跳到主要内容
Nelum
文莱的法律

Eleventh National Development Plan (RKN11) 2018-2023

颁布于 2018 · 文本截至 2026-10-01

以研究形式发布的公开法律与官方指引,不构成法律、税务或金融建议。

研究内容本身以英文撰写。标题和标签已翻译,调查结果和引文未翻译。

关于这部法律

原标题
Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas (RKN11) 2018-2023.
语言
English; Malay
类型
policy
国家
文莱
主题
General
关键词
sustainable development, business/industry/corporations, capacity building, education, fiscal and market measures, governance, innovation, integrated management, investment, labour, youth
类别
*, energy

在哪里阅读

文本

所收录的法律原文,按条款排列。每个条款都有自己的链接。

  1. 1. Melalui Wawasan Brunei 2035, kita berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali sebagai negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa; kualiti kehidupan rakyat di kalangan sepuluh negara teratas dunia; dan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan di antara sepuluh negara teratas dari segi pendapatan per kapita.

  2. 2. Dalam mengukuhkan lagi usaha-usaha untuk merealisasikan Wawasan tersebut dan mempelbagaikan ekonomi, Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas (RKN11) menumpukan kepada peningkatan pengeluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas. Oleh yang demikian, Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 telahpun meluluskan tema RKN11 seperti berikut:- “Peningkatan Keluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi”

  3. 3. Dalam mendukung tema RKN11, enam (6) teras pembangunan telah digariskan dalam memberi hala tuju kepada penyediaan program-program dan projek-projek RKN11.

  4. 4. Teras pertama ialah Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Latihan Bagi Menghasilkan Modal Insan Yang Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi menekankan pihak Kerajaan perlu terus berusaha dalam menyediakan modal insan yang berpendidikan dan mempunyai pelbagai kemahiran supaya negara akan lebih bersedia menghadapi sebarang perubahan struktur dalam ekonomi khususnya dalam hasrat negara untuk mempelbagaikan ekonomi.

  5. 5. Teras kedua ialah Melahirkan Tenaga Kerja Selaras Dengan Keperluan Industri. Teras ini memberi penekanan terhadap perancangan tenaga kerja yang selaras dengan keperluan industri. Ini akan dapat membantu mengurangkan pengangguran; mengurangkan kos perniagaan dari segi pemberian latihan kerja asas; dan mempersiapkan negara untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam menarik pelabur-pelabur langsung asing, terutama sekali dalam meningkatkan sumbangan kepada Sektor Bukan Minyak dan Gas.

  6. 6. Teras ketiga ialah Membangun Masyarakat Yang Wasatiah dan Berwawasan akan dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang tinggi berteraskan prinsip Melayu Islam Beraja (MIB). xxiii

  7. 7. Teras keempat ialah Mengukuhkan Kesejahteraan Rakyat yang Berdayatahan menfokuskan penyediaan kemudahan-kemudahan dan keperluan asas yang berterusan dan berkualiti. Penglibatan sektor swasta amatlah penting bukan sahaja dari segi sumber kewangan tetapi juga memberikan perkhidmatan yang efisien dan kos efektif serta dapat meningkatkan aktiviti ekonomi. Begitu juga, pihak Kerajaan perlu mengambil langkah pro-aktif dalam membuat reformasi ke atas bantuan- bantuan dan dasar-dasar yang sedia ada ataupun menggubal dasar-dasar baru yang bersesuaian.

  8. 8. Teras kelima ialah Meningkatkan Keluaran dan Sumbangan Sektor Bukan Minyak dan Gas Kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam mempertingkatkan Sektor Bukan Minyak dan Gas negara ini, sektor swasta memainkan peranan penting bagi membantu syarikat-syarikat bersaiz mikro, kecil dan sederhana berkembang maju dan berdaya saing dengan syarikat-syarikat luar negara dan seterusnya dapat menembusi pasaran antarabangsa. Kehadiran lebih banyak pelaburan langsung asing di negara ini juga akan mempercepatkan pertumbuhan Sektor Bukan Minyak dan Gas dan memberi manfaat kepada negara seperti membawa masuk teknologi baru, pemindahan pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan kemahiran tenaga kerja.

  9. 9. Teras keenam ialah Mengukuhkan Urustadbir Kerajaan Bagi Penyediaan Persekitaran Perniagaan Yang Kondusif. Teras ini mendukung ke arah memperkasakan sektor swasta, bagi memastikan urustadbir Kerajaan yang pro-bisnes dengan menyediakan prasarana dan persekitaran yang mudah serta kondusif dan dapat membantu mengurangkan kos perniagaan. Dengan persekitaran perniagaan yang mudah dan kos yang rendah akan dapat menggalakkan ramai lagi rakyat untuk menceburi bidang perniagaan dan juga menjadikan negara berdaya saing dalam menarik lebih banyak lagi pelaburan langsung asing.

  10. 10. Bagi RKN11, satu pendekatan baru bagi pemilihan projek-projek dan penetapan peruntukan telah digunakan seperti berikut: i. Semua projek yang dihadapkan oleh Kementerian-Kementerian terlebih dahulu diteliti oleh Peneraju-Peneraju Wawasan Brunei 2035 untuk memastikan ianya relevan untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035; ii. Keberkesanan setiap projek diukur melalui sumbangannya ke arah ‘Hasil Pencapaian Kebangsaan’; iii. Tidak tertumpu kepada projek-projek infrastruktur sahaja; iv. Projek perlu fokus ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti sektor awam atau swasta dan mendukung tema RKN11; v. Semua projek yang dicadangkan hendaklah sedia untuk dilaksanakan dan siap dalam tempoh RKN11. Oleh itu, setiap Kementerian hendaklah memastikan kapasiti pelaksanaan adalah mencukupi, termasuk tenaga kerja, kepakaran dan ketersediaan tapak yang bersesuaian; dan vi. Untuk memastikan cost-effectiveness dan value-for-money di dalam perbelanjaan RKN11, kaedah analisa berikut akan digunakan dalam penilaian projek: a. Cost Benefit Analysis (CBA) bagi memastikan setiap projek yang dihadapkan adalah value- for-money; dan b. Needs Analysis (NA) bagi memastikan keperluan dan pendekatan Whole of Nation selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035, Pelan Strategik, Master Plan dan Regional Plan. xxiv

  11. 11. Sejumlah BND3.5 bilion telah diperuntukan dalam tempoh lima (5) tahun bagi RKN11 ini bagi membiayai pelaksanaan 186 buah projek. Pemilihan projek adalah berdasarkan kepada sumbangan projek kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta keupayaan agensi pelaksana dalam menjalankan projek.

  12. 12. Kerajaan juga akan meneroka kaedah pembiayaan alternatif projek-projek yang mempunyai nilai komersil bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi melalui modal perkongsian awam-swasta. xxv Isi Kandungan Isi kandungan Muka Surat Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara ix Brunei Darussalam Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda xvii Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Ringkasan Eksekutif xxiii Senarai Carta / Rajah / Jadual xxxii Glosari Akronim xxxiv Bahagian 1 - Wawasan Brunei 2035 dan Nilai Yang Bertahan Lama 1 Bahagian 2 - Pencapaian Rancangan Kemajuan Negara Kesepuluh (2012-2018); 7 Bahagian 3 - Prestasi Ekonomi Negara Brunei Darussalam 17 Bahagian 4 - Tema Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas : “Peningkatan Keluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas 27 Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi” Bahagian 5 - Pelaksanaan Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas Mengikut Teras

  13. 1. Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Latihan Bagi Menghasilkan Modal Insan Yang Berpendidikan Dan Berkemahiran Tinggi;

  14. 2. Melahirkan Tenaga Kerja Selaras Dengan Keperluan Industri;

  15. 3. Membangun Masyarakat Yang Wasatiah dan Berwawasan; 33

  16. 4. Mengukuhkan Kesejahteraan Rakyat yang Berdayatahan;

  17. 5. Meningkatkan Keluaran dan Sumbangan Sektor Bukan Minyak dan Gas Kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK); dan

  18. 6. Mengukuhkan Urustadbir Kerajaan Bagi Penyediaan Persekitaran Perniagaan Yang Kondusif. Bahagian 6 - Senarai Projek Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas 75 Senarai Carta / Rajah / Jadual Carta/Rajah/Jadual untuk Bahagian 2: Carta 2.1: Harga Rancangan RKN10 Mengikut Sektor Utama Carta 2.2: Peruntukan dan Perbelanjaan RKN10 Mengikut Tahun Kewangan Carta 2.3: Perbelanjaan Bulanan RKN10 Mengikut Tahun Kewangan Carta 2.4: Peruntukan dan Perbelanjaan RKN10 Mengikut Sektor Utama Carta 2.5: Bilangan Projek RKN10 Mengikut Status Carta 2.6: Harga Rancangan Projek Ditunda Mengikut Status Carta/Rajah/Jadual untuk Bahagian 3: Carta 3.1: Pengeluaran Minyak dan LNG Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 Carta 3.2: Pertumbuhan KDNK Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 Carta 3.3: Sumbangan KDNK Negara Brunei Darussalam Mengikut Sektor, 2012-2018 Carta 3.4: Sumbangan KDNK Negara Brunei Darussalam Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi, 2012-2018 Carta 3.5: KDNK Mengikut Jenis Perbelanjaan, 2012-2018 Carta 3.6: KDNK per Kapita Pada Harga Semasa, 2012-2018 Carta 3.7: Kadar Inflasi, 2012-2018 Carta 3.8: Kewangan Kerajaan Negara Brunei Darussalam, TK2012/2013-TK2017/2018 Carta 3.9: Sumbangan Hasil Kerajaan Negara Brunei Darussalam, TK2012/2013-TK2017/2018 Carta 3.10: Perdagangan Barangan Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 Carta 3.11: Agihan Eksport Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 Carta 3.12: Guna Tenaga, 1981-2018 Carta/Rajah/Jadual untuk Bahagian 4: Carta 4.1: Perbandingan Hasil Pengeluaran dan Sumbangan Sektor Minyak dan Gas dan Sektor Bukan Minyak dan Gas Kepada KDNK Pada Harga Semasa, 2012-2018 xxxii Glosari Akronim GLOSARI AKRONIM AWOS Airport Automatic Weather Observation System BDTA Brunei Darussalam Teachers Academy / Akademi Guru Brunei Darussalam BEES Brunei Entrepreneurship Education Scheme / Program Skim Pendidikan Keusahawanan Brunei BKB Bantuan Kebajikan Bulanan / Monthly Welfare Assistance BND Brunei Darussalam Dollar BPTV Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional / Technical and Vocational Education Scholarship Scheme BRU-HIMS Brunei Darussalam Healthcare Information and Management System CBA Cost Benefit Analysis CORS Continuously Operating Reference Station CPI Consumer Price Index / Indeks Harga Pengguna CSLP Civil Service Leadership Pipeline DEPS Department of Economic Planning and Statistics / Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik DME Distance Measuring Equipment DVOR Doppler VHM Omni Directional Range EODB Ease of Doing Business EWRS Keupayaan Pertahanan Udara dan Infrastruktur yang Berkaitan / Air Defense Capability and Related Infrastructure FY Financial Year / Tahun Kewangan GDP Gross Domestic Product / Keluaran Dalam Negeri Kasar xxxiv GLCs Government-Linked Companies / Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan HDI Human Development Index / Indeks Pembangunan Manusia I-RDY i-Ready IBA Industry Business Academy / Akademi Perniagaan Industri ICF Industry Competency Framework / Rangka Kerja Kompetensi Industri ICT Info-Communications and Technology / Info-Komunikasi dan Teknologi IHP Indeks Harga Pengguna / Consumer Price Index ILS Instrument Landing System IMF International Monetary Fund ISQ Industrial Skills Qualification JAPEM Jabatan Pembangunan Masyarakat / Department of Community Development JPES Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik / Department of Economic Planning and Statistics KDNK Keluaran Dalam Negeri Kasar / Gross Domestic Product KPI Key Performance Indicator / Petunjuk Prestasi Utama KUPUSB Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan / Seri Begawan Religious Teachers University College LNG Liquified Natural Gas / Gas Cecair Asli ME Ministry of Energy / Kementerian Tenaga MIB Melayu Islam Beraja / Malay Islamic Monarchy MOFE Ministry of Finance and Economy / Kementerian Kewangan dan Ekonomi xxxv MRS Medical Reception Station MSMEs Micro, Small and Medium Enterprises / Perushaan Mikro, Kecil dan Sederhana MUIB Majlis Ugama Islam Brunei / Brunei Islamic Religious Council NA Needs Analysis NAWS National Automatic Weather Stations / Stesen Cuaca Automatik Nasional NDP National Development Plan / Rancangan Kemajuan Negara NEA National Entrepreneurship Agenda / Agenda Keusahawanan Kebangsaan NERS National Emergency Response System / Sistem Respons Kecemasan Nasional NKPI National Key Performance Indicator / Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan NRW Non-Revenue Water NTRL National TB Reference Laboratory OBBD Outward Bound Brunei Darussalam OSPD Outline of Strategies and Policies for Development / Matlamat Jangka Panjang PKS Perusahaan Kecil dan Sederhana / Small and Medium Enterprise PMKS Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana / Micro, Small and Medium Enterprise PPB Pusat Pembangunan Belia / Youth Development Centre PPK Pusat Pembangunan Kapasiti / Capacity Building Centre PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional / Technical and Vocational Education RKN Rancangan Kemajuan Negara / National Development Plan RKN7 Rancangan Kemajuan Negara Ketujuh / Seventh National Development Plan xxxvi RKN8 Rancangan Kemajuan Negara Kelapan / Eighth National Development Plan RKN9 Rancangan Kemajuan Negara Kesembilan / Ninth National Development Plan RKN10 Rancangan Kemajuan Negara Kesepuluh / Tenth National Development Plan RKN11 Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas / Eleventh National Development Plan RKNPMS RKN Project Management System / Projek Sistem Pemantauan RKN RPN Rancangan Perumahan Negara / National Development Housing RTO Registered Training Organizations SCADA Supervisory Control and Data Acquisition System / Pengurusan Kawalan Rangkaian, Pengawasan Kawalan dan Sistem Perolehan Data SDG Sustainable Development Goals / Matlamat Pembangunan Berdayatahan SMEs Small and Medium Enterprises / Perusahaan Kecil dan Sederhana SPN21 Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 / 21st National Education System TK Tahun Kewangan / Financial Year UNISSA Universiti Islam Sultan Sharif Ali / Sultan Sharif Ali Islamic University USD United States Dollar UTB Universiti Teknologi Brunei / University Technology Brunei xxxvii n ia ag ah 1 B WAWASAN BRUNEI 2035 DAN NILAI YANG BERTAHAN LAMA 1 WAWASAN BRUNEI 2035 BAHAGIAN 1 Wawasan Brunei 2035 dan Nilai yang Bertahan Lama Wawasan negara yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035 berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam, menjelang tahun 2035, dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai: Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya; Kehidupan Rakyat Yang Berkualiti Tinggi; dan Ekonomi yang Dinamik dan Berdayatahan. MATLAMAT 1 WAWASAN BRUNEI 2035: RAKYAT YANG BERPENDIDIKAN, BERKEMAHIRAN TINGGI DAN BERJAYA Hasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara maju bergantung kepada kewujudan modal insan yang berpendidikan, berkemahiran dan berkompetensi yang tinggi bagi menepati keperluan pasaran dan ekonomi serta mempunyai nilai kebangsaan yang murni berdasarkan konsep negara Melayu Islam Beraja (MIB). Untuk tujuan ini, pembangunan modal insan yang bersepadu perlu melibatkan pengukuhan keseluruhan peringkat pendidikan dan latihan merangkumi Pra-sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Pendidikan Tinggi serta Pendidikan Sepanjang Hayat. Tumpuan pembangunan pendidikan dan latihan perlu dialihkan, bukan sahaja dari aspek pembangunan infrastruktur fizikal tetapi juga kepada peningkatan kualiti pendidikan dan latihan tenaga kerja. Kualiti sistem pendidikan dan latihan yang sedia ada perlu dipastikan untuk sentiasa setanding dengan taraf antarabangsa demi memajukan negara. Akses kepada pendidikan berkualiti akan memastikan setiap individu diberi peluang yang berkualiti untuk menyerlahkan potensi dan intelek secara maksima. Ini akan dapat membolehkan mereka menjadi tenaga kerja yang produktif dan dapat menyumbang kepada keperluan tenaga kerja untuk menjamin pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Bagi mendokong pencapaian matlamat ini, projek-projek RKN11 yang berkaitan termasuk pembinaan bangunan dan infrastruktur yang baru dan tambahan, penambahbaikan sistem pengurusan pendidikan kebangsaan, serta penyediaan dana sumber manusia dan biasiswa. 2 MATLAMAT 2 WAWASAN BRUNEI 2035: KEHIDUPAN RAKYAT YANG BERKUALITI TINGGI Untuk mencapai tahap kualiti kehidupan rakyat yang setanding dengan keperluan sesebuah negara maju, BAHAGIAN 1 aspek-aspek kualiti kehidupan seperti penjagaan kesihatan, sosial, budaya, keselamatan, alam sekitar dan penyediaan kemudahan dokongan penting yang diperlukan oleh semua lapisan masyarakat akan menjadi tumpuan utama termasuk kemudahan-kemudahan dan infrastruktur penting, keselamatan negara dan pemedulian terhadap alam sekitar. Wawasan Brunei 2035 Dalam mendokong matlamat ini, projek-projek RKN11 termasuk projek yang memfokuskan penyediaan dan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, pembangunan dan penyediaan infrastruktur awam dan utiliti asas yang berkualiti, akses kepada tempat kediaman yang terbaik, meningkatkan kualiti pemberian dan Nilai yang Bertahan Lama perkhidmatan kepada rakyat serta memperkukuhkan keupayaan agensi-agensi keselamatan dan perisikan, terutama sekali dalam memastikan keselamatan negara. MATLAMAT 3 WAWASAN BRUNEI 2035: EKONOMI YANG DINAMIK DAN BERDAYATAHAN Bagi memastikan ekonomi dinamik dan berdayatahan yang akan diwarisi oleh generasi akan datang, matlamat ketiga Wawasan Brunei 2035 berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan maju, menggunakan pengetahuan dan teknologi sebagai asas pembangunan serta mengukuhkan penglibatan sektor swasta. Ini adalah dicapai melalui peningkatan pengeluaran dan produktiviti yang berterusan, pelaburan yang strategik serta pempelbagaian ekonomi. Manakala, Kerajaan akan terus berperanan sebagai pemudahcara dalam menjayakan hasrat pembangunan ini. Projek-projek RKN11 yang mendokong pencapaian matlamat ini termasuk projek-projek meningkatkan pembangunan sektor utama, penambahbaikan infrastruktur dan utiliti asas bagi tapak-tapak perindustrian, membaikpulih dan menaiktaraf kawasan pelancongan, serta menjalankan program pembangunan kapasiti. NILAI YANG BERTAHAN LAMA Di samping memperakui perlunya perubahan, kita terus mempertahankan nilai teras yang telah menjadi asas bagi kestabilan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara. Dalam apa jua usaha, kita akan komited dan taat setia kepada Sultan dan Negara; berpegang teguh kepada nilai Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jemaah, Mazhaf Shafie, dan amalan tradisi berbaik-baik, belas kasihan dan keharmonian sosial. Kita yakin keupayaan kita untuk menyesuaikan dan mengurus perubahan akan lebih kukuh dengan adanya konsep Melayu Islam Beraja (MIB) yang berpegang kepada nilai teras ini. 3 USAHA-USAHA UNTUK MENCAPAI WAWASAN BRUNEI 2035 Bagi memastikan Wawasan Brunei 2035 akan dapat dicapai secara sistematik dan berkesan, beberapa usaha telahpun dilaksanakan, antaranya seperti berikut: BAHAGIAN 1 - Mewujudkan struktur urustadbir khas bagi Wawasan Brunei 2035, yang terdiri daripada Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 dan Peneraju-Peneraju Wawasan, bagi mengembang dan menjana sinergi terhadap kesepaduan perencanaan dan pencapaian Wawasan Brunei 2035; Wawasan Brunei 2035 - Penyediaan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 untuk menilai serta mengukur tahap pencapaian dan kemajuan negara dengan lebih jelas dan terperinci ke arah Wawasan Brunei 2035. Pendekatan dan Nilai yang Bertahan Lama yang digunakan adalah berasaskan kepada hasil pencapaian dan prestasi bagi mengukur dan seterusnya memastikan Kementerian, Jabatan dan agensi pelaksana dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. Penggunaan Kerangka Kerja ini akan dapat memastikan tindakan secara bersepadu diambil oleh semua pihak yang terlibat termasuk bagi perancangan dan pelaksanaan program dan projek dibuat secara berkesinambungan; - Penyediaan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI Kebangsaan dan menilai tahap perkembangan dan prestasi KPI tersebut ke arah mencapai Hasil Pencapaian Kebangsaan yang berkaitan berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan; dan - Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 akan terus diberigakan secara komprehensif kepada kesemua agensi-agensi Kerajaan dan juga kepada orang ramai bagi memberikan kefahaman mengenai peranan setiap lapisan masyarakat ke arah menyumbang kepada prestasi pencapaian Wawasan Brunei 2035. Antara peranan-peranan utama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 adalah untuk memastikan pencapaian ketiga-tiga matlamat utama Wawasan melalui Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035; dengan memberikan hala tuju dasar ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035; serta memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan strategi-strategi Wawasan di peringkat tertinggi adalah selaras, sepadu dan berkesinambungan. Manakala, Peneraju Wawasan bertanggungjawab untuk mengenalpasti strategi-strategi ke arah mencapai Hasil Pencapaian Kebangsaan di dalam Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035; menyediakan dan melaksanakan pelan-pelan tindakan ke arah pencapaian matlamat strategik berkenaan; mengadakan perundingan dengan pihak berkepentingan di antara agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan- pertubuhan bukan Kerajaan dan orang ramai dalam proses perencanaan; serta memastikan pelaksanaan program dan projek yang berimpak tinggi di peringkat nasional. 4 HASIL PENCAPAIAN KEBANGSAAN DI DALAM KERANGKA KERJA WAWASAN BRUNEI 2035 Antara pendekatan baru dalam pemilihan projek-projek dan penetapan peruntukan bagi RKN11 yang telah digunakan adalah semua projek yang dihadapkan oleh Kementerian-Kementerian terlebih dahulu diteliti oleh Peneraju-Peneraju untuk memastikan ianya relevan untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035; dan keberkesanan setiap projek diukur melalui sumbangannya ke arah Hasil Pencapaian BAHAGIAN 1 Kebangsaan. Terdapat 12 Hasil Pencapaian Kebangsaan di dalam Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 seperti berikut: Wawasan Brunei 2035 Matlamat 1

