License Conditions for Frozen Fish (crustaceans) Import under Chapter 8(1) of the Fisheries Order, 2009
Made 0000 · Text as of 2026-10-01
Public law and official guidance, published as research. Not legal, tax or financial advice.
About this law
- Original title
- Syarat-Syarat Lesen Import Ikan (Krustasea) Beku di Bawah Bab 8(1) Perintah Perikanan, 2009.
- Language
- Malay
- Kind
- Regulation
- Country
- Brunei
- Subjects
- Fisheries and aquaculture
- Keywords
- crustaceans, animal health, aquatic animals, authorization/permit, certification, fish diseases, fish products, hygiene/sanitary procedures, international trade, post-harvest treatment, processing/handling
- Categories
- *
Where to read it
No source link is recorded for this law.
Text
The law's own text, section by section, as held. Each section has its own link.
JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 1 dari 3 SYARAT-SYARAT LESEN IMPORT IKAN ( KRUSTASEA) BEKU DI BAWAH BAB 8 (1) PERINTAH PERIKANAN, 2009 1. Pengimport hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 2. Pengimport hendaklah mempunyai lesen import ikan (krustasea) beku yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 3. Pengimport hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan sebarang undang-undang bertulis lain yang berkenaan. 4. Spesies ikan (krustasea) beku yang didatangkan hendaklah termasuk di dalam spesies ikan (krustasea) yang disenaraikan oleh pengimport dalam permohonan lesen import ikan (krustasea) beku yang telah dibenarkan. 5. Setiap konsainan ikan (krustasea) beku yang diimport mestilah mempunyai Free Sale Certificate atau Laporan Analisa Makmal atau Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten (Competent Authority) negara pengeksport serta hendaklah menyatakan konsainan selamat untuk makanan manusia. 6. Pengimport hendaklah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah pencemaran silang : a. di bangunan memproses ikan; dan b. di antara bangunan memproses ikan yang diimport dan kawasan ladang ternakan krustasea termasok mengelakkan persentuhan antara kakitangan atau peralatan yang mungkin boleh menyebabkan pencemaran antara tempat-tempat tersebut, dengan mematuhi dan mengamalkan ”Manual of Brunei Darussalam on Hygiene Requirements for Fish Processing Establishment”. 7. Segala perbelanjaan, pengangkutan dan tenaga manusia bagi pelupusan ikan (krustasea) beku tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengimport jika didapati tidak menepati syarat-syarat lesen pengimportan Jabatan Perikanan. 8. Pengimport hendaklah membenarkan Jabatan Perikanan untuk mendapatkan sampel ikan (krustasea) beku yang diimport dalam mana-mana jumlah yang munasabah secara percuma bagi tujuan penganalisaan makmal jika diperlukan. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 2 dari 3 9. Pengimport hendaklah memaklumkan ke Jabatan Perikanan tarikh dan masa pengimportan bagi tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel jika dikehendaki. 10. Pengimport hendaklah memberikan maklumat-maklumat setiap pengimportan ikan (krustasea) beku ke Jabatan Perikanan bagi tujuan rekod simpanan dan rujukan jika dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. Nota : • Bayaran lesen import ikan beku adalah B$20.00 bagi setiap konsainan. • Permohonan dan pembayaran lesen import ikan (krustasea) beku hendaklah melalui sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) (bdnsw.gov.bn) dengan menyertakan Free Sale Certificate atau Laporan Analisa Makmal atau Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport jika berkenaan. • Semua dokumen yang dikemukakan oleh Pengimport hendaklah dalam atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. • Setiap lesen import ikan (krustasea) beku yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan hanya sah bagi satu konsainan sahaja dan akan mansuh selepas satu (1) bulan dari tarikh ianya dikeluarkan. • Pegawai-Pegawai Yang Diberikuasa boleh menahan atau memeriksa mana-mana konsainan ikan (krustasea) beku yang diimport pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. • Pengarah Perikanan berhak menegah pengimportan mana-mana spesies krustasea mengikut keperluan langkah-langkah biosekuriti. • Syarat-syarat lain adalah seperti yang dikuatkuasakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan Peraturan-Peraturan Perikanan yang berkuatkuasa pada masa ini. • Pengarah Perikanan berhak untuk menambah atau mengubah syarat-syarat ini mengikut keperluan dari masa ke semasa dan berhak untuk membatalkan lesen import ikan (krustasea) beku yang telah dikeluarkan. • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. • Kegagalan mematuhi Syarat-Syarat Lesen Import Ikan (Krustasea) Beku adalah merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 3 dari 3 Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat yang tersebut di atas. Nama : Jawatan : Syarikat dan Alamat : No. Kad Pengenalan : No. Telefon : (ofis) (hp) (fax) Emel : Tandatangan : Tarikh : ========================================================================== UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Pegawai Yang Diberikuasa : Nama : Jawatan : Tandatangan : Tarikh :