Usaha dalam mengurangkan produk import dan meningkatkan penghasilan produk: • Meningkatkan ‘import duty’ dengan sokongan MoFE (Royal Customs and Excise Department) • Menghadkan jumlah pengimportan produk perkayuan ba gi mengutamakan produk perkayuan tempatan (seperti menetapkan kadar nisbah local/import bagi produk pintu pada kadar 70:30). • Menggalakan syarikat syarikat untuk meningkatkan penghasilan. • Membuat pemantauan yang kerap ke atas produk yang di import dari masa ke semasa. Penyediaan insentif bagi pengakreditasian syarikat/ compliance certificate Untuk menampung beberapa peratus daripada jumlah bay aran kepada badan pensijilan untuk melaksanakan penga uditan (one-off). Menggalakkan syarikat-syarikat untuk mendapatkan pensijilan akreditasi syarikat. 23 STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERHUTANAN 24 STRUKTUR ORGANISASI 25 PENGARAH PERHUTANAN TIMBALAN PENGARAH PERHUTANAN PENGURUSAN & PEMBANGUNAN SUMBER HUTAN LADANG HUTAN & SILVIKULTUR PEMBANGUNAN NTFPTAMAN-TAMAN HUTAN INDUSTRI PERKAYUAN PERKILANGAN & HILIRAN PERKAYUAN PENGELUARAN HUTAN PENTADBIRAN & KEWANGAN KEWANGAN PENTADBIRAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEMULIHAN HUTAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN HUTAN PERLESENAN PERANCANGAN STRATEGIK & HAL EHWAL ANTARABANGSA HIDUPAN LIAR PUSAT NADI BORNEO PENDIDIKAN & KESEDARAN AWAM PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR PERLINDUNGANBOTANI HUTAN PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PENGURUSAN & PEMULIHARAAN BIODIVERSITI AMENITI & PERKHIDMATAN PERHUTANAN PENGURUSAN PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG SELESAI 26

Strategic Plan 2020-2022 of the Department of Forestry of the Ministry of Primary Resources and Tourism · Nelum