  19. 1. Sistem Pendidikan Kelas Pertama;

  20. 2. Peluang Pendidikan Yang Saksama; dan dan Nilai yang Bertahan Lama

  21. 3. Pembangunan Sumber Tenaga Manusia Yang Memenuhi Keperluan Ekonomi. Matlamat 2

  22. 4. Taraf Hidup Yang Tinggi;

  23. 5. Mempertahankan Kedaulatan dan Kestabilan Negara;

  24. 6. Persekitaran Lestari;

  25. 7. Masyarakat Yang Bersepadu dan Berdayatahan; dan

  26. 8. Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja yang Bertaraf Antarabangsa. Matlamat 3

  27. 9. Pertumbuhan Ekonomi Yang Tinggi dan Berdayatahan;

  28. 10. Kepelbagaian Ekonomi;

  29. 11. Tahap Pengangguran Yang Rendah; dan

  30. 12. Kestabilan Makroekonomi. 5 6 BAHAGIAN 1 Wawasan Brunei 2035 dan Nilai yang Bertahan Lama PENCAPAIAN RANCANGAN 2 KEMAJUAN NEGARA KESEPULUH (2012-2018) 7 LATAR BELAKANG Di bawah Rancangan Kemajuan Negara Kesepuluh (RKN10) bagi tempoh 2012-2017, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 567 buah projek untuk dilaksanakan dengan harga rancangan sejumlah BND8.2 bilion. Walau bagaimanapun, RKN10 telah dipanjangkan tempohnya sehingga Mac 2018 menjadikan jumlah projek keseluruhan sebanyak 568 buah disebabkan oleh penyerapan Projek Jambatan Temburong ke RKN pada Tahun Kewangan 2017/2018. Harga rancangan ini telah diagihkan kepada sembilan (9) Sektor BAHAGIAN 2 Utama. Sektor Perkhidmatan Sosial telah diperuntukan harga rancangan tertinggi sejumlah BND2,621.3 juta atau 31.9 peratus daripada harga rancangan keseluruhan, diikuti oleh Sektor Penggunaan Awam sejumlah BND1,409.5 juta (17.1 peratus) dan Sektor Pengangkutan dan Perhubungan sejumlah BND1,293.6 juta (15.7 peratus). Pengagihan harga rancangan mengikut sektor utama adalah seperti di Pencapaian Rancangan Kemajuan Carta 2.1. Carta 2.1 Harga Rancangan RKN10 Mengikut Sektor Utama Negara Kesepuluh (2012-2018) 3,000.0 2,621.3 2,500.0 2,000.0 1,409.5 1,500.0 1,293.6 1,067.5 1,000.0 520.0 BND Juta 437.8 500.0 307.2 326.7 242.3 0.0 Sumber: JPES 8 PERBELANJAAN MENGIKUT TAHUN KEWANGAN Dalam tempoh RKN10, sebanyak BND6,303.3 juta telah dibelanjakan sehingga 31 Mac 2018. Jumlah perbelanjaan ini merupakan 76.6 peratus daripada harga rancangan BND8.2 bilion yang telah diluluskan. Ini adalah berdasarkan prestasi kemajuan projek dan perbelanjaan projek-projek mengikut keperluan daripada pihak pelaksana. Carta 2.2 menunjukkan perbelanjaan RKN10 berbanding peruntukan mengikut Tahun Kewangan. BAHAGIAN 2 Carta 2.2 Peruntukan dan Perbelanjaan RKN10 Mengikut Tahun Kewangan Pencapaian Rancangan Kemajuan 2,000.0 1,550.0 1,496.7 1,400.0 1,500.0 1,365.7 Negara Kesepuluh (2012-2018) 1,150.0 1,078.6 1,048.6 BND Juta 1,000.0 886.7 800.0 790.7 813.2 684.9 500.0 - 2012/2013 2013/2014 2014/2015 2015/2016 2016/2017 2017/2018 Peruntukan Perbelanjaan Sumber: JPES Berdasarkan kepada Carta 2.2, perbelanjaan bagi Tahun Kewangan pertama dan kedua adalah bagi menampung projek-projek yang sedang aktif dilaksanakan daripada RKN9. Ini termasuk projek-projek mega yang telah siap dilaksanakan. Bagi Tahun Kewangan ketiga, projek-projek baru RKN10 mula dilaksanakan dan perbelanjaan menunjukkan perbelanjaan awal bagi projek-projek RKN10. Carta 2.3 menunjukkan perbelanjaan sebenar bagi enam (6) Tahun Kewangan sepanjang tempoh RKN10. 9 Carta 2.3: Perbelanjaan Bulanan RKN10 Mengikut Tahun Kewangan Perbelanjaan Sebenar 2012/2013 Perbelanjaan Sebenar 2013/2014 Perbelanjaan Sebenar 2014/2015 Perbelanjaan Sebenar 2015/2016 Perbelanjaan Sebenar 2016/2017 Perbelanjaan Sebenar 2017/2018 BAHAGIAN 2 1,600.0 1,496.7 1,400.0 1,365.7 1,200.0 1,078.6 Pencapaian Rancangan Kemajuan 1,000.0 886.7 BND Juta 800.0 790.7 Negara Kesepuluh (2012-2018) 600.0 684.9 400.0 200.0 0.0 Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis Jan Feb Mar Sumber: JPES PERBELANJAAN MENGIKUT SEKTOR UTAMA Sektor Perkhidmatan Sosial telah mencatatkan perbelanjaan tertinggi berbanding sektor-sektor lain iaitu berjumlah BND2,058.2 juta. Ini adalah disebabkan oleh pelaksanaan beberapa projek mega khususnya projek perumahan seperti pembinaan 4,000 buah rumah bagi Perumahan Negara Kampong Mengkubau; 1,500 buah rumah bagi Perumahan Negara Daerah Tutong; dan 1,000 unit rumah jenis kluster bagi Perumahan Negara Kampong Lugu. Pelaksanaan Dana Sumber Manusia juga telah menelan belanja yang besar. Selain itu, beberapa projek RKN9 yang telah ditunda pelaksanaannya juga telah siap dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Berikutnya pula adalah Sektor Pengangkutan dan Perhubungan yang mencatatkan perbelanjaan sejumlah BND1,273.8 juta. Sektor ini antaralainnya mengandungi projek-projek seperti pembinaan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, pemodenan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pembinaan Jalan Tutong - Seria, Peringkat 3 - Jalan penghubung Telisai Lumut (16km) dan Jambatan Temburong. 10 Sektor Penggunaan Awam mencatatkan perbelanjaan ketiga tertinggi iaitu sejumlah BND922.7 juta. Sektor ini antaralainnya mengandungi projek-projek perkhidmatan elektrik seperti Stesen Janakuasa Bukit Panggal, Stesen Janakuasa Lumut Fasa 2 dan projek-projek pembekalan air seperti Projek Empangan Ulu Tutong. Di samping itu, sektor ini juga mengandungi projek-projek seperti projek Kemajuan Perusahaan dan Tapak Perindustrian Sungai Liang. Perbelanjaan bagi RKN10 mengikut sektor-sektor utama adalah BAHAGIAN 2 seperti di Carta 2.4. Carta 2.4 Peruntukan dan Perbelanjaan RKN10 Mengikut Sektor Utama 2,142.5 2,058.2 Pencapaian Rancangan Kemajuan Peruntukan Perbelanjaan 2,000.0 1,600.0 1,311.1 1,273.8 Negara Kesepuluh (2012-2018) 1,200.0 1,005.4 922.7 800.0 645.0 BND Juta 548.2 502.0 434.9 428.7 408.7 359.6 319.5 262.6 400.0 248.9 104.7 88.4 0.0 Sumber: JPES 11 STATUS PELAKSANAAN PROJEK RKN10 Daripada 568 buah projek yang diluluskan dalam RKN10, sebanyak 465 buah projek (81.9 peratus) telah siap, 30 buah projek (5.3 peratus) di peringkat pelaksanaan, 39 buah projek (7.0 peratus) di peringkat tawaran, manakala, 34 buah projek (5.8 peratus) masih di peringkat rekabentuk dan perancangan. Projek-projek yang telah siap adalah termasuk projek-projek mega seperti projek Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Taman Mahkota Jubli Emas, Taman Riadah Khas, pembinaan Jejambat di BAHAGIAN 2 Persimpangan Lebuhraya - Pantai Muara / Perumahan Meragang, pembinaan Jejantas Persimpangan Jalan Gadong / Jalan Telanai, pembinaan 4,000 buah rumah di Perumahan Negara Kampong Mengkubau dan pemodenan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Carta 2.5 menunjukkan status keseluruhan bagi projek-projek RKN10. Pencapaian Rancangan Kemajuan Carta 2.5 Bilangan Projek RKN10 Mengikut Status Negara Kesepuluh (2012-2018) 5.8% 7.0% 5.3% Siap Dalam Pelaksanaan Dalam Tawaran Rekabentuk dan Perancangan 81.9% Sumber: JPES 12 CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK RKN10 Di sebalik usaha-usaha berterusan pihak Kerajaan untuk memastikan program dan projek berjalan dengan lancar, berbagai cabaran telah dihadapi. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:- i. Projek belum mempunyai tapak; ii. Skop kerja yang berubah-ubah; iii. Kelambatan dalam penyediaan keperluan-keperluan sebenar projek yang akan dijalankan; BAHAGIAN 2 iv. Kelambatan dalam penyediaan dokumen dan penilaian tawaran; v. Proses lantikan konsultan yang memakan masa; dan vi. Masalah kontraktor. Pencapaian Rancangan Kemajuan LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK RKN Negara Kesepuluh (2012-2018) Bagi memastikan pelaksanaan dan perbelanjaan projek-projek RKN dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan peruntukan yang dibenarkan, Kerajaan akan berterusan membuat pemantauan yang rapi. Selain itu, langkah-langkah berikut telah juga diperkenalkan dan dilaksanakan: i. Projek yang ditunda dari RKN sebelumnya mestilah disiapkan dalam tempoh RKN tersebut; ii. Setiap agensi pelaksana perlu memastikan projek-projek RKN adalah lengkap dan dapat disiapkan mengikut harga rancangan yang diluluskan dan jadual pelaksanaan yang ditetapkan dengan tidak menjejaskan fungsi utama projek tersebut; iii. Memastikan pembayaran dibuat mengikut perjanjian kontrak dan skop yang telah diluluskan; iv. Semasa tempoh RKN, sekiranya projek memerlukan tambahan harga rancangan, pihak pelaksana disarankan untuk melaksanakan kajian terperinci dan inovatif bagaimana projek dapat dilaksanakan menggunakan peruntukan yang sedia ada tanpa menjejaskan fungsi utama projek; v. Memperkukuhkan fungsi Sistem Pemantauan Rancangan Kemajuan Negara (RKNPMS) secara maksima dan dikemaskini oleh agensi pengguna dan pelaksana; vi. Memberikan penekanan kepada ‘Value-for-Money’ dan konsep penggunaan fasiliti secara gunasama. Perancangan perbelanjaan perlulah berdasarkan kadar purata bagi kos pembinaan bangunan-bangunan Kerajaan atau projek-projek Kerajaan yang telah mengambilkira rekabentuk atau spesifikasi yang tidak ‘over-specified’ dan berlebihan daripada fungsi atau keperluan sebenar; vii. Mengadakan pemantauan berterusan termasuk lawatan mengejut ke tapak-tapak projek bagi memastikan kemajuan fizikal menepati jadual yang ditetapkan; viii. Mengadakan mesyuarat secara kerap untuk membincangkan perkembangan dan status kewangan projek; dan ix. Pihak Kementerian untuk memberikan laporan dan justifikasi mengenai projek-projek yang tidak dilaksanakan satu tahun setelah ianya diluluskan dan jika projek tidak lagi diperlukan, untuk diteliti semula samada untuk ditarik balik. 13 HARGA RANCANGAN PROJEK-PROJEK DITUNDA KE RKN11 Bagi kesinambungan pelaksanaan program dan projek RKN10, Kerajaan telah menunda sebanyak 30 projek untuk dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh RKN11 dengan harga rancangan berjumlah BND1.5 bilion (44.3 peratus daripada harga rancangan RKN11), berdasarkan kesediaan projek-projek untuk dilaksanakan. Carta 2.6 menunjukkan harga rancangan projek-projek RKN10 yang ditunda ke RKN11. BAHAGIAN 2 Carta 2.6 Harga Rancangan Projek Ditunda Mengikut Status 1,391.1 Pencapaian Rancangan Kemajuan 1,500.0 Negara Kesepuluh (2012-2018) 1,000.0 BND Juta 500.0 71.8 73.7 9.2 4.1 - Siap Ada Dalam Dalam Tawaran Rekabentuk Perancangan Tanggungan Pelaksanaan Sumber: JPES 14 PENUTUP Di sebalik cabaran-cabaran yang dihadapi di sepanjang tempoh RKN10, beberapa kemajuan telah dapat dicapai. Beberapa projek infrastruktur dan kemudahan asas seperti sekolah, hospital, perumahan, jalan- jalan raya, perkhidmatan elektrik dan bekalan air yang dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini telah berjaya disiapkan. Antara projek yang berjaya disiapkan di bawah RKN10 ialah projek Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Taman Mahkota Jubli Emas yang menjadi BAHAGIAN 2 mercu tanda sempena 50 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta. Projek-projek seperti ini akan terus dilaksanakan bagi mendokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif Kerajaan di samping fokus Kerajaan kepada projek-projek yang menjana pertumbuhan ekonomi bagi memastikan Pencapaian Rancangan Kemajuan pembangunan Kerajaan yang seimbang. Selain itu juga, melalui peruntukan yang disediakan khas bagi Sumber Tenaga Manusia dalam RKN10, pencapaian positif telah berjaya dicapai dan perkembangan positif ini akan terus dipertingkatkan lagi Negara Kesepuluh (2012-2018) dalam tempoh RKN11 dengan mengenalkan beberapa program baru bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi antaralain seperti Civil Service Leadership Pipeline (CSLP), Dana Sumber Manusia serta projek-projek bagi membina, menambah dan menaiktaraf bangunan-bangunan sekolah di Negara ini. Semua perancangan projek-projek ini akan diteruskan lagi di dalam RKN11 bagi meneruskan misi negara untuk mencapai matlamat yang digariskan dalam Wawasan Brunei 2035. 15 16 3 PRESTASI EKONOMI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 17 LATAR BELAKANG Dalam tempoh RKN 2012-2018, Negara Brunei Darussalam menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar dan mencatatkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang rendah. Kebergantungan negara kepada Sektor Minyak dan Gas masih tinggi dengan agihan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 59.4 peratus, hasil Kerajaan (82.3 peratus), dan eksport (lebih dari 90 peratus). Imbangan perdagangan negara mencatatkan lebihan, namun ianya semakin menurun disebabkan oleh kebergantungan tinggi kepada eksport minyak dan gas. Manakala, imbangan fiskal pula mengalami defisit sejak Tahun Kewangan 2014/2015 berikutan hasil daripada Sektor Minyak dan Gas yang jauh menurun. Dari aspek harga pengguna, kadar inflasi melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) terus terkawal. BAHAGIAN 3 KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK) Ekonomi Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan purata pertumbuhan yang perlahan dalam Prestasi Ekonomi tempoh 2012-2018. Ini adalah disebabkan oleh penurunan Sektor Minyak dan Gas, selaras dengan penurunan pengeluaran minyak daripada 159,012 tong sehari pada tahun 2012 kepada 111,508 tong sehari pada tahun 2018 dan juga pengurangan pengeluaran gas cecair asli (LNG) daripada 984,483 Juta Negara Brunei Darussalam Btu sehari kepada 935,154 Juta Btu sehari pada tempoh yang sama (Carta 3.1). Walau bagaimanapun, pada tahun 2018, ekonomi negara telah meningkat sebanyak 0.1 peratus (Carta 3.2) disebabkan oleh peningkatan Sektor Bukan Minyak dan Gas yang disumbangkan antaralain oleh beberapa subsektor seperti Perkhidmatan Kerajaan (3.4 peratus), Pembuatan (15.5 peratus), Pembinaan (6.0 peratus) dan Perdagangan Borong dan Runcit (2.3 peratus). Carta 3.1: Pengeluaran Minyak dan LNG Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 170,000 1,013,472 1,040,000 Juta British Thermal Units Sehari 159,012 160,000 975,272 1,000,000 150,000 949,426 984,483 935,154 960,000 Tong Sehari 923,739 140,000 905,478 920,000 130,000 135,160 880,000 120,000 126,448 126,783 120,910 840,000 110,000 113,170 111,508 100,000 800,000 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Pengeluaran Minyak Pengeluaran LNG Sumber: ME 18 Carta 3.2: Pertumbuhan KDNK Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 8.0 6.0 4.0 % Pertumbuhan 2.0 0.9 1.3 0.0 (0.4) 0.1 (2.0) (2.1) (2.5) (2.5) (4.0) (6.0) BAHAGIAN 3 (8.0) 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Sektor Minyak dan Gas Sektor Bukan Minyak dan Gas KDNK Prestasi Ekonomi Sumber: JPES Negara Brunei Darussalam Carta 3.3: Sumbangan KDNK Negara Brunei Darussalam Mengikut Sektor, 2012-2018 Sektor Bukan Minyak & Gas, 40.6% Sektor Minyak & Gas, 59.4% Sumber: JPES 19 Mengikut jenis aktiviti ekonomi, Sektor Industri adalah penyumbang terbesar, iaitu sebanyak 63.5 peratus kepada KDNK, yang juga termasuk aktiviti Sektor Minyak dan Gas. Ini diikuti oleh Sektor Perkhidmatan sebanyak 35.5 peratus dan Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan sebanyak 0.9 peratus. Carta 3.4: Sumbangan KDNK Negara Brunei Darussalam Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi, 2012-2018 0.9% BAHAGIAN 3 63.5% 35.5% Prestasi Ekonomi Industri Negara Brunei Darussalam Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Perkhidmatan Sumber: JPES Mengikut jenis perbelanjaan, pelaburan merupakan komponen terbesar dalam KDNK dengan agihan purata sekitar 34.9 peratus sepanjang tempoh 2012-2018. Ini diikuti dengan perbelanjaan penggunaan Kerajaan (23.1 peratus) dan eksport bersih (20.6 peratus). Manakala, agihan bagi perbelanjaan penggunaan persendirian pula adalah pada kadar 17.9 peratus (Carta 3.5). 