Live Fish Import License Conditions under Chapter 8(1) of Fisheries Order, 2009
Made 0000 · Text as of 2026-10-01
Public law and official guidance, published as research. Not legal, tax or financial advice.
About this law
- Original title
- Syarat-Syarat Lesen Import Ikan Hidup Di Bawah Bab 8(1) Perintah Perikanan, 2009.
- Language
- Malay
- Kind
- Regulation
- Country
- Brunei
- Subjects
- Fisheries and aquaculture
- Keywords
- animal health, aquaculture, aquatic animals, authorization/permit, business/industry/corporations, cartilaginous fishes, certification, disinfection/disinfestation, fish diseases, fishery management and conservation, processing/handling, inspection, marine fisheries, monitoring, protection of species, quarantine, registration, biodiversity
- Categories
- *
Where to read it
No source link is recorded for this law.
Text
The law's own text, section by section, as held. Each section has its own link.
JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 1 dari 5 SYARAT-SYARAT LESEN IMPORT IKAN HIDUP DI BAWAH BAB 8 (1) PERINTAH PERIKANAN, 2009 1. Pengimport hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 2. Pengimport hendaklah mempunyai lesen import ikan hidup yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 3. Pengimport hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan sebarang undang-undang bertulis lain yang berkenaan. 4. Pengimport tidak dibenarkan untuk mengimport ikan-ikan hidup seperti berikut : i. Semua spesies ikan yu; dan ii. Sebarang spesies ikan yang ditentukan oleh Pengarah Perikanan. 5. Spesies ikan hidup yang didatangkan hendaklah termasuk di dalam spesies ikan yang disenaraikan oleh pengimport dalam permohonan lesen import ikan hidup yang telah dibenarkan. 6. Pengimportan ikan-ikan hidup yang tersenarai sebagai spesies yang dilindungi di bawah Convention of International Trade of Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) hendaklah melampirkan CITES export permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority) negara pengeksport dan CITES import permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority) Negara Brunei Darussalam. 7. Premis pengimport hendaklah mempunyai kemudahan kuarantin yang telah diluluskan jika dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. 8. Pengimport hendaklah mematuhi langkah-langkah kawalan penyakit ikan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. Syarat-syarat semasa konsainan di Negara Pengeksport 9. Pengimport hendaklah memastikan : JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 2 dari 5 i. Semua konsainan telah memenuhi syarat-syarat pengendalian dan pembungkusan ikan hidup yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. ii. Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf oleh negara pengeksport serta mematuhi keperluan-keperluan berikut : a. Sumber ikan hidup diperolehi daripada ladang ternakan ikan yang diluluskan dan berada di bawah kawalan rasmi Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport. Dokumentasi yang lengkap daripada Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport hendaklah dikemukakan sekiranya diperlukan; b. Konsainan ikan hidup mesti diperolehi dari ladang ternakan ikan yang bebas selama tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dari penyakit ikan yang disenaraikan oleh World Animal Health Organization (OIE) di dalam laman sesawang www.oie.int; c. Konsainan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport dalam masa 72 jam dari tarikh eksport dan tidak ada menunjukkan tanda-tanda penyakit klinikal; d. Ikan hidup hendaklah dikuarantin selama sekurang-kurangnya 7 hari di kawasan kuarantin yang diluluskan di negara pengeksport dan tidak ada menunjukkan tanda-tanda penyakit klinikal sebelum dieksport; dan e. Sumber ikan hidup tidak diperolehi daripada sumber yang terdapat kes-kes peningkatan kematian yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan kebelakangan. iii. Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf oleh negara pengeksport hendaklah menyatakan nama pengimport dan adalah sah untuk digunakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya dikeluarkan dan hendaklah menyatakan bebas dari virus atau penyakit ikan yang disenaraikan oleh World Animal Health Organization (OIE) di dalam laman sesawang www.oie.int. Syarat-Syarat semasa konsainan berada di Negara Brunei Darussalam 10. Pengimport hendaklah memastikan konsainan disertakan dengan Sijil Kesihatan, CITES export permit dan CITES import permit (jika berkenaan), Invois, Lesen Import Ikan, Senarai Pembungkusan dan Bil Penerbangan atau Bil Muatan. 