Conditions of License for Fish Culture Farms (Cages) under Regulation 4 Fisheries (Fish Culture Farms) Regulations, 2002 - Fisheries Order, 2009
颁布于 0000 · 文本截至 2026-10-01
以研究形式发布的公开法律与官方指引,不构成法律、税务或金融建议。
研究内容本身以英文撰写。标题和标签已翻译,调查结果和引文未翻译。
关于这部法律
- 原标题
- Syarat-Syarat Lesen Ladang Ternakan Ikan (Dalam Sangkar) di Bawah Peraturan 4 (3) Peraturan-Peraturan Perikanan (Ladang Ternakan Ikan), 2002 - Perintah Perikanan, 2009.
- 语言
- English; Malay
- 类型
- 条例
- 国家
- 文莱
- 主题
- Fisheries and aquaculture, Waste and hazardous substances
- 关键词
- aquaculture, animal feed/feedstuffs, animal health, aquatic animals, business/industry/corporations, fish diseases, fish products, good practices, hygiene/sanitary procedures, inspection, authorization/permit, protection of environment, drugs, waste disposal, waste management, waste non-domestic sources
- 类别
- *
在哪里阅读
该法律没有记录来源链接。
文本
所收录的法律原文,按条款排列。每个条款都有自己的链接。
JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 1 dari 10 SYARAT-SYARAT LESEN LADANG TERNAKAN IKAN (DALAM SANGKAR) DI BAWAH PERATURAN 4 (3) PERATURAN-PERATURAN PERIKANAN (LADANG TERNAKAN IKAN), 2002 PERINTAH PERIKANAN, 2009 CONDITIONS OF LICENCE FOR FISH CULTURE FARMS (CAGES) UNDER REGULATION 4 FISHERIES (FISH CULTURE FARMS) REGULATIONS, 2002 FISHERIES ORDER, 2009 Pengurusan Ladang Ternakan Ikan Management of Fish Culture Farm 1. Pemegang lesen hendaklah menggunakan tapak yang dibenarkan hanya bagi aktiviti ladang ternakan ikan dalam sangkar sahaja di Tapak Pemeliharaan Ikan Dalam Sangkar (Persisiran Pantai / Luar Pantai / Sungai dan Telok)…………………………………..…………………………………..……………………….……... dengan keluasan …..………… hektar (…………………..meter persegi). The licensee shall use the allocated site solely as a fish culture farm (cage culture) only at the Fish Culture Farm site at (In-shore/Off-shore/River and Bay)….........................................................................................................................................., with a total area of ………………. hectare (…………………..square metres). 2. Pemegang lesen hendaklah mempamerkan lesen ini di suatu tempat yang mudah dilihat di ladang ternakan ikan. The licensee shall display the Fish Farming License at a place that is easily seen at the fish culture farm. 3. Hanya pemegang lesen, pekerja syarikat dan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan operasi ladang sahaja dibenarkan untuk berada di ladang ternakan ikan dengan mengambil langkah-langkah biosekuriti yang bersesuaian. Only the licensee, its employees and persons connected with the operation of the fish farm are allowed be present at the fish culture farm with appropriate biosecurity measures being taken. 4. Pemegang lesen hendaklah tidak menukar milik, menjual atau memberikan manafaat lesen ini kepada orang lain. The licensee shall not transfer, sell or assign the benefit of this licence to any other party. 5. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja asing mestilah mendapat kebenaran dari pihak-pihak yang berkuasa dan mempunyai dokumen dokumen yang sah. Pemegang lesen hendaklah menghadapkan senarai pekerja sama ada pekerja tempatan atau asing dan sebarang perubahan senarai pekerja hendaklah dimaklumkan kepada Jabatan Perikanan. The licensee shall ensure that every foreign employee or worker must obtain permit or approval from the relevant agencies and have valid documents . The licensee shall JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 2 dari 10 submit a list of local or foreign employees or workers and any changes to the list shall be notified to the Department of Fisheries. The licensee shall ensure that all its foreign employees or workers obtain the necessary permit or approval from the relevant agencies. The licensee shall submit a list of local or foreign employees or workers and any changes to the list shall be informed to the Department of Fisheries. 6. Pemegang lesen hendaklah mengamalkan Brunei Good Aquaculture Practices for Fish Farming (BGAqP) dalam menjalankan operasi ladang ternakan ikan. The licensee shall practice the Brunei Good Aquaculture Practices for Fish Farming (BGAqP) in the operation of the fish culture farm. 7. Pemegang lesen hendaklah menggunakan makanan ikan/udang dari jenis atau dari pembekal yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan sahaja dan makanan ikan/udang hendaklah bukan dari sumber khinzir. The licensee shall use fish feed of the type or from suppliers authorised by the Department of Fisheries and the fish feed shall not be sourced from swine. 