20 Carta 3.5: KDNK Mengikut Jenis Perbelanjaan, 2012-2018 20.6% 23.1% Perbelanjaan Penggunaan Kerajaan Perbelanjaan Penggunaan Persendirian Pelaburan BAHAGIAN 3 Eksport Bersih 17.9% 34.9% Prestasi Ekonomi Negara Brunei Darussalam Sumber: JPES KDNK per kapita pada tempoh 2012-2018 menunjukkan tren yang menurun. Pada tahun 2018, KDNK per kapita negara dicatatkan sebanyak BND42,979.5 (Carta 3.6) berbanding BND59,699.8 pada tahun 2012. KDNK per kapita bagi Negara Brunei Darussalam ditempatkan pada kedudukan ke-27 pada tahun 2018 mengikut tanda-aras International Monetary Fund (IMF)1. Carta 3.6: KDNK per Kapita pada Harga Semasa, 2012-2018 70,000.0 59,699.8 60,000.0 56,133.9 53,149.1 50,000.0 43,108.7 42,979.5 37,741.2 38,993.4 40,000.0 BND 30,000.0 20,000.0 10,000.0 - 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Sumber: JPES 1 World Economic Outlook, International Monetary Fund (IMF) (April 2019) 21 Salah satu hasrat negara dalam Wawasan Brunei 2035 ialah untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam di antara sepuluh negara teratas dari segi pendapatan per kapita. Oleh kerana penduduk negara ini bertambah pada kadar 1.7 peratus setahun secara purata bagi tempoh 2012-2018, maka usaha-usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk sedang giat dilaksanakan. Usaha-usaha yang sedang giat dilaksanakan adalah antaralainnya seperti berikut: I. Meningkatkan pertumbuhan Sektor Bukan Minyak dan Gas seperti di Sektor Perkhidmatan dan Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan; II. Menggiatkan aktiviti keusahawanan; BAHAGIAN 3 III. Menarik pelaburan langsung asing; IV. Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam perkhidmatan awam dan swasta. Antara usaha termasuklah dengan meningkatkan penggunaan aplikasi Info-Komunikasi dan Teknologi (ICT) Prestasi Ekonomi melalui projek-projek e-Kerajaan, penyelidikan dan pembangunan, pendidikan, latihan, kepakaran serta inovasi; V. Memantapkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS); dan Negara Brunei Darussalam VI. Meneliti kemungkinan pengkorporatan dan pengkomersilan beberapa agensi atau aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan pada masa ini. HARGA PENGGUNA Indeks Harga Pengguna (IHP) adalah pada kadar rendah iaitu sebanyak -0.1 peratus setahun secara purata bagi tempoh 2012-2018. Kadar inflasi di negara ini dikawal melalui beberapa inisiatif Kerajaan seperti pelaksanaan akta kawalan harga, pemberian subsidi ke atas barangan asasi dan utiliti, serta lain-lain tindakan secara pentadbiran. Carta 3.7: Kadar Inflasi, 2012-2018 0.6 0.4 0.4 0.2 % Kadar Inflasi 0.0 0.1 0.1 (0.2) (0.2) (0.2) (0.4) (0.4) (0.6) (0.8) (0.7) 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Sumber: JPES 22 KEWANGAN KERAJAAN Imbangan fiskal Kerajaan terus mengalami defisit sejak Tahun Kewangan 2014/2015 (Carta 3.8). Ini adalah berikutan penurunan berterusan hasil pendapatan daripada Sektor Minyak dan Gas, selaras dengan penurunan harga minyak global dan pengeluaran minyak domestik yang masih rendah. Memandangkan defisit fiskal yang berpanjangan, Kerajaan telah melipatgandakan usaha pengukuhan fiskal untuk mengawal perbelanjaan Kerajaan dan meningkatkan hasil. Mengambilkira usaha-usaha berkenaan, defisit fiskal telah mula menunjukkan penurunan pada Tahun Kewangan 2017/2018 dengan terdapatnya pengukuhan kepada perbelanjaan dan kutipan hasil. Carta 3.8: Kewangan Kerajaan Negara Brunei Darussalam, TK2012/2013-TK2017/2018 BAHAGIAN 3 14,000.0 11,765.4 12,000.0 Prestasi Ekonomi 10,000.0 9,317.5 7,482.8 7,597.7 7,076.4 7,289.5 8,000.0 6,338.4 6,252.0 6,079.2 BND Juta 6,000.0 3,708.9 3,616.1 3,872.3 Negara Brunei Darussalam 4,000.0 4,282.6 2,000.0 1,719.8 0.0 (213.1) (2,000.0) (2,206.9) (2,629.5) (2,636.0) (4,000.0) TK2012/2013 TK2013/2014 TK2014/2015 TK2015/2016 TK2016/2017 TK2017/2018 Jumlah Hasil Kerajaan Jumlah Perbelanjaan Kerajaan Imbangan Fiskal Sumber: MOFE Carta 3.9: Sumbangan Hasil Kerajaan Negara Brunei Darussalam, TK2012/2013-TK2017/2018 100.0% 1.9% 90.0% 7.2% 2.0% 7.4% 80.0% 70.0% Lain-Lain Hasil Dari Operasi Kerajaan % Sumbangan 60.0% Pulangan dari Pelaburan & Simpanan 50.0% Yuran, Caj & Sewa 40.0% 81.6% Cukai 30.0% Hasil Minyak & Gas 20.0% 10.0% 0.0% TK2012/2013 - TK2017/2018 Sumber: MOFE 23 PERDAGANGAN BARANGAN Carta 3.10: Perdagangan Barangan Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 18,000.0 16,000.0 14,000.0 12,000.0 BND Juta 10,000.0 11,765.6 8,000.0 9,788.4 8,881.8 BAHAGIAN 3 6,000.0 4,000.0 4,267.2 2,000.0 3,101.0 3,454.7 3,249.5 Prestasi Ekonomi - 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Jumlah Eksport Jumlah Import Imbangan Perdagangan Negara Brunei Darussalam Sumber: JPES Imbangan perdagangan negara mengalami lebihan (surplus) sepanjang tahun 2012 sehingga 2018 (Carta 3.10). Lebihan ini diperolehi daripada nilai eksport negara yang tinggi berjumlah sekitar BND10.9 bilion setahun berbanding import negara yang hanya mencatatkan sekitar BND4.5 bilion setahun. Walau bagaimanapun, kadar imbangan perdagangan negara telah mengalami kemerosotan berikutan penurunan berterusan eksport negara, khususnya eksport minyak dan gas. Carta 3.11: Agihan Eksport Negara Brunei Darussalam, 2012-2018 5.3% 0.3% 94.4% Eksport Domestik Minyak & Gas Eksport Domestik Bukan Minyak & Gas Eksport Semula Sumber: JPES 24 Dari segi sumbangan eksport, lebih daripada 90 peratus adalah dari eksport domestik minyak dan gas (Carta 3.11), di mana dua (2) komoditi eksport terbesar bagi Negara Brunei Darussalam adalah LNG dan minyak mentah. Oleh yang demikian, dengan penurunan pengeluaran dan harga minyak, nilai eksport semakin menurun dan menjejaskan imbangan perdagangan negara. Bagi tahun 2018, pasaran utama bagi eksport LNG adalah antaralain Negara Jepun dan Republik Korea, manakala, bagi eksport minyak mentah ialah antaralain Negara Thailand dan Australia. Manakala, eksport domestik bukan minyak dan gas hanya menyumbang sebanyak 0.3 peratus dalam tempoh 2012-2018, manakala, eksport semula pula menyumbang sebanyak 5.3 peratus dalam tempoh BAHAGIAN 3 yang sama. Dari segi import pula, komoditi terbesar negara adalah Jentera dan kelengkapan pengangkutan dan Barang-barang keluaran kilang di mana masing-masing menyumbang secara purata sebanyak 38.3 peratus Prestasi Ekonomi dan 28.5 peratus kepada keseluruhan import pada tahun 2018. Negara Brunei Darussalam TENAGA BURUH DAN PEKERJAAN Tenaga buruh di sepanjang tahun 1981-2018 tumbuh pada kadar 3.1 peratus setahun menjadikan jumlah tenaga buruh meningkat daripada 70,690 orang pada tahun 1981 kepada 220,965 orang pada tahun 2018. Kadar pengangguran mencatatkan tren yang meningkat dari 3.6 peratus pada tahun 1981 kepada 8.7 peratus di tahun 2018 (Carta 3.12). Carta 3.12: Guna Tenaga, 1981-2018 250,000 10.0 9.3 9.3 9.0 8.7 200,000 8.0 7.2 7.0 6.9 Bilangan Orang 150,000 6.1 6.0 Kadar (%) 4.9 5.0 4.7 100,000 4.0 3.6 3.0 50,000 2.0 1.0 0 0.0 1981 1986 1991 1995 2001 2011 2014 2017 2018 Jumlah Tenaga Kerja Kadar Pengangguran Sumber: JPES 25 PENUTUP Dalam tempoh 2012-2018, ekonomi negara telah mencatatkan penurunan disebabkan oleh faktor-faktor di luar jangkaan. Sebagai sebuah negara yang hasil pendapatannya bergantung kepada pengeluaran daripada Sektor Minyak dan Gas, kejatuhan drastik harga minyak global dan pada masa yang sama negara menghadapi cabaran pengeluaran minyak yang rendah, telah memberikan impak langsung yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi, hasil pendapatan dan pengeksportan negara. Keadaan tersebut memerlukan usaha-usaha segera dan bersepadu untuk dipertingkatkan bagi mempelbagaikan aktiviti dan sumber ekonomi agar pertumbuhan negara akan lebih berdayatahan dan progresif. Usaha-usaha ke arah pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan hasil pengeluaran Sektor BAHAGIAN 3 Bukan Minyak dan Gas yang berdayatahan akan menjadi strategi utama bagi tempoh RKN11. Tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk mengekalkan dan meningkatkan momentum pertumbuhan yang mantap dan berdayatahan, dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu. Antaralain inisiatif yang Prestasi Ekonomi diberikan keutamaan termasuklah untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke negara ini, meneroka program perkongsian awam-swasta yang berpotensi, mempergiatkan lagi perkembangan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs), mewujudkan perniagaan ataupun industri baru, menggiatkan Negara Brunei Darussalam aktiviti keusahawanan, dan memantapkan PMKS. 26 4 TEMA RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA KESEBELAS 27 TEMA RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA KESEBELAS BAHAGIAN 4 Tema Rancangan Kemajuan Pempelbagaian ekonomi adalah merupakan salah satu objektif pembangunan dalam Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang (2007-2035) bagi Negara Brunei Darussalam. Malahan hasrat ini sudah lama dikemukakan seawal-awal RKN2 (1962-1966). Dalam Matlamat Jangka Panjang (1986-2005) Negara Kesebelas pempelbagaian ekonomi sekali lagi menjadi salah satu tumpuan objektifnya. Perkara ini ditekankan memandangkan struktur ekonomi Negara Brunei Darussalam pada masa itu sangat bergantung kepada sumber tenaga minyak dan gas. Setelah mencecah hampir 30 tahun sejak Matlamat Jangka Panjang (1986- 2005), kebergantungan tersebut masih lagi belum dapat diatasi dengan sepenuhnya. Pada dasarnya, sebuah ekonomi yang sudah dipelbagaikan merujuk kepada satu struktur ekonomi yang seimbang dari segi sumbangan sektoral kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), perdagangan antarabangsa khususnya kepada eksport dan juga sumbangannya kepada hasil pendapatan Kerajaan. Dari segi kepentingan pula, pempelbagaian ekonomi dapat mempastikan bahawa sumber pendapatan negara adalah stabil dan tidak terjejas oleh pengaruh-pengaruh luaran seperti harga dan permintaan komoditi berkenaan yang memberi pergantungan yang tinggi. Selain dari itu, pempelbagaian ekonomi juga dapat mengimbangi kecenderungan pergerakan tenaga kerja yang berat kepada sektor dominan yang menawarkan pampasan atau gaji yang lebih tinggi dan pemilihan pekerjaan. Jesteru itu, dalam masa jangka panjang, sebuah ekonomi yang dipelbagaikan akan dapat membantu menjamin kedayatahanan dan juga daya saing negara. 28 Bagi Negara Brunei Darussalam, pembangunan sosio-ekonomi negara adalah sangat berkaitan dengan sumbangan Sektor Minyak Dan Gas. Ini jelas dilihat, terutama dari segi hasil pendapatan Kerajaan, di mana hasil dari sumber minyak dan gas memberi sumbangan melebihi 80 peratus dari keseluruhan pendapatan negara. Setiap usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan adalah bergantung kepada hasil pendapatan tersebut. Dari segi pempelbagaian ekonomi, objektifnya bagi negara ialah mengurangkan kebergantungan kepada Sektor Minyak dan Gas dan sebaliknya meningkatkan sumbangan dari Sektor Bukan Minyak dan Gas bukan sahaja dari segi hasil pendapatan Kerajaan malahan juga dari segi sumbangannya kepada KDNK dan juga eksport negara. Rekod pencapaian negara dalam usaha-usaha untuk mempelbagaikan ekonomi adalah kurang dari apa yang dihasratkan. Negara masih lagi bergantung kepada Sektor Minyak dan Gas dari segi sumbangan kepada KDNK, eksport dan hasil pendapatan Kerajaan. Malahan, kebergantungan ini juga antaralainnya menyebabkan penjanaan peluang-peluang pekerjaan yang tidak seimbang iaitu lebih 30 peratus dari BAHAGIAN 4 jumlah keseluruhan pekerjaan dijana oleh Kerajaan dan menimbulkan sikap bergantung kepada Kerajaan bagi mendapatkan pekerjaan. Selain dari itu, pempelbagaian ekonomi juga adalah berkait rapat dengan perkembangan sektor swasta bukan minyak dan gas. Dalam erti kata yang lain, apa jua usaha dari segi Tema Rancangan Kemajuan perancangan, dasar dan strategi adalah menjurus kepada matlamat yang sama iaitu pempelbagaian ekonomi melalui pengembangan sektor swasta bukan minyak dan gas, memandangkan negara masih lagi bergantung tinggi kepada Sektor Minyak dan Gas berbanding dengan Sektor Bukan Minyak dan Gas. Ini Negara Kesebelas masih dapat dilihat dari prestasi ekonomi semasa tempoh RKN10. Secara keseluruhan, pertumbuhan KDNK dalam tempoh berkenaan telah mencatatkan penurunan sebanyak 0.8 peratus secara tahunan. Ini disebabkan ekonomi masih dipengaruhi oleh Sektor Minyak dan Gas, yang mencatatkan kadar pertumbuhan yang negatif iaitu 2.2 peratus secara tahunan. Walau bagaimanapun, Sektor Bukan Minyak dan Gas menunjukkan pertumbuhan positif sebanyak 1.5 peratus secara tahunan. 29 Carta 4.1: Perbandingan Hasil Pengeluaran dan Sumbangan Sektor Minyak dan Gas dan Sektor Bukan Minyak dan Gas Kepada KDNK pada Harga Semasa, 2012-2018 18.0 80.0 16.0 70.0 14.0 60.0 BND Bilion 12.0 50.0 10.0 Peratus 40.0 8.0 30.0 6.0 4.0 20.0 2.0 10.0 BAHAGIAN 4 0.0 0.0 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Sektor Minyak & Gas 16.4 15.0 13.9 10.1 8.3 9.2 10.7 Tema Rancangan Kemajuan Sektor Bukan Minyak & Gas 7.7 8.1 8.1 8.0 7.7 7.8 7.9 Sumbangan Sektor Minyak & Gas 68.0 64.8 63.3 55.9 51.8 54.2 57.7 Sumbangan Sektor Bukan Minyak & 32.0 35.2 36.7 44.1 48.2 45.8 42.3 Gas Negara Kesebelas Sumber: JPES Menyedari akan isu pempelbagaian ekonomi yang masih lagi belum berjaya sepenuhnya untuk ditangani, Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang (2007-2035) melalui dasar, strategi dan perancangan bagi mempastikan sumbangan sektor swasta bukan minyak dan gas kepada KDNK, eksport dan hasil pendapatan Kerajaan semakin meningkat. Oleh itu, Negara perlulah memberi tumpuan kepada pengembangan sektor swasta (termasuk GLCs) bagi membantu memenuhi hasrat dan mencapai matlamat bagi meningkatkan hasil atau kekayaan negara dan dalam waktu yang sama mempelbagaikan ekonomi. Meningkatkan sumbangan sektor swasta bukan minyak dan gas tidak lagi menjadi satu pilihan bagi Negara, malahan ianya adalah suatu perkara yang mesti untuk dilaksanakan dengan segera dan bersepadu. Melihat akan keperluan inilah, maka Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 sebulat suara bersetuju menjadikan tema RKN11 seperti berikut: “Peningkatan Keluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi.” Peningkatan keluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas memerlukan inisiatif-inisiatif bersepadu daripada kesemua pihak untuk mencapai hasrat mempelbagaikan ekonomi. Pengukuhan sektor swasta melalui penambahbaikan urustadbir Kerajaan terutama dalam proses-proses berkaitan dengan perniagaan akan membantu dalam penarikan pelaburan langsung asing dan juga pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Dalam pada itu, ini akan dapat meningkatkan lagi produktiviti, menggalakkan penyelidikan dan inovasi termasuk kemasukan teknologi baru dan pemindahan pengetahuan. 