Pesticides (Advertisement) Regulations 1996
Made 1996-03-28 · Text as of 2026-10-01
Public law and official guidance, published as research. Not legal, tax or financial advice.
About this law
- Language
- Malay
- Kind
- Regulation
- Country
- Malaysia
- Subjects
- Cultivated plants
- Keywords
- pesticides, registration, authorization/permit, international trade, internal trade, plant protection
- Categories
- *, agriculture
Where to read it
No source link is recorded for this law.
Text
The law's own text, section by section, as held. Each section has its own link.
AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974 AKTA 149 P.U. (A) 131/96 PERATURAN-PERATURAN RACUN MAKHLUK PEROSAK (IKLAN) 1996 Tarikh diterbitkan dalam Warta : 28 Mac 1996 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 April 1996 SUSUNAN PERATURAN Mukadimah. Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa. Peraturan 2. Tafsiran. Peraturan 3. Orang yang dibenarkan memohon. Peraturan 4. Permohonan bagi kelulusan. Peraturan 5. Bayaran. Peraturan 6. Racun makhluk perosak yang boleh diiklankan. Peraturan 7. Larangan. Peraturan 8. Kelulusan. Peraturan 9. Pempameran nombor kelulusan. Peraturan 10. "Tagline" Peraturan 11. Pengemukaan salinan muktamad. Peraturan 12. Perubahan. Peraturan 13. Rayuan. Peraturan 14. Pengecualian. Peraturan 15. Kesalahan dan penalti. JADUAL Borang A http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=55798 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=54748 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=56882 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=54155 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57796 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=57339 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=52245 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=58886 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=52993 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=55233 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=56396 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=54526 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=54629 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=55759 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=52960 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=53549 http://www.lawnet.com.my/lawnetpublic/Members/tabid/53/ctl/SubDocumentDetails/mid/369/Default.aspx?SubDocumentID=55526 Mukadimah. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 57 (1) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149], Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan yang berikut: Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Iklan) 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 April 1996. Peraturan 2. Tafsiran. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "iklan" ertinya iklan racun makhluk perosak; "media iklan" ertinya apa-apa notis, pekeliling, risalah, cetakan, label, pembalut atau dokumen dokumen lain atau apa-apa pengumuman yang dibuat secara lisan atau melalui apa-apa cara yang mengeluarkan atau memancarkan cahaya atau bunyi; "penerbitan", berhubungan dengan sesuatu iklan, ertinya meletakkan iklan itu di hadapan orang awam. Peraturan 3. Orang yang dibenarkan memohon. Mana-mana orang yang atas namanya suatu racun makhluk perosak itu didaftarkan atau orang orang yang telah diberikuasa sewajarnya oleh orang itu secara bertulis boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Lembaga supaya sesuatu iklan diluluskan untuk penerbitan. Peraturan 4. Permohonan bagi kelulusan. (1) Tiap-tiap permohonan bagi kelulusan yang disebut dalam peraturan 3 hendaklah dibuat dalam dua salinan dalam Borang A yang dinyatakan dalam Jadual dan hendaklah disertakan dengan dua belas salinan iklan yang dicadangkan itu atau sekian bilangan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Jika sesuatu iklan itu adalah dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris permohonan itu hendaklah disertakan dengan sekian bilangan salinan, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, terjemahan iklan tersebut sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris. (3) Mana-mana orang yang memohon bagi kelulusan yang disebut dalam peraturan 3 hendaklah bertanggungjawab bagi ketepatan terjemahan iklan tersebut. (4) Suatu permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi iklan yang