8. Pemegang lesen hendaklah menggunakan bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan sahaja. The licensee shall use only chemical products and veterinary drugs that are permitted by the Department of Fisheries. 9. Jika : If: a. pemegang lesen mengesyaki kewujudan atau mengesahkan penyakit ikan yang disenaraikan oleh World Animal Health Organization (OIE) di dalam laman sesawang www.oie.int; atau the licensee suspects or confirms the presence of fish diseases listed by the World Animal Health Organization (OIE) at www.oie.int; or b. berlaku kadar kematian yang tinggi, unusually high fish mortality occurs, pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Perikanan dalam tempoh masa tidak melebihi 24 jam. the licensee shall inform the Department of Fisheries within a period of not more than 24 hours of the occurence of such event. 10. Pemegang lesen hendaklah melaksanakan proses pelupusan ikan mati atau ikan yang dijangkiti penyakit mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. The licensee shall carry out the process of disposing of dead or infected fish in accordance with the procedures set by the Department of Fisheries. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 3 dari 10 11. Pemegang lesen hendaklah tidak menukar milik, menjual, menyewakan atau memberikan manfaat sebahagian atau keseluruhan tapak tersebut kepada orang lain. The licensee shall not transfer, sell, rent or assign the benefit of the site or any part thereof to any other party. 12. Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Perikanan mengenai sebarang perubahan kepada pemilik berdaftar perniagaan atau pemegang saham syarikat (yang mana berkenaan), nama perniagaan atau syarikat atau kegiatan perniagaan atau syarikat. The licensee shall inform the Director of Fisheries of any changes to the registered proprietor of the business or the shareholders of the company (as the case may be), the name of business or company or its activities. 13. Pemegang lesen hendaklah tidak menggunakan atau mengizinkan tapak tersebut atau sebahagian daripadanya bagi sebarang tujuan yang menyalahi undang undang atau yang bertentangan dengan apa yang telah dibenarkan oleh Jabatan Perikanan. The licensee shall not use or allow the site or any part thereof to be used for any unlawful purposes or contrary to what is permitted by the Department of Fisheries. 14. Pemegang lesen hendaklah memastikan alat-alat dan perkakas serta lain-lain barang yang tidak ada hubungkait dengan perusahaan sama ada kepunyaan pemegang lesen, pekerja-pekerjanya atau orang lain tidak ditempatkan atau diletakkan di kawasan tapak tersebut atau di persekitarannya. The licensee shall ensure tools and other equipment owned by the licensee, its employees or workers, or other persons that are not connected to the operation of fish farming are not kept or stored at the allocated site or its surrounding area. 15. Anjing atau binatang peliharaan yang lain tidak boleh dipelihara dan ditempatkan di kawasan tapak ternakan ikan. Dogs and other pets shall not be kept or allowed into the fish farm site. 16. Pemegang lesen hendaklah melaksanakan langkah-langkah praktikal yang bersesuaian di ladang ternakan ikan bagi mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan keadaan air, dan juga untuk mengurangkan kesan negatif kepada ikan jika berlaku pencemaran alam sekitar. The licensee shall implement appropriate practical measures at the fish culture farm to reduce the negative impact on the environment and water condition, as well as to reduce the negative impact on fish in the event of any environmental pollution. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 4 dari 10 17. Pemegang lesen hendaklah menyediakan ruang penyimpanan sampah di dalam kawasan tapak yang dibenarkan sahaja dan membawa sampah-sampah yang dikumpulkan ke tempat pembuangan sampah yang dikhaskan oleh Kerajaan. The licensee shall allocate a waste storage area within the fish farm site only and shall dispose of the waste material at the waste disposal site designated by the Government. 