30 Di samping itu, mempercepatkan pertumbuhan Sektor Bukan Minyak dan Gas juga akan meningkatkan perdagangan, hasil Kerajaan dan penyediaan perkerjaan. Ini memerlukan fokus terhadap meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran tenaga kerja. Secara keseluruhan juga, persekitaran perniagaan yang kondusif adalah sangat diperlukan bagi mendokong perkembangan sektor swasta. Ini akan dapat memupuk keupayaan sektor swasta dalam menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berinovasi dan bernilai tinggi, bukan sahaja disasarkan untuk memenuhi keperluan pasaran dalam negeri dan mengurangkan keperluan import malahan juga untuk mendapat kedudukan di pasaran luar negara. Ini akan dapat meningkatkan lagi nilai eksport ke arah pembaikan imbangan perdagangan negara. Penambahbaikan ini akan dapat diukur dengan piawaian antarabangsa seperti Laporan Bank Dunia Doing Business, Global Competitiveness Index (GCI), Human Development Index (HDI), World University Ranking, dan sebagainya. BAHAGIAN 4 Bagi meneruskan pencapaian inisiatif-inisiatif tersebut, program dan projek di bawah RKN11 yang berpandukan enam (6) teras pembangunan akan dapat membantu untuk mencapai hasrat negara dalam mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035, iaitu Matlamat pertama didokong oleh Teras 1 dan Tema Rancangan Kemajuan 2; Matlamat kedua oleh Teras 3 dan 4; dan Matlamat ketiga oleh Teras 5 dan 6. Disamping itu, teras tersebut meliputi tiga (3) aspek utama, iaitu dari segi pembangunan yang berdayatahan dengan mempelbagaikan dan memperluaskan asas ekonomi dan menggunakan kaedah Negara Kesebelas pembiayaan alternatif (Teras 5 dan 4), pengukuhan urustadbir Kerajaan bagi menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk perkembangan sektor swasta dan menarik pelaburan langsung asing (Teras 6), dan menekankan pembangunan modal insan dalam mendukung pertumbuhan ekonomi (Teras 1, 2 dan 3). Ke arah merealisasikan hasrat ini, Kerajaan telah memperuntukan harga rancangan sejumlah BND3.5 bilion untuk melaksanakan sebanyak 186 projek2 dalam RKN11. Pemilihan projek-projek adalah berdasarkan kepada sumbangannya kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, keupayaan agensi pelaksana dalam melaksanakan projek dan juga keupayaan fiskal Negara. 2 Termasuk simpanan gagasan dan tanggungan-tanggungan. 31 PELAKSANAAN RANCANGAN 5 KEMAJUAN NEGARA KESEBELAS MENGIKUT TERAS 33 35 TERAS 1: MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN LATIHAN BAGI MENGHASILKAN MODAL INSAN YANG BERPENDIDIKAN DAN BERKEMAHIRAN TINGGI PENDAHULUAN Modal insan adalah faktor penting sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan saksama. Pelaburan dalam pendidikan dan latihan akan dapat membantu mengembangkan potensi golongan belia negara dalam pelbagai bidang kemahiran. Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan latihan untuk membina pengetahuan dan kemahiran para belia bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja dalam negara. Selain itu, sepertimana di negara-negara maju, kualiti pengajaran dan latihan yang tinggi daripada tenaga Teras 1: Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan pengajar atau pelatih yang mempunyai kelulusan dan kemahiran yang bersesuaian serta berdedikasi, sistem pendidikan dan latihan yang kukuh, teknologi pembelajaran yang terkini, persekitaran yang kondusif dan kemudahan pendidikan yang berkualiti juga turut diberi penekanan dalam membangun Latihan bagi Menghasilkan Modal Insan yang modal insan3. Di sektor Kerajaan pula, sumber tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, produktif dan inovatif, akan dapat mendukung kepada mewujudkan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi kondusif. Ini akan memberikan impak yang diharapkan dalam meningkatkan lagi produktiviti di sektor swasta, dan seterusnya kepada merangsang pertumbuhan ekonomi negara. “…Di bidang pendidikan, usaha adalah sedang dibuat untuk memperluaskan saliran pendidikan di samping mempertingkatkan kualiti bagi mencapai Wawasan Brunei 2035. Keutamaan ialah memperkasa kualiti guru untuk menjadikan mereka itu individu-individu pendidik yang berprestasi tinggi…” Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2017 3 The Secret to Finland’s Success: Educating Teachers; dan Finnish Education in a Nutshell 36 FOKUS UTAMA Pada tahun 2015, pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam di kesemua peringkat iaitu rendah, menengah mahupun pengajian tinggi, masih di tahap yang rendah di bawah sasaran pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Kementerian Pendidikan4. Mengambilkira akan hakikat ini, Kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara hendaklah sentiasa diperkukuhkan secara berterusan untuk mencapai matlamat pertama Wawasan Brunei 2035 ‘Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya’. Kerajaan akan terus berusaha dalam menyediakan modal insan yang berpendidikan dan mempunyai pelbagai kemahiran supaya negara akan lebih bersedia menghadapi sebarang perubahan struktur dalam ekonomi khususnya dalam hasrat negara untuk mempelbagaikan ekonomi. Teras pertama ini akan memfokuskan kepada dua (2) objektif utama. Objektif pertama memfokuskan kepada meningkatkan pencapaian pendidikan akademik. Apa yang dihasratkan ialah bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang terutama dalam mata pelajaran Matematiks, Sains, Bahasa dan ICT bagi melahirkan modal insan yang berpendidikan, serba-boleh dan inovatif setanding dengan Teras 1: Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan negara-negara maju5. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi luar negara melalui pemberian biasiswa dan juga melalui Skim Pembiayaan Pendidikan Kerajaan. Latihan bagi Menghasilkan Modal Insan yang Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi Objektif kedua memfokuskan kepada usaha mempelbagaikan dan meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dan vokasional yang menawarkan pelbagai jenis kursus dalam bidang-bidang tertentu selaras dengan keperluan negara. Dalam pada itu, lebih banyak program dan latihan yang berkualiti dan relevan akan disediakan agar dapat memberi peluang kepada belia-belia tempatan untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi secara berterusan. Dengan adanya latihan yang bertepatan dan relevan, setentunya ianya akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja dan membantu dalam membentuk individu yang berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai dayatahan fizikal dan mental. 4 Laporan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua Belas Majlis Mesyuarat Negara (2016), 12 Mac 2016 5 Buku Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN 21), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam 37 Selaras jua dengan usaha berterusan Kerajaan dalam membina kapasiti belia-belia negara ini, usaha melahirkan tenaga pengajar yang kompeten, profesional dan bermotivasi tinggi juga akan diberikan penekanan. Selain itu, aspek kepimpinan sekolah juga ditangani dalam meningkatkan lagi keberkesanan pendidikan sekolah-sekolah di negara ini. Peluang-peluang juga akan disediakan oleh Kerajaan kepada warga perkhidmatan awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran melalui pelbagai kursus dan latihan pendek dalam dan luar negeri dan juga latihan dalam perkhidmatan. Teras 1: Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Latihan bagi Menghasilkan Modal Insan yang Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi INISIATIF-INISIATIF Dalam RKN11 ini, pelbagai inisiatif akan diteruskan dan diperkenalkan dalam mendukung matlamat melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai harapan negara dalam meneruskan dan menerajui agenda pembangunan negara yang dirancang secara berdayatahan. Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21). SPN21 ini telah dirangka dengan hasrat untuk melengkapkan rakyat negara ini dengan ilmu, kemahiran dan sikap serta nilai yang lebih sesuai bagi menghadapi kehendak dan keperluan abad ini. Selaras dengan keutamaan Kerajaan ini, dari masa ke semasa, penambahbaikan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi tahap kualiti pendidikan dan latihan bagi belia-belia negara. 38 Teras 1: Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Antaralain aspek-aspek utama di bawah penambahbaikan ini meliputi pencapaian dan kejayaan pelajar. Latihan bagi Menghasilkan Modal Insan yang Dalam perkara ini, usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh negara khususnya pencapaian dalam literasi dan numerasi sedang diusahakan. Ianya adalah satu inisiatif untuk menghasilkan peningkatan sistematik dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran literasi dan numerasi di sekolah-sekolah. Inisiatif ini melibatkan khidmat pakar-pakar Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi perkembangan profesional dan juga pakar-pakar pengajaran dan pembelajaran literasi dan numerasi sebagai ejen perubahan utama. Ianya juga selaras dengan inisiatif utama seterusnya yang juga meliputi kompetensi dan kualiti tenaga pengajar dan pelatih. Program peningkatan kemahiran dan kompetensi tenaga pengajar akan diteruskan. Salah satu inisiatif ialah pembangunan profesional berterusan melalui Akademi Guru Brunei Darussalam (BDTA). Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru ke arah memperkayakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran abad ke-21. Turut dilaksanakan ialah Rangka Kerja Pembangunan Profesional Guru-Guru sebagai program perkembangan profesional guru bersistematik untuk mewujudkan dan menambah keberkesanan usaha pembangunan professional learning communities dalam kalangan guru dan pemimpin sekolah. Selain itu, program Teacher-Workplace Trainer Partnership juga dikendalikan bagi tenaga pengajar dalam bidang berkaitan minyak dan gas. Program ini membolehkan tenaga pengajar di institut berkenaan dan juga pelatih di industri tersebut berkongsi cara pengajaran, amalan kerja terbaik, keperluan, peralatan dan teknologi yang digunakan di industri tersebut. Inisiatif seperti ini juga boleh dilaratkan ke industri bukan minyak dan gas bagi merapatkan jurang kemahiran yang diperlukan. Ianya akan dapat membantu dalam meningkatkan pengalaman hands-on dan pengetahuan para tenaga pengajar dan pelatih dalam industri berkenaan. 39 Program kepimpinan juga akan diteruskan bagi melahirkan pemimpin sekolah yang berkemahiran. Melalui inisiatif ini, pemimpin-pemimpin sekolah diharap akan dapat memimpin tenaga pengajar dan pelatih untuk menjadi lebih kompeten dan diperakui dalam melahirkan modal insan yang inovatif dan serba-boleh sepertimana yang dihasratkan. Ianya juga dihasratkan untuk menjadi pengukur tahap kepimpinan sekolah dan dari itu membolehkan langkah-langkah untuk diambil dalam meningkatkan lagi keberkesanan pendidikan sekolah-sekolah di negara ini. “…Juga perlu diambil perhatian, bahawa pendidikan masa kini, tidak hanya terhad di bilik-bilik darjah sahaja, tetapi banyak ilmu, maklumat dan kemahiran boleh diperolehi melalui penggunaan teknologi Internet, yang boleh diakses dengan mudah dan cepat. Namun dalam keghairahan memanfa’atkan teknologi canggih ini, kita juga dikehendaki supaya jangan lalai dari anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab, yang menggunakan teknologi untuk tujuan- tujuan keburukan, termasuk penggunaan media sosial untuk menyebarkan berita-berita palsu dan fitnah. Semua ini boleh mengundang kepada bencana…” Teras 1: Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketiga Belas Majlis Mesyuarat Negara 2017 Latihan bagi Menghasilkan Modal Insan yang Bagi meningkatkan kualiti sekolah dan institusi pengajian, pengajaran dan pembelajaran menerusi inovasi pendidikan dan teknologi juga diungkayahkan. Usaha bagi memperkukuhkan kompetensi penggunaan Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi info-komunikasi dan teknologi bagi tenaga pengajar dan pelatih serta menggunakan kaedah mengajar yang kos efektif melalui penggunaan teknologi akan terus diusahakan. Sebagai contoh ialah program- program yang membantu meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dalam teknik pengajaran yang inovatif menggunakan info-komunikasi dan teknologi seperti Digital-Age Literacy, Interactive Studies dan lain-lain. Kemudahan-kemudahan teknologi pendidikan yang terkini juga turut disediakan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, memberangsangkan dan berkesan. Ini akan dapat membantu dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, efisien dan berkesan dalam melahirkan modal insan yang kreatif. 40 Turut dilaksanakan juga ialah transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) yang bertujuan untuk memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional yang responsif dengan keperluan pasaran kerja, dan selari dengan tuntutan kemajuan teknologi dan ekonomi negara. Di samping itu, bagi memupuk pemikiran keusahawanan dari peringkat awal lagi, Agenda Keusahawanan Kebangsaan (NEA) turut dilaksanakan. Agenda ini melibatkan semua peringkat persekolahan, pendidikan dan komuniti yang bermatlamat untuk memupuk minda keusahawanan yang menjurus kepada sifat berdikari, berdaya cipta, inovatif, berpandangan jauh, mampu meraih peluang, mengenalpasti risiko dan pengawalannya serta pandai berikhtiar. Turut diperkenalkan ialah Program Skim Pendidikan Keusahawanan Brunei (BEES) 2.0 yang bertujuan untuk membantu pelajar memahami kaedah perniagaan melalui aktiviti praktikal, mewujudkan kesedaran untuk lebih berdikari, serta memberi inspirasi dalam mendidik para belia untuk belajar dan memahami konsep perniagaan. Teras 1: Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pihak Kerajaan juga akan terus menghulurkan biasiswa kepada pelajar dan latihan kepada pekerja di sektor awam dan swasta dalam memastikan sumber tenaga manusia di negara ini mempunyai tahap pendidikan dan kemahiran mantap dan terkini dalam pelbagai bidang sesuai dengan perubahan dan kehendak ekonomi semasa. Latihan bagi Menghasilkan Modal Insan yang Pendidikan sepanjang hayat juga memainkan peranan yang penting dengan usaha akan diteruskan bagi menggalakkan rakyat dan penduduk negara ini untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya bagi setiap tenaga kerja untuk memastikan peningkatan produktiviti yang Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi berterusan. Pendidikan tidak formal seperti kelas lanjutan, kelas khas dan sebagainya akan dipertingkatkan dan program yang ditawarkan akan dikembangluaskan lagi bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing. Dari segi penyediaan infrastruktur, projek-projek RKN11 yang disediakan termasuk kerja-kerja penaiktarafan dan tambahan sekolah rendah, menengah dan ugama yang sedia termasuk pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Temburong dengan penekanan kepada konsep penggunaan fasiliti secara gunasama dan ‘value-for-money’ bagi mengelakkan daripada pembaziran dan kerugian dalam perbelanjaan Kerajaan. 41 Teras 1: Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan PENUTUP Dalam mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu ‘Rakyat Yang Berpendidikan, Berkemahiran Latihan bagi Menghasilkan Modal Insan yang Tinggi dan Berjaya’, Kerajaan akan melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan secara holistik dan inklusif merangkumi perolehan pengetahuan dan kemahiran, termasuk keupayaan keusahawanan, serta memiliki sikap, nilai dan etika positif untuk terus maju dalam pembangunan sosio-ekonomi melalui program-program yang tersusun, bersesuaian dan berfokus kepada pencapaian hasil. Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi 42 43 TERAS 2: MELAHIRKAN TENAGA KERJA SELARAS DENGAN KEPERLUAN INDUSTRI PENDAHULUAN Tenaga kerja merupakan aset yang penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Dalam usaha Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan KDNK khususnya dari Sektor Bukan Minyak dan Gas, tenaga kerja yang cekap dan mahir diperlukan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara berdasarkan keperluan industri, bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang berdayatahan. Justeru itu, perancangan tenaga kerja khususnya dalam memberikan pendidikan, latihan dan kepakaran yang bertepatan, memainkan peranan yang penting bagi mengisikan peluang-peluang pekerjaan yang akan diperlukan oleh pasaran tempatan, selaras dengan pembangunan kluster utama. Ini akan Teras 2 : Melahirkan Tenaga Kerja mendukung pencapaian matlamat pertama Wawasan Brunei 2035 ‘Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya’, serta matlamat ketiga Wawasan Brunei 2035 ‘Ekonomi yang Dinamik dan Berdayatahan’. Perancangan tenaga kerja yang selaras dengan keperluan industri juga akan dapat membantu mengurangkan pengangguran dan membasmi kemiskinan; mengurangkan kos perniagaan dari segi Selaras Dengan Keperluan Industri pemberian latihan; dan mempersiapkan negara untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam menarik pelabur-pelabur langsung asing. FOKUS UTAMA Ke arah meningkatkan sumbangan Sektor Bukan Minyak dan Gas kepada KDNK negara, negara akan memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Berdasarkan Laporan Kajian Tenaga Kerja 2018, tenaga kerja di negara ini masih bertumpu kepada beberapa subsektor sahaja, khususnya Pentadbiran Awam iaitu sebanyak 22.9 peratus. Ini diikuti dengan Perdagangan Borong dan Runcit sebanyak 12.7 peratus dan Pembinaan sebanyak 10.2 peratus. Dari segi jenis pekerjaan, tenaga kerja tertumpu kepada Pekerja Perkhidmatan dan Jualan (23.9 peratus); Pekerjaan Asas (16.7 peratus); dan Ahli-Ahli Profesional (16.5 peratus). 44 Teras 2 : Melahirkan Tenaga Kerja Lebih dari 55.0 peratus penganggur mempunyai kelulusan peringkat pendidikan menengah sahaja6. Pada tahun 2018, sejumlah 5,040 jawatan kosong telah diiklankan di JobCentre Brunei dan hanya sejumlah 2,764 kekosongan tersebut diisikan oleh anak tempatan7. Ini adalah kerana antaralainnya disebabkan oleh ketidaksepadanan diantara kemahiran mahupun kepakaran yang dipunyai oleh anak tempatan dengan jenis-jenis pekerjaan yang ditawarkan. Oleh itu, anak-anak tempatan perlu untuk dilengkapkan dengan Selaras Dengan Keperluan Industri kepakaran-kepakaran khusus bagi memenuhi keperluan semasa dan kehendak pasaran kerja. Perkembangan ini boleh dilihat daripada jumlah tenaga kerja yang mempunyai pendidikan teknikal dan vokasional pada tahun 2018 iaitu 15.1 peratus8. Dengan mengambilkira kedudukan tenaga kerja tersebut, teras kedua akan memfokuskan kepada menghasilkan tenaga kerja berkualiti dan kompeten. Justeru itu, ianya akan dapat memenuhi keperluan pasaran dan industri tempatan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi bagi mendukung pertumbuhan KDNK negara secara mampan. Kerajaan akan menerajui pembangunan dan perancangan sumber tenaga manusia tempatan serta mempersiapkan tenaga kerja yang berkemahiran secara berterusan melalui eko-sistem yang saling mendukung. Ini secara langsung akan dapat meningkatkan penyertaan dalam tenaga kerja dari pelbagai peringkat pendidikan dan mengurangkan kadar pengangguran. Dengan mempertingkatkan tahap pendidikan dan kemahiran, negara juga akan dapat melahirkan ramai lagi pakar-pakar, profesional- profesional dan usahawan-usahawan yang berjaya, yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada daya tarikan negara dari segi pelaburan langsung asing dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara secara inklusif dan berdayatahan. 6 Laporan Kajian Tenaga Kerja 2018 7 JobCentre Brunei, Jabatan Perdana Menteri 8 Laporan Kajian Tenaga Kerja 2018 45 Teras 2 : Melahirkan Tenaga Kerja INISIATIF-INISIATIF Selaras Dengan Keperluan Industri Dalam RKN11, projek-projek adalah berbentuk program latihan yang memastikan tenaga kerja mengikut keperluan industri dan selaras dengan pelan strategik “Skilling Brunei Darussalam”. Beberapa inisiatif akan dijalankan di bawah teras ini melalui agensi-agensi seperti berikut: 1) Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK) PPK juga merupakan salah satu inisiatif utama dalam usaha negara untuk mengurangkan pengangguran, dengan sasaran pengurangan jumlah pengangguran seramai kira-kira 3,000 orang pada penghujung tahun 2018. Ianya dihasratkan akan dapat memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk mendapatkan kemahiran yang membawa kepada pekerjaan dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh industri tempatan. Program-program PPK disasarkan bagi penganggur- penganggur yang mempunyai kelulusan 4 ‘O’ Level ke bawah. Di bawah program-program tersebut, pelajar akan mendapat peluang untuk up-skilling atau re-skilling dan mendapatkan kelulusan yang diiktiraf oleh industri tempatan. Ini akan menaikkan kebolehpasaran mereka di sektor swasta dalam bidang yang dipelajari. 46 “…Perkembangan lain, Kerajaan Beta juga, kini sedang melipatgandakan usaha untuk melengkapkan para belia dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian. Ini berlaku melalui beberapa program tertentu, disamping, Unit Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, juga secara khusus, telah mengenalkan kursus berasaskan Rangka Kemahiran Industri atau Industry Competency Framework (ICF). Bagi maksud ini, Beta telah pun memperkenankan satu inisiatif tambahan, penubuhan Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK), yang akan menawarkan latihan-latihan kepada anak-anak tempatan bagi melayakkan mereka menjawat pelbagai pekerjaan di sektor swasta termasuk syarikat-syarikat pelaburan langsung asing…” Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-71 Tahun Bagi Tahun 2017 Teras 2 : Melahirkan Tenaga Kerja 2) JobCentre Brunei • i-Ready Dalam usaha meningkatkan keupayaan tenaga manusia serta penyelarasan keupayaan pencari kerja dengan keperluan industri, Skim Apprenticeship Graduan atau ‘i-Ready’ telah diperkenalkan. Ianya Selaras Dengan Keperluan Industri bertujuan untuk memberi pengalaman kerja kepada graduan-graduan yang masih mencari pekerjaan memperolehi pengalaman pekerjaan dan keupayaan yang diperlukan oleh industri. Melalui program ini, para graduan bukan sahaja berpeluang untuk mendapatkan latihan dalam pekerjaan dan pengalaman bekerja dalam suasana pekerjaan sebenar, tetapi juga mendapatkan peluang re-skilling dalam bidang yang tidak semestinya sama dengan apa yang dipelajari. “…Apa pun rancangan, semuanya turut bergantung kepada sumber tenaga manusia. Inilah masalah kita. Di Brunei, sumber tenaga tempatan masih saja bermasalah. Disamping masalah terlalu memilih kerja, juga jadi masalah ialah, sudah dapat kerja di sektor swasta, tetapi tidak kekal lama, hanya sebulan atau seminggu dua sahaja sudah berhenti, balik semula memilih jadi penganggur. Berkaitan ini, Beta telah memperkenankan satu program Apprenticeship untuk diwujudkan khusus bagi graduan-graduan yang masih mencari pekerjaan. Program ini akan dilancarkan pada bulan April 2017 Insya’ Allah. Ia akan dikenali sebagai Program I-RDY (i-ready), khusus sebagai platform bagi para graduan memasuki alam pekerjaan, samada di sektor swasta atau sektor awam…” Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketiga Belas Majlis Mesyuarat Negara 2017 47 3) Bahagian Perancangan Tenaga Kerja • Rangka Kerja Kompetensi Industri (ICF) Inisiatif ini bertujuan untuk menyelaraskan program-program latihan kemahiran teknikal dan vokasional dengan keperluan industri. Ini bagi memastikan anak-anak tempatan mendapat kemahiran dan kelulusan yang diperlukan oleh industri dan bersedia untuk pekerjaan (atau sedia-industri) apabila mereka menamatkan program latihan. • Industrial Skills Qualification (ISQ) ISQ bertujuan untuk memberikan insentif kepada pelajar yang menamatkan latihan di Registered Training Organizations (RTO) untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang dan kemahiran yang dipelajari di sektor swasta. Teras 2 : Melahirkan Tenaga Kerja Selaras Dengan Keperluan Industri Selain itu, inisiatif di bawah teras ini juga merangkumi program-program latihan dan pembangunan kemahiran bagi belia-belia di pelbagai peringkat, termasuk melalui aliran sekolah teknikal dan vokasional atau melalui institusi-institusi berkaitan seperti Pusat Pembangunan Belia (PPB), Pusat Pembangunan Usahawan dan sebagainya, dalam hasrat bagi membina kapasiti belia-belia negara dan seterusnya menggalakkan belia berdikari dan berkecimpung dalam bidang keusahawanan. 48 Bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional, Kerajaan telah menyediakan satu skim biasiswa iaitu Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) di bawah RKN yang diberikan kepada pelajar lepasan di peringkat ‘O’ untuk mengikuti pengajian di institusi swasta. Dengan cara ini akan memberi mereka peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi menyahut Wawasan Brunei 2035. Dengan mengambil tindakan ini juga, akan mencegah para pelajar lepasan ‘O’ level dari menjadi masyarakat yang terbiar, tidak berpendidikan tinggi, dan mungkin juga akan menjadi pencari kerja yang tidak mempunyai sebarang kemahiran. Dalam usaha memajukan kegiatan penyelidikan dan pembangunan idea-idea kreatif serta menggalakkan inovasi dan peningkatan keusahawanan di kalangan belia-belia tempatan, program- program latihan dalam industri kreatif dan multimedia ditawarkan di bawah iCentre, Knowledge Hub dan Design and Technology Centre. Ini akan menghasilkan belia-belia berkemahiran yang mampu berdikari terutama dalam bidang keusahawanan dan bidang info-komunikasi dan teknologi. Teras 2 : Melahirkan Tenaga Kerja PENUTUP Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini diharap akan dapat mempertingkatkan keupayaan belia-belia tempatan yang seterusnya akan dapat melahirkan tenaga kerja yang dapat menyumbang secara positif dan signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Adalah juga menjadi hasrat negara, melalui Selaras Dengan Keperluan Industri peluang-peluang latihan selaras dengan keperluan industri di negara ini, akan dapat membantu meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini. 49 51 Teras 3 : Membangun Masyarakat yang Wasatiah dan Berwawasan TERAS 3: MEMBANGUN MASYARAKAT YANG WASATIAH DAN BERWAWASAN PENDAHULUAN Negara Brunei Darussalam memerlukan modal insan yang memiliki ciri Wasatiah dan berwawasan, yang menceburi bidang-bidang yang akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang berdayatahan termasuklah bidang keusahawanan. Ciri-ciri Wasatiah itu adalah tergolong ke dalam makna tertinggi, terbaik, teragung, terunggul, teradil, termulia dan terutama. Dalam konteks kehidupan berugama, Ugama Islam bukan setakat baik tetapi terbaik, bukan setakat tinggi tetapi tertinggi dan bukan setakat unggul tetapi terunggul9. Dengan itu, Islam Wasatiah menuntut supaya umatnya lebih kuat dan lebih hebat. Dalam erti kata lain, jika melaksanakan apa jua jenis pekerjaan, hendaklah bersungguh-sungguh, ikhlas dan sentiasa untuk menghasilkan yang Teras 3 : Membangun Masyarakat yang terbaik. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga, ciri-ciri Wasatiah adalah unsur teras dalam jati diri umat Islam di negara ini. Kemakmuran dan kesejahteraan negara ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada kehidupan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran ugama Islam. Masyarakat yang berwawasan pula adalah orang yang mempunyai visi dan misi serta mempunyai pelan- pelan tindakan dan strategi dalam memajukan diri. Mereka juga mempunyai prinsip yang teguh dan jati Wasatiah dan Berwawasan diri yang tinggi dalam membangun potensi diri dan orang lain. Melangkah ke hadapan, negara akan membangun masyarakat yang Wasatiah dan berwawasan dengan memupuk sikap dan amalan ‘Bekarih’ sepertimana Perambahan Brunei, ‘Siapa Bekarih Berisi Marih’. Perambahan ini adalah lambang kepada sikap gigih, titih, lutanan, penuh dengan semangat waja, berdikari, kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mentadbir kehidupan yang perlu ada pada masyarakat masa kini. Pengkhususan bidang yang akan diceburi bagi membangun masyarakat yang Wasatiah dan berwawasan ini adalah bidang keusahawanan. Pencapaian dalam perkara ini akan mewujudkan modal insan yang berdikari dan mendukung tema RKN11 iaitu “Peningkatan Keluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi” dan juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Kerajaan semata-mata. Disamping itu, ciri-ciri Wasatiah dan berwawasan juga akan menyumbang kepada pencapaian matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 ‘Kehidupan Rakyat Yang Berkualiti Tinggi’ melalui modal insan yang berprinsip tinggi, ‘berkarih berjarih berlurih’ serta menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat. 9 Kertas Perdana Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat Yang Berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned Mufti Kerajaan, muka surat 5. 52 FOKUS UTAMA Menurut statistik Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), jumlah penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) meningkat pada kadar 8.0 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga, bilangan pemohon bantuan Kerajaan, sama ada melalui BKB yang ditadbirkan oleh JAPEM mahupun yang menghadapkan permohonan bantuan kumpulan zakat yang ditadbirkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), semakin meningkat. Manakala, statistik nisbah pekerjaan di sektor awam kepada sektor swasta bagi penduduk tempatan adalah kira-kira 51.2 peratus : 48.8 peratus pada tahun 2018. Ini menggambarkan kecenderungan masyarakat negara ini untuk bekerja di sektor awam sebagai pilihan utama. Mengikut statistik keseluruhan jumlah penduduk bekerja di negara ini, masyarakat yang berdikari sendiri masih di tahap yang rendah pada tahun 2018. Penduduk yang bekerja sendiri mencatatkan sebanyak 4.3 peratus, yang menjadi majikan sebanyak 2.8 peratus dan pekerja yang berkerja di perusahaan keluarga sendiri adalah sebanyak 0.5 peratus10. Teras 3 : Membangun Masyarakat yang Bagi mengukuhkan usaha selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Kelapan tahun 2013 pada 20 November 2013, maka Teras ketiga akan memberikan penekanan kepada mewujudkan dan memperkasa masyarakat yang memiliki ciri Wasatiah dan berwawasan bagi mendukung Wasatiah dan Berwawasan usaha mencapai pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan selaras dengan hasrat Wawasan Brunei 2035. Ini termasuk memperkasa eko-sistem di negara ini berteraskan prinsip MIB antaralainnya melalui sistem pendidikan negara yang holistik merangkumi aspek mental, fizikal dan kerohanian. Teras ini juga bermatlamat untuk memupuk rasa tanggungjawab, lebih yakin pada diri sendiri dan berdikari serta mematuhi nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat termasuk belia-belia negara ini. INISIATIF-INISIATIF Inisiatif RKN11 di bawah teras ini akan memberikan tumpuan kepada bidang pendidikan secara formal dan informal bagi membangun masyarakat Wasatiah dan berwawasan. Dari aspek membangun masyarakat yang berpendidikan, pihak Kerajaan akan menitikberatkan pembelajaran dari peringkat awal lagi dengan penyediaan sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara berserta dengan kemudahan info-komunikasi dan teknologi dan tenaga-tenaga pengajar yang kompeten, profesional dan berkemahiran. Pendidikan yang berkualiti tinggi diharap akan dapat membangun dan melengkapkan anak-anak tempatan dari segi moral, intelektual, fizikal, sosial, dan kemahiran yang sesuai untuk menjadi warga negara yang dinamik, bertanggungjawab, serta mampu menyumbang secara positif dan signifikan kepada pembangunan negara. 