berlainan. (5) Sesuatu iklan adalah berlainan daripada yang lain jika (a) racun makhluk perosak yang dicadangkan untuk diiklankan adalah berlainan; (b) bahasa atau dialek adalah berlainan; (c) agen yang diberikuasa adalah berlainan; (d) kandungannya seperti perwatakan, latarbelakang, pergerakan, mesej dan seumpamanya adalah berlainan; atau (e) media iklan adalah berlainan. (6) Lembaga boleh, sebelum mengeluarkan suatu kelulusan, menghendaki seseorang pemohon membekalkan apa-apa butir lanjut yang difikirkannya perlu bagi menjalankan budi bicaranya. Peraturan 5. Bayaran. (1) Bayaran bagi setiap permohonan hendaklah satu ratus ringgit dan kena dibayar pada masa permohonan itu dikemukakan. (2) Bayaran yang dibayar di bawah subperaturan (1) tidak boleh dibayar balik. (3) Tiada bayaran pemprosesan boleh dikenakan bagi suatu permohonan yang dikemukakan semula bagi kelulusan dengan pindaan kecil telah dibuat pada iklan sebagaimana yang disyorkan oleh Lembaga. Peraturan 6. Racun makhluk perosak yang boleh diiklankan. Hanya racun makhluk perosak yang didaftarkan dengan Lembaga boleh diiklankan. Peraturan 7. Larangan. Tiada seorang pun boleh mengiklankan sesuatu racun makhluk perosak melainkan jika iklan tersebut diluluskan oleh Lembaga. Peraturan 8. Kelulusan. (1) Setiap kelulusan hendaklah dalam Borang B dalam Jadual dan hendaklah menyatakan nama orang yang kepadanya kelulusan itu dikeluarkan, media pengiklanan dalam tempoh sah kelulusan tersebut. (2) Setiap kelulusan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga menurut budi bicaranya. (3) Lembaga boleh, menurut budi bicaranya, mengeluarkan atau enggan mengeluarkan apa-apa kelulusan atau boleh menggantung atau membatalkan mana-mana kelulusan yang telah dikeluarkan dahulu. (4) Sebelum menjalankan budi bicaranya di bawah subperaturan (3) untuk membatalkan apa-apa kelulusan yang telah dikeluarkan Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu surat menunjuk sebab kepada orang yang memohon kelulusan yang disebut dalam peraturan 3 dengan memberikannya tempoh empat belas hari untuk memberi penjelasan. Peraturan 9. Pempameran nombor kelulusan. (1) Setiap kelulusan oleh Lembaga hendaklah dinomborkan dan nombor itu hendaklah dipamerkan atau ditandakan dengan jelas. (2) Bagi maksud subperaturan (1), dalam hal kelulusan sesuatu iklan melalui (a) media filem gambar bergerak atau video, nombor tersebut hendaklah dipamerkan atau ditandakan dengan jelas selama tempoh tidak kurang dari tiga saat sebelum iklan itu berakhir; dan (b) media slaid filem, nombor tersebut hendaklah dipamerkan atau ditandakan dengan jelas pada bahan yang membentuk bingkai atau birainya. Peraturan 10. "Tagline" (1) Bagi iklan melalui media filem gambar bergerak, slaid filem atau video, bingkai terakhir bagi iklan berkenaan hendaklah mengandungi suatu "tagline" sepertimana yang akan ditentukan oleh Lembaga. (2) Ketinggian abjad-abjad bagi "tagline" yang disebut di dalam subperaturan (1) hendaklah dalam lengkongan lima hingga sepuluh peratus daripada ketinggian bingkai itu. Peraturan 11. Pengemukaan salinan muktamad. (1) Pemohon hendaklah mengemukakan kepada Lembaga salinan muktamad iklan itu sebelum penerbitannya. (2) Bagi maksud subperaturan (1), dalam hal sesuatu salinan muktamad bagi (a) media filem gambar bergerak atau video, adalah "VHS Double Head"; (b) media slaid filem adalah slaid filem; (c) media audio, adalah dalam bentuk kaset; dan (d) media cetakan, adalah dalam bentuk ciptaan seni. Peraturan 12. Perubahan. Tiada perubahan boleh dibuat terhadap iklan yang telah diluluskan kecuali dengan keizinan secara bertulis terdahulu daripada Lembaga. Peraturan 13. Rayuan. Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Lembaga boleh merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad. Peraturan 14. Pengecualian. (1) Sesuatu iklan yang bermaksud untuk kegunaan dalaman secara eksklusif oleh orang yang atas namanya suatu racun makhluk perosak itu didaftarkan hendaklah dikecualikan daripada Peraturan-Peraturan ini dengan syarat suatu pernyataan "Untuk Kegunaan Dalaman Sahaja" hendaklah dicetak pada iklan berkenaan. (2) Adalah menjadi tanggungjawab orang yang atas namanya suatu racun makhluk perosak itu didaftarkan untuk memastikan iklan yang disebut di dalam subperaturan (1) tidak berada di dalam milikan mana-mana orang awam dan hendaklah dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika iklan tersebut didapati