18. Pemegang lesen adalah tidak dibenarkan untuk membuang sebarang peralatan dan barang-barang yang digunakan untuk ternakan ikan dalam sangkar samada yang telah rosak atau yang tidak digunakan lagi di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam serta hendaklah dibuang di kawasan pembuangan sampah yang bersesuaian. The licensee shall not dispose of any equipment and materials from the fish cage farm that are either damaged or no longer in use into the waters of Brunei Darussalam and shall be disposed at suitable waste disposal sites. 19. Pemegang lesen hendaklah tidak membawa atau membenarkan sebarang benda benda yang merbahaya atau yang melanggar undang-undang masuk ke tapak ternakan tersebut. The licensee shall not keep or permit to be kept any hazardous or illegal material into the fish farm site. 20. Pemegang lesen hendaklah tidak meletakkan atau melekatkan sebarang poster, papan tanda atau sepanduk iklan ke atas mana-mana bahagian dalam atau luar tapak tersebut kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Jabatan Perikanan. The licensee shall not, without the prior written approval of the Department of Fisheries, erect, display, and exhibit on, to or at the fish farm site, any poster, sign, advertisement, name, or notice of any descriptions. 21. Pemegang lesen hendaklah tidak membuat atau membenarkan perkara-perkara yang menyebabkan kekacauan, gangguan, kerosakan atau huru-hara di dalam tapak tersebut pada bila-bila masa kepada penternak-penternak lain atau penghuni penghuni yang berdekatan. The licensee shall not do or permit to be done any act that tend to cause nuisance, inconvenience, damage and disturbance at any time to the other fish farm operators or other occupants nearby. Keadaan Ladang Ternakan Ikan Condition of Fish Culture Farm 22. Pemegang lesen hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah Perikanan sebelum membuat sebarang kerja-kerja pembinaan, pengubahsuaian atau penambahan binaan baru di tapak yang dibenarkan. The licensee shall obtain prior written approval of the Director of Fisheries before undertaking any construction, renovation or addition of new structures at the allocated site. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 5 dari 10 23. Pemegang lesen hendaklah menjaga kebersihan tapak tersebut dan kawasan yang berhampiran dengannya The licensee shall keep the site and its surroundings clean. 24. Pemegang lesen hendaklah memindah atau mengubahsuai ladang ternakan ikan seperti yang diarahkan oleh Pengarah Perikanan jika ia membahayakan navigasi, bagi penyusunan semula tapak-tapak atau atas sebab-sebab lain tanpa diberi sebarang ganti rugi atau pampasan oleh Kerajaan. The licensee shall relocate or alter fish culture farm as directed by the Director of Fisheries if it causes danger to navigation, or due to reorganisation of fish farm sites, or for any other reasons, without any compensation from the Government. 25. Pemegang lesen hendaklah menyediakan peralatan perubatan pertolongan cemas dan sekurang-kurangnya 2 unit alat pemadam api serta 2 unit lifebouy yang dalam keadaan baik dan diletakkan di tempat yang mudah diakses di ladang ternakan ikan. The licensee shall provide a first aid kit, at least two (2) fire extinguishers and two (2) lifebuoys which are maintained in serviceable conditions, and placed at prominent and accessible places on the fish culture farm at all times. 26. Ladang ternakan ikan hendaklah dipasang lampu pada waktu malam dan boleh dilihat oleh semua pelaut. The fish culture farm shall lighted at night and shall be visible to all seafarers. 27. Semua struktur ladang ternakan ikan mestilah ditambat dengan kukuh di dalam kawasan tapak yang dibenarkan sahaja. All structures of the fish culture farm shall be securely anchored within the allocated site only. Lain-Lain Others 28. Pemegang lesen hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Jabatan Perikanan sebelum menggunakan mana-mana kapal/perahu bantu dan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: The licensee shall obtain prior written approval from the Department of Fisheries before operating any work boat/ support vessel and shall comply with the following: a. Kapal/perahu bantu hendaklah didaftarkan dengan pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam. The work boat/ support vessel shall be registered with the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 6 dari 10 b. Kapal/perahu bantu hendaklah digunakan khusus bagi aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti akuakultur sahaja seperti pengangkutan pekerja sangkar ternakan ikan, makanan ikan dan peralatan sangkar ternakan ikan. The work boat/ support vessel shall be used specifically for activities related to aquaculture only such as transporting fish cage workers, fish feed and fish cage equipment. c. Kapal/perahu bantu tidak boleh digunakan untuk: The work boat/ support vessel shall not be used: i. aktiviti menangkap ikan; for fishing activities; ii. membawa tong minyak (200 liter keatas); to carry oil barrels (200 liters and above); iii. pengangkutan bagi mengeksport ikan; as transportation to export fish; iv. pengangkutan orang awam; dan as public transport; and v. menyimpan makanan-makanan ikan kecuali kapal bantu yang digunakan dalam operasi sangkar ternakan ikan luar pantai. as storage for fish feed except for support vessel used in offshore fish cage operation. d. Kebersihan dan keselamatan kapal/perahu bantu hendaklah sentiasa dijaga. The cleanliness and safety of the work boat/ support vessel shall always be maintained. e. Kapal/perahu bantu hendaklah tidak bertambat di jeti Kompleks Pendaratan Ikan Muara kecuali semasa aktiviti yang berkaitan dengan operasi sangkar ternakan ikan dan hendaklah berlabuh di kawasan perairan yang dibenarkan oleh pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam. The work boat/ support vessel shall not berth at the Fish Landing Complex Muara jetty except during activities related to the fish cage culture operation and shall be anchored within the site approved by the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam. 29. Pemegang lesen hendaklah tidak menggunakan atau mengizinkan tapak tersebut atau sebahagian daripadanya bagi tujuan untuk kapal/perahu berlabuh dan bertambat kecuali kapal/perahu yang digunakan untuk operasi yang berkaitan dengan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 7 dari 10 The licensee shall not use or allow the site or any part thereof to be used for the purpose of anchoring and mooring vessels/boats except for vessels/boats used for operations related to fish culture farm (cages) activities. Syarat-Syarat Am General Conditions 30. Pemegang lesen hendaklah menyediakan dan menghantar dalam tempoh yang ditetapkan kepada Jabatan Perikanan laporan-laporan berikut : The licensee shall prepare and submit within the period stipulated by the Department of Fisheries the following reports: 30.1 data pengeluaran bulanan ladang ternakan ikan pada setiap minggu pertama bulan berikutnya; dan a monthly production data of fish culture farm within the first week of the following month; and 30.2 laporan atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. any report or other information required by the Department of Fisheries. 31. Pemegang lesen hendaklah mencatit rekod kegiatan harian ladang ternakan ikan bagi tujuan pemeriksaan oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Perikanan. The licensee shall keep a record of the daily activities of the fish culture farm for the purpose of inspection by Fisheries Officers. 32. Pemegang lesen hendaklah membenarkan Pegawai-Pegawai Jabatan Perikanan Yang Diberi kuasa untuk memasuki dan menjalankan pemeriksaan ke atas tapak tersebut dan sebarang bangunan yang dibina di atasnya atau untuk mengambil sampel ikan bagi dianalisa atau sebarang maksud lain yang berkaitan untuk memastikan bahawa sebarang syarat lesen ini atau peruntukan undang-undang yang berkenaan telah dipatuhi atau bahawa ikan atau tapak adalah bebas dari sebarang penyakit berjangkit. The licensee shall allow Authorized Officers to enter and inspect the fish farm and any building on the site and to take samples of fish for analysis or any other relevant purpose to ensure any licence conditions or any applicable legal provisions have been complied with and that the fish or site is free of any infectious or contagious disease. 33. Lesen ladang ternakan ikan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa pampasan atau penggantian dengan tapak lain sekiranya ladang ternakan ikan didapati tidak wujud atau tidak beroperasi atau terbiar bagi tempoh yang berterusan selama tiga (3) bulan tanpa alasan yang munasabah yang boleh diterima oleh Pengarah Perikanan. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 8 dari 10 The fish culture farm licence may be revoked at any time without compensation or replacement with another farm site if the fish culture farm is found to be non-existent or not operating or abandoned for a continuous period of three (3) months without a reasonable explanation acceptable to the Director of Fisheries. 