10 Laporan Kajian Tenaga Kerja 2018 53 Tidak kurang penting juga adalah bagi membina perkembangan kerohanian di kalangan masyarakat dan belia-belia negara. Dalam mewujudkan dan mengukuhkan modal insan negara yang Wasatiah, pendidikan rohani akan terus diberikan penekanan yang sewajarnya di mana beberapa projek Sekolah Ugama dan Arab diluluskan selaras dengan penguatkuasaan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012. Di samping itu, beberapa program akan terus dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang bukan sahaja akan dapat mendukung visi negara sebagai Negara Zikir, tetapi juga akan dapat mengukuhkan jati diri dan menanamkan sikap yang positif dari semua aspek kepada belia-belia negara ini. Bagi mendukung ini juga, beberapa projek pembinaan masjid baru di seluruh negara diluluskan untuk dilaksanakan dalam RKN11 ini. Teras 3 : Membangun Masyarakat yang Wasatiah dan Berwawasan Selain menyediakan pendidikan asas, inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya di kalangan belia-belia tempatan dan juga masyarakat amnya dalam bidang perusahaan dan keusahawanan juga diberikan perhatian terutamanya kalangan belia-belia yang berpotensi di mana projek seperti perkembangan PPB juga disediakan. PENUTUP Usaha berterusan Kerajaan dalam membangun dan memperkasa masyarakat yang Wasatiah dan berwawasan adalah penting bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berdaya saing, berkemahiran tinggi dan mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang tinggi berteraskan konsep MIB. Program-program yang berjalan pada masa ini akan diteliti dari masa ke semasa bagi memastikan ianya masih relevan selain memastikan penambahbaikan dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan program-program berkenaan. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengubah minda masyarakat kepada sikap suka berdikari, bermotivasi, rajin berusaha dan produktif yang dapat menyumbang kepada perkembangan sosio-ekonomi negara. Usahasama bersepadu, sokongan berterusan dan penglibatan semua pihak amat diperlukan bagi menjadikan negara ini pro- bisnes dan pro-pelaburan. 54 TERAS 4: MENGUKUHKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERDAYATAHAN PENDAHULUAN Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Pelbagai kemudahan dan keperluan asas disediakan oleh Kerajaan seperti pendidikan, bekalan tenaga elektrik dan air, jalan raya, perumahan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan keselamatan awam, dan lain-lain. Bantuan juga dihulurkan dalam bentuk subsidi dan elaun bulanan kepada golongan berpendapatan rendah. Kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk yang berdayatahan akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 ‘Kehidupan Rakyat Yang Berkualiti Tinggi’ dalam memastikan kestabilan sosial, peningkatan produktiviti negara, serta kemakmuran, keamanan dan ketenteraman sesebuah negara. Teras 4 : Mengukuhkan Kesejahteraan FOKUS UTAMA Penyediaan kemudahan dan keperluan asas oleh Kerajaan secara keseluruhannya dibiayai melalui peruntukan RKN di bawah Sektor Penggunaan Awam dan Perkhidmatan Sosial. Sebagaimana di setiap Rakyat yang Berdayatahan RKN, sebahagian besar daripada perbelanjaan adalah di bawah dua (2) sektor ini (RKN7 - 50 peratus; RKN8 - 43 peratus; RKN9 - 48 peratus; dan RKN10 - 49 peratus). Perancangan dan langkah berterusan Kerajaan dalam memastikan hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini adalah jelas melalui Human Development Report keluaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) yang secara konsisten setiap tahun meletakkan negara ini di dalam kategori ‘Very High Human Development’. Melalui Human Development Report 2016, Negara Brunei Darussalam berada di tangga ke-30 dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI). Di sebalik pencapaian ini, taraf kedudukan HDI negara masih di bawah sasaran untuk berada dalam kalangan sepuluh negara teratas di dunia menurut HDI tersebut11. Ini menunjukkan keperluan untuk pengemaskinian dan penambahbaikan dalam aspek pembangunan kesejahteraan rakyat dan penduduk bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. 11 Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam (2007), Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. 56 Dalam pada itu, situasi ekonomi negara yang tidak menentu pada masa ini, menjadikan satu cabaran bagi Kerajaan dalam menyediakan kemudahan dan bantuan berkenaan. Oleh yang demikian, semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membantu menjadikan perkembangan sosio-ekonomi negara ini akan lebih berdayatahan dan berdaya maju selaras dengan fokus teras ini. Semua pihak perlu mendukung usaha Kerajaan dalam menghulurkan berbagai bentuk kemudahan dan bantuan dari segi penyediaan kemudahan dan keperluan asas yang mana setentunya keupayaan Kerajaan untuk terus menghulurkan kemudahan dan bantuan berkenaan akan semakin terbatas mengambilkira pertambahan penduduk di Negara ini dan peningkatan kos pemberian perkhidmatan. Walaupun berhadapan dengan persekitaran yang mencabar, Kerajaan kekal komited terhadap pengukuhan fiskal dengan mengukuhkan dayatahan ekonomi negara ke arah mencapai kemakmuran negara dan peningkatan kesejahteraan rakyat yang berdayatahan. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus mengambil langkah bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam perbelanjaan tanpa menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan. Teras 4 : Mengukuhkan Kesejahteraan Rakyat yang Berdayatahan Kedayatahanan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk juga dapat dicapai dengan memastikan penilaian projek-projek RKN memberikan keutamaan dan penekanan kepada ‘cost- effectiveness’, ‘value-for-money’, keperluan ‘functional’, mengambilkira komitmen perbelanjaan pemeliharaan dan operasi setiap tahun dan hasil pendapatan yang boleh diperolehi. Selain itu, penggunaan fasiliti secara gunasama di antara kemudahan-kemudahan sedia ada bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan bukan sahaja untuk dapat membantu Kerajaan tetapi juga memupuk perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini. 57 “…Dari aspek kewangan, kita juga perlu mengekalkan dasar kestabilan fiskal atau ‘fiscal stability’, terutamanya dalam mempertimbangkan peruntukan kewangan dan perbelanjaan Negara yang menitikberatkan perbelanjaan berhemah dan ‘value for money’. Dengan amalan seperti ini, Insya’ Allah, akan membolehkan Negara menjimatkan perbelanjaan dan mampu untuk menabung lebihan pendapatan bagi menampung peruntukan-peruntukan di saat yang memerlukan. Perkara ini juga perlu berlaku dalam pengurusan perbelanjaan diperingkat individu dan keluarga…” Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara 2015 INISIATIF-INISIATIF Teras 4 : Mengukuhkan Kesejahteraan Dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara sebagai asas pembangunan masyarakat yang inklusif, projek-projek RKN11 akan meliputi penyediaan dan penaiktarafan kemudahan dan keperluan asas serta peningkatan keselamatan awam seperti bekalan elektrik dan air, perumahan, perkhidmatan kesihatan, jalan raya, jambatan dan lain-lain. Rakyat yang Berdayatahan Dalam memastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti terus disediakan, antara projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk pembinaan blok baru Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong, pembinaan bangunan perkhidmatan kecemasan Hospital Suri Seri Begawan (Kuala Belait), Establishment of Certified BSL3 Laboratories with Supporting BSL2 Labs for an Accredited National TB Reference Laboratory (NTRL) and Virology Services dan lain-lain. 58 Teras 4 : Mengukuhkan Kesejahteraan Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna dan orang awam, Kerajaan akan terus melaksanakan projek-projek pemeliharaan dan membaikpulih aset-aset Kerajaan. Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembinaan / pembaikan / menaiktaraf sistem Bekalan Air, Rakyat yang Berdayatahan termasuk penggantian paip-paip utama dan pembinaan tangki-tangki air; kerja-kerja pemeliharaan dan membaikpulih bangunan, kawasan dan perumahan termasuk rumah-rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan menaiktaraf bangunan perpustakaan di Bandar Seri Begawan; serta kerja- kerja pembinaan / pembaikan infrastruktur perhubungan awam termasuk di bawah program peningkatan dan pembaikan infrastruktur jambatan dan jalan raya serta pembinaan jejambat. 59 “…Beta berharap, kita akan sama-sama menikmati dan meraih peluang-peluang yang ada apabila kita merealisasikan Komuniti ASEAN pada penghujung tahun 2015 nanti. Mengenai kualiti kehidupan, Beta adalah mahu supaya pihak berwajib akan lebih tangkas dan cekap dalam menangani peningkatan bilangan jenayah, yang berlaku sejak dari beberapa tahun kebelakangan ini. Ini termasuklah jenayah bunuh, rompak dan curi. Tangani semuanya itu dengan bersungguh-sungguh dan tegas. Sekat ia daripada berlaku, dan jika sudah berlaku, cari mereka sampai tertangkap…” Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masehi 2015 Bagi meningkatkan keselamatan awam, projek-projek tertentu akan dilaksanakan termasuklah Pelan Induk Akademi Pasukan Polis, Brunei National Cyber Security Framework dan National Emergency Response System (NERS). Teras 4 : Mengukuhkan Kesejahteraan PENUTUP Kerajaan akan memastikan tumpuan akan terus diberikan untuk memelihara dan meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini sebagai asas penting ke arah pembangunan dan Rakyat yang Berdayatahan masyarakat yang inklusif. Dengan keadaan fiskal Negara yang banyak bergantung kepada hasil pendapatan daripada sumber asli yang terhad, keupayaan Kerajaan untuk terus menghulurkan kemudahan dan keperluan-keperluan asas, mungkin tidak akan berdayatahan bagi tempoh jangka masa panjang. Oleh itu, perbelanjaan Kerajaan perlu dilaksanakan secara terancang dengan mengambil pendekatan-pendekatan yang bersesuaian. Setentunya, kegagalan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu dikhuatiri akan menjejaskan kebajikan dan kesejahteraan generasi-generasi yang akan datang. 60 TERAS 5: MENINGKATKAN KELUARAN DAN SUMBANGAN SEKTOR BUKAN MINYAK DAN GAS KEPADA KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK) PENDAHULUAN Ekonomi Negara Brunei Darussalam masih bergantung kepada Sektor Minyak dan Gas. Pada tahun 2018, Sektor Minyak dan Gas menyumbang sebanyak 57.7 peratus (BND10.7 bilion) kepada jumlah keseluruhan KDNK, manakala, Sektor Bukan Minyak dan Gas menyumbang sebanyak 42.3 peratus (BND7.9 bilion). Dari segi jumlah keseluruhan eksport pula, Sektor Minyak dan Gas merangkumi 88.9 peratus (BND7.9 bilion), manakala, Sektor Bukan Minyak dan Gas sebanyak 11.1 peratus (BND1.0 bilion). Dalam tempoh 2012-2018, pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam adalah di tahap yang rendah, yang mana negara telah menghadapi cabaran pertumbuhan negatif empat (4) tahun berturut- Teras 5 : Meningkatkan Keluaran dan turut bermula tahun 2013 sehingga 2016. Ini adalah disebabkan oleh penurunan prestasi Sektor Minyak dan Gas berikutan pengurangan pengeluaran minyak daripada 159,012 tong sehari pada tahun 2012 Sumbangan Sektor Bukan Minyak kepada 111,508 tong sehari pada tahun 2018 dan juga pengurangan pengeluaran gas cecair asli (LNG) daripada 984,483 Juta Btu sehari kepada 935,154 Juta Btu sehari pada tempoh yang sama. dan Gas Kepada Keluaran Dalam Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada menghadapi kesan langsung daripada kejatuhan harga minyak dunia yang telah mencapai paras di bawah USD75 setong pada tahun 2018. Negara-negara Negeri Kasar (KDNK) pengeluar minyak lain yang juga masih bergantung tinggi kepada sumber minyak dan gas sebagai sumber utama hasil pendapatan Kerajaan juga telah menghadapi tekanan dan cabaran yang sama. Dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan faktor-faktor luaran dan domestik serta tidak terlalu bergantung kepada penghasilan minyak dan gas, Negara harus memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdayatahan. Negara juga mesti memberi fokus khusus kepada pertumbuhan dan perkembangan dalam Sektor Bukan Minyak dan Gas bagi melaksanakan usaha berterusan meningkatkan tahap sustainabiliti dan daya saing ekonomi secara keseluruhan. Ini memerlukan kerjasama yang erat antara semua pihak yang terdiri dari sektor awam, sektor swasta dan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam. 62 “Sebagai sebuah negara yang masih bergantung kepada hasil minyak dan gas, Negara Brunei Darussalam perlu terus aktif mempelbagaikan ekonominya. Ini adalah wajar, berdasarkan harga minyak dunia sering sahaja dilihat tidak menentu. Walaupun permintaan global meningkat dan harga minyak mulai pulih pada kadar yang menggalakkan, namun pertumbuhan ekonomi tetap sahaja diramal masih berada pada paras yang rendah. Lalu kerana itu, kita tetap perlu untuk terus mengawal imbangan fiskal negara dalam jangka masa pendek dan panjang. Tetapi ini sahaja tidak memadai. Langkah berjimat memang baik dan terpuji, tetapi semata-mata berjimat tanpa ada usaha ke arah pertumbuhan adalah salah satu sikap yang tidak diterima. Di samping berjimat, kita juga mesti menggembleng tenaga bagi pertumbuhan secara besar-besaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...” Teras 5 : Meningkatkan Keluaran dan Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Sumbangan Sektor Bukan Minyak Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara dan Gas Kepada Keluaran Dalam FOKUS UTAMA Negeri Kasar (KDNK) Bagi mempelbagaikan ekonomi untuk mencapai matlamat ketiga Wawasan Brunei 2035, iaitu ekonomi yang dinamik dan berdayatahan, Negara Brunei Darussalam terus berusaha untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan asas ekonomi untuk meningkatkan sumbangan Sektor Bukan Minyak dan Gas kepada KDNK negara. Walaupun usaha-usaha ini telah menghasilkan pertumbuhan dan perkembangan kegiatan- kegiatan dalam Sektor Bukan Minyak dan Gas, namun pencapaian ini masih di tahap yang rendah. Ini adalah disebabkan oleh cabaran-cabaran yang telah dan sedang dihadapi oleh negara seperti harga minyak tidak menentu, persaingan untuk menarik pelaburan langsung asing yang semakin kompetitif, perubahan iklim yang mengurangkan pengeluaran dan cabaran daya saing usahawan tempatan. Secara amnya, nilai keluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas menunjukkan peningkatan purata secara tahunan sebanyak 1.5 peratus bagi tempoh 2012 hingga 2018. Walau bagaimanapun, sektor ini mencatatkan pertumbuhan negatif bermula pada tahun 2014 hingga 2016 iaitu purata secara tahunan sebanyak 1.1 peratus. Namun demikian, Sektor Bukan Minyak dan Gas meningkat semula dengan mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.5 peratus pada tahun 2017. 