11. Pengimport hendaklah mengkuarantinkan konsainan dengan segera di kemudahan kuarantin pengimport yang diluluskan selama tempoh 14 hari dari tarikh ketibaan jika dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. 12. Pengimport hendaklah menyimpan rekod dalam tempoh kuarantin mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 3 dari 5 13. Pengimport hendaklah membenarkan Jabatan Perikanan menjalankan pemeriksaan dan pensampelan ikan hidup bagi tujuan penganalisaan dan pemantauan penyakit. 14. Jika keputusan penganalisaan penyakit adalah positif, Pengimport hendaklah membenarkan Jabatan Perikanan untuk mengambil tindakan seperti berikut: i. Melarang pergerakan keluar keseluruhan stok ikan hidup dari premis; ii. Menjalankan uji semula bagi tujuan pengesahan penganalisaan; iii. Mengarahkan pengimport untuk melaksanakan proses pelupusan ikan hidup yang dijangkiti penyakit, membasmi kuman tangki, kolam, sangkar dan peralatan di bawah pengawasan Jabatan Perikanan; iv. Kos mengenai apa-apa tindakan di atas adalah tanggungjawab pengimport dan mana-mana ikan hidup yang dilupuskan dalam tempoh kuarantin tidak akan diberi sebarang ganti rugi atau pampasan oleh Jabatan Perikanan; v. Jabatan Perikanan mempunyai kuasa untuk memaklumkan Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport berkaitan dengan mana-mana kes positif penyakit; dan vi. Jika pengimport : a. mengesyaki kewujudan atau mengesahkan penyakit-penyakit ikan yang disenaraikan oleh World Animal Health Organization (OIE) di di dalam laman sesawang www.oie.int ; atau b. berlaku kadar kematian yang tinggi, pengimport hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Perikanan dalam tempoh masa 24 jam. 15. Pengimport hendaklah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk mencegah pencemaran silang di antara tempat kuarantin dan ladang ternakan ikan. 16. Pengimport hendaklah mematuhi dan mengamalkan “Pollution Control Guidelines for Industrial Development” dan “Brunei Good Aquaculture Practices (BGAqP)”. 17. Pengimport hendaklah membenarkan Jabatan Perikanan untuk mendapatkan sampel ikan hidup yang diimport pada mana-mana jumlah yang munasabah secara percuma bagi tujuan penganalisaan makmal jika diperlukan. 18. Pengimport hendaklah memaklumkan ke Jabatan Perikanan tarikh dan masa pengimportan bagi tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 4 dari 5 19. Pengimport hendaklah memberikan maklumat-maklumat setiap pengimportan ikan hidup ke Jabatan Perikanan bagi tujuan rekod simpanan dan rujukan jika dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. Nota : • ”Ikan hidup” bermakna ikan dalam peringkat telur, benih, anak atau dewasa. • Bayaran lesen import ikan hidup adalah B$20.00 bagi setiap konsainan. • Permohonan dan pembayaran lesen import ikan hidup hendaklah melalui sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) (bdnsw.gov.bn)dengan menyertakan Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf oleh negara pengeksport. • Semua dokumen yang dikemukakan oleh Pengimport hendaklah dalam atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. • Setiap lesen import ikan hidup yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan hanya sah bagi satu konsainan sahaja dan akan mansuh selepas satu bulan dari tarikh ianya dikeluarkan. • Pengarah Perikanan berhak menegah pengimportan mana-mana spesies ikan mengikut keperluan langkah-langkah biosekuriti. • Pegawai-Pegawai Yang Diberikuasa boleh menahan atau memeriksa mana-mana konsainan ikan hidup yang diimport pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. • Syarat-syarat lain adalah seperti yang dikuatkuasakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan Peraturan-Peraturan Perikanan yang berkuatkuasa pada masa ini. • Pengarah Perikanan berhak untuk menambah atau mengubah syarat-syarat ini mengikut keperluan dari masa ke semasa dan berhak untuk membatalkan lesen import ikan hidup yang telah dikeluarkan. • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. • Kegagalan mematuhi Syarat-Syarat Lesen Import Ikan Hidup adalah merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 5 dari 5 Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat yang tersebut di atas. Nama : Jawatan : Syarikat dan Alamat : No. Kad Pengenalan : No. Telefon : (ofis) (hp) (fax) Emel : Tandatangan : Tarikh : ========================================================================== UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Pegawai Yang Diberikuasa : Nama : Jawatan : Tandatangan : Tarikh :