34. Pemegang lesen hendaklah apabila lesen ini tamat tempohnya atau dibatalkan atau apabila dia berhenti mengusahakan ladang ternakan ikan di tapak yang dibenarkan, memindahkan atau merobohkan dengan serta-merta atau dalam tempoh masa sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh Pengarah Perikanan, sebarang struktur, tiang, sauh, pelampung dan peralatan tambahan yang digunakan untuk menternak ikan. The licensee shall upon expiry or revocation of the licence or upon ceasing to operate the fish culture farm, remove or demolish immediately or within such time as the Director of Fisheries may direct, any structure, pole, anchor, float and ancillary equipment used for fish culture. 35. Jika pemegang lesen gagal untuk memindah atau merobohkan struktur atau peralatan seperti yang dikehendaki, Jabatan Perikanan boleh merobohkan, memindahkan, melelong atau menjual segala struktur atau peralatan tersebut dan sebarang perbelanjaan yang dikenakan kerana memindahkan atau merobohkannya hendaklah dibayar oleh pemegang lesen dan pemegang lesen tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat tuntutan terhadap struktur atau peralatan tersebut. If the Licensee fails to remove, demolish the structure or other materials from farm site as required, the Department of Fisheries may remove, demolish, sell or auction the structure or other equipment and any expense incurred thereby shall be borne by the licensee and the Licensee shall have no further claims to any rights over such structures or other equipment. Nota : Notes: • Pengarah Perikanan berhak untuk menambah atau mengubah syarat-syarat ini mengikut keperluan dari masa ke semasa. The Director of Fisheries shall have the right to add or vary the conditions of the licence as and when required. • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Any changes to these conditions shall be notified from time to time. • Lesen boleh dibatalkan atau digantung pada bila-bila masa jika didapati mana mana peraturan atau undang-undang yang dikuatkuasakan tidak dipatuhi. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 9 dari 10 The license may be revoked or suspended at any time if there has been a breach of the conditions of the licence or any law or regulation. • Jabatan Perikanan tidak bertanggungjawab : The Department of Fisheries shall not be held liable: o ke atas sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku di tapak ladang ternakan ikan itu ke atas pemegang lesen, pekerja-pekerjanya atau orang lain; for any accident, injury or death of the licensee, his employees or other persons at the fish culture farm; o ke atas sebarang kerosakan atau kecurian yang berlaku di tapak ladang ternakan ikan itu bagi barang atau harta pemegang lesen, pekerja-pekerjanya atau orang lain; for any damage or theft that occurs at the fish culture farm to the property or possession of the licensee, its employees or other persons; o untuk memberi sebarang ganti rugi atau pampasan bagi kematian ikan atau jangkitan penyakit atau kehilangan ikan kerana bencana alam atau pencemaran air atau sebab-sebab lain. to indemnify or provide compensation for the death or loss of fish, due to diseases, natural disasters or water pollution or other causes. • Kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen adalah merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Failure to comply with the conditions of the licence is a criminal offence and action may be taken in accordance with the Fisheries Order, 2009 and upon conviction is be liable to a fine not exceeding B$10,000 or imprisonment of one (1) year or to both. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DEPARTMENT OF FISHERIES MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM muka 10 dari 10 Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat yang tersebut di atas. I hereby agree with the terms and conditions as stated above. Nama : Name Jawatan : Designation Syarikat dan Alamat : Company and Address No. Kad Pengenalan : Identity card No. No. Telefon : (pejabat) (hp) (faks) Telephone No. (office) (mobile phone) (fax) Emel : Email Tandatangan : Signature Tarikh : Date ========================================================================== UNTUK KEGUNAAN PEJABAT FOR ADMINISTRATIVE USE Pegawai Yang Diberikuasa : Authorised Officer Nama : Name Jawatan : Desgination Tandatangan : Signature Tarikh : Date