berada di dalam milikan mana-mana orang awam. Peraturan 15. Kesalahan dan penalti. Mana-mana orang yang melanggar Peratuan-Peraturan ini atau mana-mana terma dan syarat kelulusan adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 56 Akta. JADUAL - BORANG A (Subperaturan 4 (1)) AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974 Untuk Kegunaan Rasmi No. Ruj. : .......................... Tarikh : ............................. No. Fail ; .......................... PERMOHONAN BAGI KELULUSAN IKLAN RACUN MAKHLUK PEROSAK (Hendaklah dilengkapkan dalam 2 salinan) 1. Butir-butir Pemohon Nama: ...................................................................... Alamat: ..................................................................... No. Tel. Pejabat : ............................................. 2. Butir-butir Racun Makhluk Perosak yang hendak Diiklankan (a) Nama Dagangan : ............................................ (b) Bahan Aktif : .................................................... (c) Nombor Pendaftaran : ............................................ 3. Butir-butir Iklan (a) Tajuk Iklan : ................................................ (b) Media Iklan : (Tandakan ( / ) di mana yang berkenaan) televisyen/video panggung wayang audio cetakan (suratkhabat, poster, papan iklan, dll.) lain-lain nyatakan: ......................................... (c) Bahasa yang digunakan dalam Iklan : ....................................... (Nyatakan dialek di mana berkenaan) (Tandakan ( / ) di mana berkenaan) Bahasa Kebangsaan Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Kadazan Bahasa Iban Lain-lain Nyatakan : ................................................. 4. Saya sertakan bersama-sama ini draf bank/kiriman wang/wang pos*. ...................................untuk satu ratus ringgit sebagai bayaran bagi bayaran permohonan. Tandatangan pemohon/agen yang diberikuasa*; ........................................................ Bagi pihak: (Capkan meterai atau cap pemohon) Nama agen yang diberikuasa: ............................................................... Alamat: .................................................................. Bagi pihak: (Capkan meterai atau cap agen yang diberikuasa) * Potong mana-mana yang tidak berkenaan. Yang berikut ini hendaklah dilengkapkan jika pemohon bukan orang yang atas namanya racun makhluk perosak itu didaftarkan Kepada: Setiausaha, Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian, Jalan Gallagher, 50480 Kuala Lumpur. Saya.........................................dengan ini memberikuasa kepada........................................untuk mengiklankan racun makhluk perosak yang tersebut di atas. Tandatangan orang yang diatas namanya racun makhluk prosak itu didaftarkan Tarikh: ................................... ............................................... (Capkan meterai atau cap agen yang diberikuasa) JADUAL - BORANG B (Subperaturan 8 (1)) KELULUSAN BAGI IKLAN RACUN MAKHLUK PEROSAK Dengan ini diperakui bahawa iklan yang dikepilkan dan telah disahkan dengan sewajarnya dan dengan butir-butir yang dinyatakan di bawah ini telah diluluskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak dan diberikan nombor kelulusan JIRP ................................................. BUTIR-BUTIR IKLAN Tajuk Iklan................................................. Nama Dagangan Racun Makhluk Perosak: ................................................... Nombor Pendaftaran Racun Makhluk Perosak: .................................................. Pengiklanan: .......................................................... Media Iklan: ............................................................ Bahasa: ......................................................... Tempoh Keesahan: ....................................................... SYARAT-SYARAT ............................................................................................................ ............................................................................................................ ............................................................................................................ Tarikh: .................................. ............................................ Setiausaha, Lembaga Racun Makhluk Perosak Dibuat pada 26 Februari 1996. [KP/LA/483/5/1; PN. (PU2) 275/VIII.] DATUK AMAR DR. HAJI SULAIMAN BIN HAJI DAUD, Menteri Pertanian