63 Penyumbang utama kepada pertumbuhan positif bagi Sektor Bukan Minyak dan Gas adalah termasuk subsektor-subsektor berikut: ➢ Subsektor Kewangan - Khususnya melalui hasil dari institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat insurans; ➢ Subsektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan - Sumbangan terbesar adalah daripada aktiviti Pertanian dan Perikanan yang mana adalah didorong oleh peningkatan produktiviti, penubuhan syarikat-syarikat baru termasuk syarikat-syarikat pelaburan langsung asing; dan ➢ Subsektor Perdagangan Borong dan Runcit - Peningkatan aktiviti-aktiviti kenegaraan dan juga pertumbuhan dari subsektor-subsektor lain telah menghasilkan spin-off kepada aktiviti-aktiviti lain seperti perhotelan, restoran, pembekalan makanan, kenderaan dan sebagainya. Teras 5 : Meningkatkan Keluaran dan Sumbangan Sektor Bukan Minyak dan Gas Kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 64 Sebahagian dari perkembangan subsektor-subsektor tersebut di atas adalah didokong oleh penyediaan infrastruktur asas yang dilaksanakan melalui projek-projek RKN10. Ini termasuk antaralain projek penyediaan tapak, infrastruktur perhubungan, penggalakan penggunaan teknologi tinggi, menjalankan penyelidikan dan perkembangan (R&D), dan penyediaan program-program pembangunan keusahawanan. Pertumbuhan tersebut adalah hasil daripada inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan sepanjang tempoh RKN10, yang dihasrat untuk mempelbagaikan ekonomi dengan mengukuhkan sektor swasta, menarik pelaburan langsung asing, menggalakkan pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif. Langkah-langkah ini akan dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan Sektor Bukan Minyak dan Gas dan memberi manfaat kepada negara antaralainnya seperti membukaluas peluang-peluang perkerjaan, meningkatkan persaingan, menambahbaik produktiviti dan kemahiran tenaga kerja melalui penggunaan teknologi baru dan pemindahan pengetahuan. Teras 5 : Meningkatkan Keluaran dan Selain itu, projek-projek RKN tersebut juga diharap akan dapat memupuk keupayaan sektor swasta dalam Sumbangan Sektor Bukan Minyak menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berinovasi dan bernilai tinggi, bukan sahaja disasarkan untuk memenuhi keperluan pasaran dalam negeri dan mengurangkan keperluan import malahan juga untuk mendapat kedudukan di pasaran luar negara. Ini akan dapat meningkatkan lagi nilai dan Gas Kepada Keluaran Dalam eksport ke arah pembaikan imbangan perdagangan negara. Untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan Sektor Bukan Minyak dan Gas, usaha untuk Negeri Kasar (KDNK) meneruskan pembangunan ekonomi negara giat dilaksanakan terutamanya dengan memfokuskan kepada pembangunan lima (5) kluster utama, iaitu barangan dan perkhidmatan halal, teknologi inovatif dan industri kreatif, perkhidmatan perniagaan, pelancongan dan industri hiliran minyak dan gas. 65 TEKNOLOGI PERKHIDMATAN INDUSTRI HILIRAN HALAL INOVATIF DAN PELANCONGAN PERNIAGAAN MINYAK DAN GAS INDUSTRI KREATIF • Farmaseutikal • Pusat Data • Pengangkutan • Eko-Pelancongan • Hiliran Minyak dan Suplemen dan Logistik dan Gas Kesihatan • Media Digital • Pelancongan • Perkhidmatan Perubatan • Petrokimia • Akuakultur • Internet of Things Kewangan • Pelancongan Teras 5 : Meningkatkan Keluaran dan • Pertanian • Bio-teknologi • Penyumberan Kebudayaan Luar Proses • Pemprosesan, Perniagaan • Hospitaliti Sumbangan Sektor Bukan Minyak Pembuatan dan Pengedaran dan Gas Kepada Keluaran Dalam Makanan • Kosmetik Negeri Kasar (KDNK) Sumber: Invest.gov.bn INISIATIF-INISIATIF Dalam RKN11, beberapa projek baru telah diluluskan. Ini antaralainnya termasuk penyediaan berterusan infrastruktur asas bagi tapak-tapak perindustrian bagi pertumbuhan pengeluaran hasil bukan minyak dan gas, pengukuhan produk-produk pelancongan dan penubuhan Bursa Saham Negara Brunei Darussalam bagi mendukung pertumbuhan Subsektor Kewangan. Di samping itu, RKN11 juga memfokuskan kepada pelaksanaan projek-projek berbentuk soft infrastructure seperti program-program latihan. Selain program latihan bagi mendukung keperluan industri, projek- projek juga diberikan keutamaan dalam memastikan peningkatan produktiviti melalui penggunaan teknologi. Kesemua projek-projek ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk membangun lima (5) kluster utama yang telah dikenalpasti. Selain itu, projek-projek di bawah RKN11 telah direka untuk mempunyai nilai tinggi dan keberkesanan kos dalam mendokong usaha Kerajaan untuk berbelanja secara berkeutamaan. 66 Teras 5 : Meningkatkan Keluaran dan PENUTUP Sumbangan Sektor Bukan Minyak dan Gas Kepada Keluaran Dalam Setakat ini, ekonomi Negara Brunei Darussalam masih lagi bergantung kepada Sektor Minyak dan Gas. Sektor Bukan Minyak dan Gas masih belum dapat memberi jaminan kepada hasrat untuk menjadikannya Negeri Kasar (KDNK) sebagai penyumbang utama kepada KDNK, eksport dan pendapatan Kerajaan. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan melalui RKN11 ini akan terus memberi perhatian khusus dalam memperkembangkan Sektor Bukan Minyak dan Gas melalui berbagai inisiatif berbentuk pembangunan infrastruktur fizikal dan pembangunan teknologi, keusahawanan, ilmu pengetahuan dan kepakaran. Inisiatif-inisiatif tersebut dijangka akan dapat meningkatkan produktiviti dan mewujudkan peluang-peluang bagi menjana pendapatan dan pekerjaan. 67 TERAS 6: MENGUKUHKAN URUSTADBIR KERAJAAN BAGI PENYEDIAAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN YANG KONDUSIF PENDAHULUAN Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan Sektor Bukan Minyak dan Gas, pengukuhan urustadbir Kerajaan juga perlu dititikberatkan iaitu dengan melaksanakan penambahbaikan dasar-dasar dan proses- proses dalam pentadbiran. Urustadbir Kerajaan yang cekap dan mantap adalah pemangkin bagi mencapai Wawasan Brunei 2035, terutamanya matlamat ketiga, dan mendukung tema RKN11 dengan melaksanakan pendekatan ‘Whole of Nation’ di mana pentingnya penglibatan yang menyeluruh dan kerjasama di antara pihak Kerajaan dan pihak sektor swasta. Antara aspek-aspek yang perlu bagi melahirkan warga perkhidmatan awam yang berintegriti demi untuk merealisasikan urustadbir kerajaan Teras 6 : Mengukuhkan Urustadbir yang mantap adalah pengamalan ciri-ciri murni seperti jujur dan amanah; cekap, cepat dan tepat; sabar, tabah dan bersopan santun. Ke arah memperkasakan sektor swasta, perkhidmatan awam selaku pemudahcara telah secara Kerajaan bagi Penyediaan Persekitaran berterusan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan produktiviti melalui pemberian perkhidmatan yang efisien dan efektif. Dalam memastikan urustadbir Kerajaan yang pro-bisnes selaras dengan inisiatif ‘Ease of Doing Business (EODB)’, Kerajaan antaralainnya telah melaksanakan pindaan kepada undang- undang dan peraturan-peraturan, serta mengemaskini proses-proses untuk memudahcara perniagaan di Perniagaan yang Kondusif negara ini. Bahkan, projek-projek RKN11 ini nanti juga telah dirancangkan mendokong usaha-usaha berterusan tersebut antaralainnya projek-projek peningkatan keupayaan melalui teknologi maklumat seperti Sistem Pensijilan Halal dan Platform Perkhidmatan Perniagaan Nasional. “…Dari sudut ekonomi, dunia kita masih saja mengalami keadaan ekonomi tidak menentu. Namun kita bersyukur, dengan langkah-langkah pembaharuan yang diambil serta pendekatan ‘whole-of-nation’, maka dapatlah kita menyaksikan peningkatan kedudukan negara dalam ‘ease of doing business’, sebagaimana laporan oleh Bank Dunia...” Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2017 Titah KDYMM Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2017 70 FOKUS UTAMA Persekitaran perniagaan semasa adalah mencabar di mana urusniaga menjadi kompleks, kompetitif dan tanpa sempadan disebabkan oleh kemajuan teknologi dan inovasi. Oleh itu, negara akan terus giat meningkatkan dan mengukuhkan urustadbir Kerajaan yang selaras dengan keperluan semasa bagi mendukung ke arah meningkatkan persekitaran perniagaan yang kondusif. Ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, produktif, berkemahiran, terbuka, inovatif dan kurang birokratik. Melalui usaha-usaha giat dan berterusan pihak Kerajaan, kedudukan Negara Brunei Darussalam dalam Laporan Doing Business 2019 keluaran Bank Dunia telah meningkat sebanyak 50 anak tangga daripada kedudukan ke-105 pada tahun 2014 kepada kedudukan ke-55 pada tahun 2018 dikalangan 190 negara di seluruh dunia. Pencapaian ini melibatkan beberapa reformasi dan pembaikan terhadap proses, peraturan dan perundangan khususnya bagi mendapatkan bekalan elektrik, mendapatkan kredit dan pembayaran cukai. Laporan juga mengiktiraf Negara Brunei Darussalam sebagai sepuluh negara teratas dalam Teras 6 : Mengukuhkan Urustadbir melaksanakan pembaikan atau pembaharuan bagi memudahcara perniagaan untuk tempoh dua (2) tahun berturut-turut. Ke arah menambahbaikkan lagi kedudukan negara di samping menghasilkan pencapaian atau perubahan Kerajaan bagi Penyediaan Persekitaran yang ketara dalam menjana kegiatan perekonomian negara dari tahun ke tahun, pihak Kerajaan akan memperlengkapkan warga perkhidmatan awam dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai khususnya kepada sektor swasta. Keupayaan perkhidmatan awam dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu dan berintegriti akan dapat Perniagaan yang Kondusif memangkin pembangunan sektor swasta secara berterusan dan seterusnya mendukung tema RKN11. Peningkatan tahap perkhidmatan awam ini dihasratkan dapat mendokong persekitaran perniagaan dan pelaburan yang lebih kondusif dalam meningkatkan aktiviti-aktiviti perekonomian dan penarikan pelaburan langsung asing ke negara ini. Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan aktiviti perekonomian negara, malahan ianya juga akan memberikan kesan limpahan seperti memberikan peluang perniagaan kepada PKS, meningkatkan nilai eksport negara, meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan, membuka peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan pemindahan pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Usaha bersepadu dan kerjasama berterusan daripada semua agensi Kerajaan dan juga pihak-pihak swasta yang berkepentingan akan dapat memandu ke arah pembangunan negara yang lebih seimbang dan didukung oleh asas ekonomi yang lebih kukuh, luas dan berdayatahan. 71 INISIATIF-INISIATIF Pihak Kerajaan akan sentiasa menilai dan memantapkan perkhidmatan-perkhidmatan masing-masing bagi mendukung keperluan pihak swasta dan juga pihak awam bagi kelancaran dan keberkesanan persekitaran perniagaan. Ke arah ini, usaha bersepadu daripada beberapa agensi Kerajaan dan juga pihak swasta memainkan peranan yang penting dalam memastikan penambahbaikan yang akan dilaksanakan memberi manfaat sepenuhnya. Antara inisiatif yang akan diberi penekanan secara berterusan ialah mengadakan perjumpaan dan kolaborasi dengan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam penggubalan dasar dan mengemaskini proses-proses serta prosedur perkhidmatan. Ini termasuklah pembaharuan daripada kaedah tradisional kepada urustadbir Kerajaan yang inovatif. Sebagai contoh, penggunaan sistem-sistem secara online; dan mengurangkan tempoh permohonan yang berkaitan dengan memulakan perniagaan seperti pendaftaran perniagaan, permit pembinaan, pendaftaran hartanah, kuota pekerja dan memperkenalkan kadar cukai Teras 6 : Mengukuhkan Urustadbir yang kompetitif. Keberkesanan penambahbaikan dan pembaharuan urustadbir Kerajaan juga bergantung kepada warga perkhidmatan awam yang inovatif dan pro-aktif yang mempunyai mindset positif serta budaya kerja yang Kerajaan bagi Penyediaan Persekitaran bermotivasi dan cemerlang. Oleh itu, inisiatif-inisiatif Kerajaan bagi memberikan latihan-latihan tertentu akan terus diperkukuhkan. Dengan keupayaan warga perkhidmatan awam yang bermutu tinggi dan berintegriti dalam penyampaian perkhidmatan akan menyumbang dan memangkin pembangunan sektor swasta secara berterusan. Perniagaan yang Kondusif Dalam RKN11, pihak Kerajaan akan terus menyediakan infrastruktur yang diperlukan termasuk kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan info-komunikasi dan teknologi untuk meningkatkan kapasiti e-perkhidmatan bagi mendukung kecekapan pengurusan perkhidmatan awam. Projek-projek info-komunikasi dan teknologi yang akan dilaksanakan adalah selaras dengan Pelan Strategik 2015-2020 (Digital Government Strategy) untuk mewujudkan suasana perniagaan lebih kondusif dan memperkesankan urustadbir pihak Kerajaan bagi mendokong EODB. Dalam hal ini, Kerajaan juga akan meningkatkan ‘value-for-money’ dan akan cuba menjana ‘spin-off’ kepada sektor swasta melalui perbelanjaan keperluaan bagi infrastruktur ini. 72 PENUTUP Dalam memandu ke arah pembangunan negara yang lebih seimbang dan didukung oleh asas ekonomi yang lebih mantap, luas dan berdayatahan bagi mencapai pertumbuhan sosio-ekonomi yang lebih mampan, warga perkhidmatan awam memainkan peranan penting. Untuk memperkukuhkan urustadbir Kerajaan supaya lebih pro-bisnes, inisiatif-inisiatif akan dilaksanakan termasuk penaiktarafan dan penambahbaikan sistem e-Kerajaan secara berintegrasi, melaksanakan pindaan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan, serta mengemaskini proses-proses untuk memudahcara perniagaan di negara ini. Ianya akan dapat mendokong kepada mengurangkan kos perniagaan dan seterusnya menggalakkan aktiviti perekonomian, serta memberikan kesan limpahan seperti memberikan peluang perniagaan kepada PMKS, meningkatkan nilai eksport negara, meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan, membuka Teras 6 : Mengukuhkan Urustadbir peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan pemindahan pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Kerajaan bagi Penyediaan Persekitaran Perniagaan yang Kondusif 73 n ia ag ah 6 B SENARAI PROJEK RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA KESEBELAS 75 MATLAMAT 1: RAKYAT YANG BERPENDIDIKAN, BERKEMAHIRAN TINGGI DAN BERJAYA TERAS 1: MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN LATIHAN BAGI MENGHASILKAN MODAL INSAN YANG BERPENDIDIKAN DAN BERKEMAHIRAN TINGGI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) ➢ Sekolah Latihan Tentera Udara Diraja Brunei PENDIDIKAN ➢ Pembinaan Bangunan Baru bagi Pusat Kegiatan Ugama Islam/Sekolah Ugama Kampong Senukoh ➢ Pembinaan Tambahan Blok Baru bagi Sekolah Ugama Tanah Jambu ➢ Pembinaan Tambahan Blok bagi Sekolah Arab Belait ➢ Menaiktaraf Dewan Serbaguna, Dapur Asrama dan Bilik Guru-Guru Sekolah Menengah Arab Laki-Laki BAHAGIAN 6 Hassanal Bolkiah Pusat Tingkatan 6 Bagi Sekolah Arab ➢ Pembinaan Gelanggang Bola Jaring Beratap Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit Senarai Projek Rancangan ➢ Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) ➢ Pembinaan Bangunan Baru bagi Sekolah Ugama Kampong Kiulap ➢ Pembinaan Bangunan Baru bagi Sekolah Ugama Kampong Bolkiah ➢ Universiti Teknologi Brunei (UTB) - Fasa 4 (School of Applied Sciences and Mathematics) Kemajuan Negara Kesebelas ➢ Pembinaan Semula Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong ➢ Bangunan Tambahan Sekolah-Sekolah - Sekolah Menengah Menglait ➢ Bangunan Tambahan Sekolah-Sekolah - Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin Sungai Besar ➢ Bangunan Tambahan Sekolah-Sekolah - Sekolah Rendah AHMY Katimahar ➢ Bangunan Tambahan Sekolah-Sekolah - Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut ➢ Bangunan Tambahan Sekolah-Sekolah - Sekolah Ugama Batu Marang ➢ Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) ➢ Menaiktaraf dan Penambahan Bangunan Sekolah Rendah Orang Kaya Setia Bakti Kilanas ➢ Menaiktaraf dan Penambahan Bangunan Sekolah Rendah Sengkurong ➢ Sekolah Persediaan Arab Ugama - Perumahan Negara Kampong Rimba ➢ Sekolah Maktab Sains - Kuala Belait ➢ Sekolah Ugama Jalan Bedil SUMBER TENAGA MANUSIA ➢ Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) ➢ Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) ➢ Dana Sumber Manusia TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INFO-KOMUNIKASI ➢ Menaiktaraf Infrastruktur Rangkaian Sekolah Kerajaan ➢ Sistem Pengurusan Pendidikan Kebangsaan 76 TERAS 2: MELAHIRKAN TENAGA KERJA SELARAS DENGAN KEPERLUAN INDUSTRI BANGUNAN AWAM ➢ Tambahan Dewan dan Bilik Kuliah Pusat Pembangunan Belia SUMBER TENAGA MANUSIA ➢ Rangka Kerja Kompentensi Industri - Industry Competency Framework (ICF) ➢ i-Ready ➢ Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK) ➢ Industrial Skills Qualification 5 (ISQ 5) and Industrial Skills Qualification 6 (ISQ 6) BAHAGIAN 6 Senarai Projek Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas 77 MATLAMAT 2: KEHIDUPAN RAKYAT YANG BERKUALITI TINGGI TERAS 3: MEMBANGUN MASYARAKAT YANG WASATIAH DAN BERWAWASAN HAL EHWAL UGAMA ➢ Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Mengkubau ➢ Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Meragang ➢ Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Lugu ➢ Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba ➢ Pembinaan Masjid Baru Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Telisai ➢ Pembinaan Masjid Baru Rancangan Perumahan Negara Kampong Lumut KEMUDAHAN AWAM DAN ALAM SEKITAR ➢ Slope Protection dan Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan, Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) di Kem Batang Duri, Temburong BAHAGIAN 6 TERAS 4: MENGUKUHKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERDAYATAHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) Senarai Projek Rancangan ➢ Pelan Induk Kem Batalion Ke-4 di Daerah Temburong ➢ Keupayaan Pertahanan Udara dan Infrastruktur yang Berkaitan (EWRS) ➢ Ibu Pejabat Joint Force Berdekatan Akademi Pertahanan Kemajuan Negara Kesebelas ➢ Proposed New Medical Reception Station (MRS), Bolkiah Garrison- Balance of Work ➢ Membina Kem Pengkalan di Sempadan Brunei Darussalam BANGUNAN AWAM ➢ Projek Ibu Pejabat Baharu Jabatan Penyelidikan Brunei ➢ Pusat Tahanan dan Pemulihan Keselamatan Dalam Negeri ➢ Pembinaan Bangunan Pejabat Kedutaan Besar dan Kediaman Rasmi Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Riyadh, Arab Saudi ➢ Pembinaan Semula Rumah Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam (Seri Brunei) Di Kuala Lumpur, Malaysia ➢ Pembinaan Bangunan Pejabat Kedutaan Besar dan Kediaman Rasmi Duta Besar di Berlin, Germany ➢ Pengubahsuaian Bangunan Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Brussels, Belgium ➢ Projek Menaiktaraf Institusi Perlindungan Kampong Pulaie ➢ Pembinaan Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Canberra, Australia ➢ Pengubahsuaian Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Bumbungan Dua Belas 78 ELEKTRIK ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV bagi Kawasan Jalan Pantai Sg. Liang, Sg. Lalit, Agis-Agis, Sg. Taring Lumut dan Sekitarnya di Daerah Belait ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV dari Rimba Landless MIS ke Royal Pavilion MIS, Rimba Resettlement MIS ke Royal Pavilion MIS dan dari Royal Pavilion MIS ke Rimba Fasa 5 MIS ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV di Kawasan Sinarubai, Masin, Ban Kampong Mulaut dan Sekitarnya ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV Kawasan Badas ➢ Pengukuhan Sistem Voltan Rendah 415v Seluruh Negara - Fasa 1 ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV bagi Stesen Elektrik Utama Manggis 66kV/11kv ke Stesen Elektrik Utama Kebangsaan termasuk Kawasan - Kawasan Jalan Kebangsaan, Delima, Pulaie dan Anggerek Desa ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian Pembahagian 11kV di Kawasan Diplomatik Jalan Kebangsaan (Kedutaan Kuwait, Korea, China, Oman dan India) ➢ Mengukuhkan Sistem Rangkaian Pembahagian 11kV Kawat Atas 3c/300mcm dari Telisai Hingga Kg. Sg. Liang dan Kawasan Sekitarnya di Daerah Tutong BAHAGIAN 6 ➢ Mengukuhkan Sistem Rangkaian Pembahagian 11kV Kawat Atas 3c/300mcm bagi Mukim Kiudang dan Lamunin termasuk Kawasan dari Batu 18 ke Lamunin di Daerah Tutong ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian Pembahagian 11kV Kawat Atas 3c/300mcm Kampong Senukoh, Senarai Projek Rancangan Kampong Piasau-Piasau, Kampong Kenua, Kampong Semabat dan Sekitarnya, Daerah Temburong ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV/415v Seluruh Kampong Ayer - Fasa 1 ➢ Mengukuhkan Sistem Rangkaian Pembahagian 11kV Kawat Atas 3c/300mcm di Sepanjang Kawasan Jalan Tutong dari Batu 18 ke Kampong Keriam di Daerah Tutong Kemajuan Negara Kesebelas ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV dari Substation 66kV/11kv Pasir Puteh hingga JKR Package Unit Serambangun, Mukim Tanjung Maya dan Kawasan Sekitarnya di Daerah Tutong ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV Mukim Pekan Tutong termasuk Kampong Penanjong, Tanah Buruk, Padang Kawat, Bukit Bendera dan Sengkarai ➢ Pemasangan Lampu Awam Baru di Seluruh Negara ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV/415v Stesen Pensuisan Utama Jangsak#1, Jangsak#2 hingga Stesen Pensuisan Utama Beribi VIP Housing dari Substesen 66/11kV Batu 8 Kilanas ➢ Pengukuhan Rangkaian Sistem 11kV/415v di Janakuasa Gadong 2 hingga Stesen Pensuisan Utama 11kV Baru Airport Lama di Daerah Brunei & Muara ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kv di Daerah Kuala Belait: Stesen Utama Setia Diraja, Panaga, Kampong Pandan dan Rangkaian Rasau ➢ Pengukuhan Rangkaian Sistem 11kV/415v bagi Kawasan Jalan Pasar Gadong dan Sekitarnya ➢ Menaiktaraf 11kV 1250a Metalclad Switchgear bagi Stesen Elektrik Universiti Brunei Darussalam, Pusat Janakuasa Gadong #1, Royal Pavillion, Rimba Resettlement, Kiarong S1, Kiulap 1 dan Industri Beribi #1 ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV bagi Jalan Gadong termasuk Industri Beribi, Jalan Telanai, Kawasan Komersial Kampong Beribi dan Sekitarnya ➢ Menaiktaraf 11Kv 1250a Metalclad Switchgear bagi Stesen Elektrik Utama Layong, Kampong Penanjung, Perpindahan Bukit Beruang dan Serambangun Light Industry ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11kV baharu bagi Talian Alternatif 11kV Utama dari Stesen Elektrik 66/11kv Beribi ke Stesen Elektrik Utama Batu 1 Jalan Tutong sehingga Batu 3, Daerah Brunei Muara ➢ Memperbaharui dan Menaiktaraf Janakuasa - Lumut 79 ➢ Kawat Voltan Tinggi - Kawat Atas Voltan Tinggi dari Janakuasa Lumut ke S/S Setia Di Raja Kuala Belait termasuk Lumut dan S/S kV Setia Di Raja (Lumut - Mumong By-Pass) ➢ Kawat Voltan Tinggi - Penerusan Gadong Feeder 7 & 8 Talian Kawat Tinggi 275kV dari S/S Pasir Puteh ke Janakuasa Lumut ➢ Kawat Voltan Tinggi - Substesen 66/11kV Baru di Kampong Lugu STKRJ dan Talian Kawat Voltan Tinggi 66/11kV dari Janakuasa Bukit Panggal ke S/S 66/11kV Kampong Lugu ➢ Rangkaian Pembahagian 11kV/415V - Kawasan Kampong Kapok, Kampong Meragang dan Kampong Bukit Sabun, Jalan Muara ➢ Pengurusan Aset/ Inventori Rangkaian Bekalan Elektrik Jabatan Perkhidmatan Elektrik termasuk Pengurusan Kawalan Rangkaian, Pengawasan Kawalan dan Sistem Perolehan Data (SCADA) ➢ Peningkatan Talian Kawat Atas 66kV Penghantaran antara GPS#1 dan Muara 66kV S/S ➢ Pengukuhan 11kV/415V Daerah Brunei Muara - Substesen Manggis 66/11kV ke Kampong Subok Spg.546 MIS Unit Simpanan Gurkha, Kampong Sg Akar, MIS Kebangsaan 11kV, MIS Kebangsaan 11kV termasuk rangkaian tambahan ➢ Pengukuhan Sistem Rangkaian 11KV Dari Stesen Elektrik Utama Belingus Ke Cadangan Stesen Elektrik Utama 66KV/11KV Perdayan BAHAGIAN 6 ➢ Cadangan Talian Rangkaian 66KV Dari Stesen Utama 66/11KV Mentiri ke Stesen Baru 66/11KV Perdayan, Daerah Temburong Senarai Projek Rancangan JALAN RAYA ➢ Program Peningkatan dan Pembaikan Infrastruktur Jalan Raya ➢ Program Peningkatan dan Pembaikan Infrastruktur Jambatan Kemajuan Negara Kesebelas ➢ Pembinaan Jejambat di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong / Penempatan Tapak Industri Tg Kajar ➢ Pembinaan Jejambat di Lebuhraya Muara - Tutong / Persimpangan Perumahan Kampong Lugu ➢ Pembinaan Jalan Penghubung Tanah Jambu dan Jejambat di Persimpangan Perumahan Mengkubau/Jalan Utama Mentiri ➢ Pembesaran Jalan Residency - Fasa 2 ➢ Pembinaan Jalan-Jalan Alternatif ➢ Projek Jambatan Temburong KAJICUACA ➢ Menaiktaraf Weather Radar Network bagi Jabatan Kajicuaca ➢ Stesen Cuaca Automatik Nasional - National Automatic Weather Stations (NAWS) ➢ Penggantian Airport Automatic Weather Observation System (AWOS) ➢ Penggantian Instrument Landing System (ILS) Dan Doppler VHM Omni Directional Range (DVOR) / Distance Measuring Equipment (DME) KEBERSIHAN ➢ Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Gadong - Fasa 2, Pintu Malim dan Stesen-Stesen Pengepam Pembetungan ➢ Skim Pembentungan - Kampong Menglait, Batu Bersurat dan Pengkalan Gadong ➢ Skim Pembentungan - Kampong Lumut 80 KEMUDAHAN AWAM DAN ALAM SEKITAR ➢ Menaiktaraf Stadium Negara Hassanal Bolkiah - Fasa 2 ➢ Pembinaan Kolam Takungan dalam Tadahan Sungai Tutong ➢ Menaiktaraf Sungai Utama dan Anak-Anak Sungai ➢ Kawalan Pesisir Sepanjang Pantai Kampong Danau LAUT DAN PELABUHAN ➢ Menaiktaraf Stesen Isyarat Radio Muara PEMBEKALAN AIR ➢ Membina Stesen Pengepam Air Mentah Baru Badas dan Memasang Paip Air Mentah dari Badas ke Kawasan SPARK ➢ Menaiktaraf Loji Rawatan Agis Agis, Daerah Belait ➢ Mengganti/Memindah Paip Paip Utama yang Lama bagi Semua Daerah BAHAGIAN 6 ➢ Mengganti Paip Air Pembekalan Menuju ke Tangki Sultan Flight ➢ Mengganti Baru Penungkat Paip (Pipe Support) Air Mentah Utama dari Stesen Pam Air Badas ke Loji Rawatan Air Seria Senarai Projek Rancangan ➢ Mengganti Paip-Paip Air Lama Jenis Abestos Cement/Galvanised Iron dan PVC di Dalam Rangkaian Sistem Pembahagian Air ➢ Penambahbaikkan Sistem Bekalan Air (Pembinaan Tangki Tangki Air dan Peningkatan Sistem Pam Air) Kemajuan Negara Kesebelas ➢ Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8 PENERBANGAN AWAM ➢ Membaikpulih Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei - Fasa 2 ➢ Pagar Keselamatan dan Sistem Pengesanan Pencerobohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ➢ Peningkatan Peralatan Pemeriksaan dan Sistem Pengawasan Keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN ➢ Sistem Pengangkutan Awam PENGALIRAN AIR ➢ Menaiktaraf Sistem Paip Pembetungan di Kawasan Tadahan Brunei dan Muara ➢ Menaiktaraf Sistem Pembetungan di Kawasan Perbandaran Kuala Belait dan Seria ➢ Membina Kolam Penahanan Banjir Daerah Tutong - Fasa 1 ➢ Skim Pembaikan Dataran Banjir Sungai Tutong PERHUTANAN ➢ Program Penghijauan Semula ke atas Kawasan Hutan yang Degraded 81 PERUBATAN DAN KESIHATAN ➢ Pembinaan Blok Baru Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong - Blok Penjagaan Kesihatan Asasi ➢ Pembinaan Bangunan Perkhidmatan Kecemasan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait ➢ Establishment of Certified BSL3 Laboratories with Supporting BSL2 Labs for An Accredited National TB Reference Laboratory (NTRL) and Virology Services ➢ Pembinaan Pusat Kesihatan Pandan, Daerah Belait PERUMAHAN NEGARA ➢ Pembangunan Semula Kampong Ayer ➢ Kerja-Kerja Infrastruktur dan Perumahan Am ➢ Perumahan Negara Kampong Lugu - Fasa 2 (1,500 Unit Rumah) ➢ Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu - Fasa 7 (1,208 Unit Rumah) POLIS BAHAGIAN 6 ➢ Pembinaan Jeti Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei ➢ Pelan Induk Akademi Pasukan Polis ➢ Membina Bangunan-Bangunan Baru bagi Balai Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei Senarai Projek Rancangan RADIO DAN TELEVISYEN Kemajuan Negara Kesebelas ➢ Penggantian Sistem Peralatan Pemancaran FM Radio di Stesen Pemancaran Bukit Subok dan Stesen Pemancaran Andulau SAINS DAN TEKNOLOGI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DAN INOVASI ➢ Upgrading & Densification of Continuously Operating Reference Station (CORS) ➢ Penggambaran Udara dan Produk 3D Mapping untuk Geospatial Ukur Negara Brunei Darussalam ➢ Kajian dan Pengurusan Terperinci Pembahagian Non-Revenue Water (NRW) 82 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INFO-KOMUNIKASI ➢ Sistem Kebajikan Kebangsaan ➢ Penambahbaikkan BRU-HIMS ➢ Sistem Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan ➢ Pusat Data Kerajaan dan Infrastruktur 'Cloud' ➢ National Centralised Database ➢ Rangka Kerja Keselamatan Siber Nasional (National Cyber Security Framework) ➢ Central Account Password Privilege Management Platform ➢ Sistem Pendaftaran Nasional ➢ Sistem Respons Kecemasan Nasional - National Emergency Response System (NERS) ➢ Sistem Permohonan Perumahan dan Bil Atas Talian ➢ Sistem Aset dan Infrastruktur Kerajaan TELEKOMUNIKASI BAHAGIAN 6 ➢ Pembangunan Menara di Kawasan Luar Bandar Senarai Projek Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas 83 MATLAMAT 3: EKONOMI YANG DINAMIK DAN BERDAYATAHAN TERAS 5: MENINGKATKAN KELUARAN DAN SUMBANGAN SEKTOR BUKAN MINYAK DAN GAS KEPADA KELUARAN DALAM NEGERI KASAR BANGUNAN AWAM ➢ Projek Penubuhan Bursa Saham Negara Brunei Darussalam JALAN RAYA ➢ Menaiktaraf Jalan Perindustrian Serasa Menuju ke Jambatan Pulau Muara Besar KEMAJUAN PERUSAHAAN & PERINDUSTRIAN ➢ Pembangunan Kluster (Makroekonomi) ➢ Inisiatif Eksport Menaiktaraf Jalanraya Secondary bagi Tapak-Tapak Perindustrian BAHAGIAN 6 ➢ ➢ Pembinaan Substesen Elektrik Baru bagi Tapak-Tapak Perindustrian ➢ Pengukuhan Produk-Produk Pelancongan ➢ Kemudahan Infrastruktur dan Perkhidmatan Tapak Perindustrian Pekan Belait - Fasa 3 Senarai Projek Rancangan ➢ Pembangunan Teluk Brunei (Pulau Muara Besar) ➢ Pembangunan Pulau Muara Besar - Fasa 2 ➢ Pembangunan dan Infrastruktur (Consultancy Services for the Development of SPARK - Infrastructure) Kemajuan Negara Kesebelas KEMUDAHAN AWAM DAN ALAM SEKITAR ➢ Menaiktaraf Bangunan Galeri Seni (Bangunan Kastam Lama) ➢ Membaikpulih dan Menaiktaraf Bangunan Muzium Brunei dan Bangunan Pameran, Kota Batu ➢ Pengukuhan Produk/Pakej Pelancongan Kg Ayer ➢ Menaiktaraf Pasar Jerudong ➢ Menaiktaraf Pasar Gadong PERIKANAN ➢ Program Perkembangan Genetik dan Pembiakan Selektif Ikan bagi Meningkatkan Produktiviti Industri Akuakultur ➢ Memajukan dan Membuka Tapak-Tapak Bagi Industri Akuakultur ➢ Program Meningkatkan Pengeluaran Industri Akuakultur ➢ Industri Ternakan Udang - Fasa 4 84 PERTANIAN ➢ Program Peningkatan Keluaran Tanaman Hiasan dan Bunga-Bungaan bagi Menjana Pasaran Eksport ➢ Membina Skim Pengairan Tambahan bagi Kawasan Penanaman Padi di Seluruh Daerah ➢ Program Peningkatan Keluaran Sayur Menggunakan Teknologi Tinggi bagi Menjana Keluaran Dalam Negeri Kasar ➢ Rancangan Pembangunan Industri Ternakan bagi Menjana Pengeluaran BND106.8 Juta (2015) ke BND300 Juta (2020) ➢ Pembukaan Kawasan Penanaman Padi Secara Komersial, Berkeluasan 500 Hektar, Kawasan Kandol, Daerah Belait (FASA 2) SAINS DAN TEKNOLOGI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DAN INOVASI ➢ Banci dan Kajian Sosio-Ekonomi ➢ Kajian Sains & Teknologi Dan Inovasi SUMBER TENAGA MANUSIA ➢ Akademi Perniagaan Industri - Industry Business Academy (IBA) BAHAGIAN 6 ➢ Program Pembangunan Start-Up Senarai Projek Rancangan TERAS 6: MENGUKUHKAN URUSTADBIR KERAJAAN BAGI PENYEDIAAN Kemajuan Negara Kesebelas PERSEKITARAN PERNIAGAAN YANG KONDUSIF TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INFO-KOMUNIKASI ➢ Platform Perkhidmatan Perniagaan Nasional ➢ Sistem Pensijilan Halal ➢ Sistem Pengurusan Buruh Nasional ➢ Cukai Bangunan Elektronik ➢ Pembayaran Tanah Atas Talian - Fasa 2 85

Eleventh National Development Plan (RKN11) 2018-2023 · Nelum