Fresh/cold Fish Import License conditions under Chapter 8(1) of the Fiheries Order, 2009
颁布于 0000 · 文本截至 2026-10-01
以研究形式发布的公开法律与官方指引,不构成法律、税务或金融建议。
研究内容本身以英文撰写。标题和标签已翻译,调查结果和引文未翻译。
关于这部法律
- 原标题
- Syarat-Syarat Lesen Import Ikan segar/sejuk di Bawah Bab 8(1) Perintah Perikanan, 2009.
- 语言
- Malay
- 类型
- 条例
- 国家
- 文莱
- 主题
- Fisheries and aquaculture
- 关键词
- animal health, aquaculture, authorization/permit, cartilaginous fishes, certification, fish diseases, fish products, fishery management and conservation, fishing gear/fishing method, hygiene/sanitary procedures, international trade, marine fishes, molluscs, post-harvest treatment, processing/handling, registration, transport/storage, aquatic animals
- 类别
- *
在哪里阅读
该法律没有记录来源链接。
文本
所收录的法律原文,按条款排列。每个条款都有自己的链接。
JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 1 dari 5 SYARAT-SYARAT LESEN IMPORT IKAN SEGAR / SEJUK DI BAWAH BAB 8 (1) PERINTAH PERIKANAN, 2009 1. Pengimport hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 2. Pengimport hendaklah mempunyai lesen import ikan segar / sejuk yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 3. Pengimport hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan sebarang undang-undang bertulis lain yang berkenaan. 4. Pengimport tidak dibenarkan untuk mengimport ikan-ikan segar / sejuk seperti berikut : a. ikan-ikan kecil seperti aur-aur, tamban, rumahan, temanong, selidai, sanglar, geronggong, basong-basong, pusu, temanong besurat, kuasi dan semua jenis kerang-kerangan dari kawasan-kawasan yang terjejas oleh kejadian air kemerah merahan termasuk Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Lawas, Punang, Sundar, Awat-Awat dan Limbang; b. ikan-ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan-bahan letupan, kimia, racun termasuk tuba, alat-alat tegahan seperti senapang tempuling (spear gun) dan peranti menggunakan eletrik atau bateri; c. semua spesies ikan yu; dan d. sebarang spesies ikan yang ditentukan oleh Pengarah Perikanan seperti Lampiran. 5. Spesies ikan yang didatangkan hendaklah termasuk di dalam spesies ikan yang disenaraikan oleh pengimport dalam permohonan lesen import ikan yang telah dibenarkan. 6. Pengimport hendaklah mematuhi langkah-langkah kawalan penyakit ikan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. 7. Ikan segar / sejuk yang diimport yang berasal daripada sumber ladang ternakan ikan mestilah dari pembekal yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan, Negara Brunei Darussalam. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 2 dari 5 8. Pengimport hendaklah memastikan semua konsainan memenuhi syarat-syarat pengendalian dan pembungkusan ikan segar / sejuk yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. 9. Setiap konsainan ikan segar / sejuk yang diimport yang berasal daripada sumber ladang ternakan ikan mestilah mempunyai Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf oleh Negara pengeksport jika berkenaan serta hendaklah menyatakan seperti berikut : a. Selamat untuk makanan manusia; dan b. Bebas dari penyakit ikan yang disenaraikan oleh World Organisation for Animal Health (OIE) di dalam laman sesawang www.oie.int; 10. Sijil Kesihatan hendaklah menyatakan nama pengimport dan adalah sah untuk digunakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya dikeluarkan. 11. Pengimport hendaklah membenarkan Jabatan Perikanan untuk mendapatkan sampel ikan segar / sejuk yang diimport dalam mana-mana jumlah yang munasabah secara percuma bagi tujuan penganalisaan dan pemantauan penyakit jika diperlukan. 12. Pengimport hendaklah memaklumkan ke Jabatan Perikanan tarikh dan masa pengimportan ikan segar / sejuk bagi tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel jika dikehendaki. 13. Pengimport hendaklah memberikan maklumat-maklumat setiap pengimportan ikan segar / sejuk ke Jabatan Perikanan bagi tujuan rekod simpanan dan rujukan jika dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. Nota : • Jika pengimport didapati tidak menepati syarat-syarat lesen pengimportan dan diarahkan melupuskan ikan-ikan segar / sejuk yang diimport, segala perbelanjaan, pengangkutan dan tenaga manusia bagi pelupusan tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengimport. • Bayaran lesen import ikan segar / sejuk adalah B$20.00 bagi setiap konsainan. • Permohonan dan pembayaran lesen import ikan segar / sejuk hendaklah melalui sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) (bdnsw.gov.bn)dengan menyertakan Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 3 dari 5 pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf oleh Negara pengeksport jika berkenaan. • Semua dokumen yang dikemukakan oleh Pengimport hendaklah dalam atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. • Setiap lesen import ikan segar / sejuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan hanya sah bagi satu konsainan sahaja dan akan mansuh selepas satu bulan dari tarikh ianya dikeluarkan. • Semua kos penilaian bagi kebenaran pembekal dari negara pengeksport yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan hendaklah ditanggung oleh Pengimport. • Pegawai-Pegawai Yang Diberikuasa boleh menahan atau memeriksa mana-mana konsainan ikan segar / sejuk yang diimport pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. • Pengarah Perikanan berhak menegah pengimportan mana-mana spesies ikan atau ikan yang berasal dari tempat-tempat tertentu mengikut keperluan langkah-langkah biosekuriti. • Syarat-syarat lain adalah seperti yang dikuatkuasakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan Peraturan-Peraturan Perikanan yang berkuatkuasa pada masa ini. • Pengarah Perikanan berhak untuk menambah atau mengubah syarat-syarat ini mengikut keperluan dari masa ke semasa dan berhak untuk membatalkan lesen import ikan segar / sejuk yang telah dikeluarkan. • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. • Kegagalan mematuhi Syarat-Syarat Lesen Import Ikan Segar / Sejuk adalah merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 4 dari 5 Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat yang tersebut di atas. Nama : Jawatan : Syarikat dan Alamat : No. Kad Pengenalan : No. Telefon : (ofis) (hp) (fax) Emel : Tandatangan : Tarikh : ========================================================================== UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Pegawai Yang Diberikuasa : Nama : Jawatan : Tandatangan : Tarikh : JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 5 dari 5 SENARAI SPESIES IKAN YANG DITEGAH UNTUK DIIMPORT OLEH JABATAN PERIKANAN Lampiran