Skip to content
Nelum
Laws of Brunei

Fresh/Chilled Fish (crustaceans) Import License Conditions under Chapter 8 (1) of the Fisheries Order, 2009

Made 0000 · Text as of 2026-10-01

Public law and official guidance, published as research. Not legal, tax or financial advice.

About this law

Original title
Syarat-Syarat Lesen Import Ikan (Krustasea) Segar / Sejuk di Bawah Bab 8 (1) Perintah Perikanan, 2009.
Language
Malay
Kind
Regulation
Country
Brunei
Subjects
Fisheries and aquaculture
Keywords
animal health, aquatic animals, crustaceans, fish products, freshwater fishes, business/industry/corporations, inspection, international trade, marine fishes, post-harvest treatment, processing/handling
Categories
*

Where to read it

    No source link is recorded for this law.

Text

The law's own text, section by section, as held. Each section has its own link.

  1. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 1 dari 4 SYARAT-SYARAT LESEN IMPORT IKAN (KRUSTASEA) SEGAR / SEJUK DI BAWAH BAB 8 (1) PERINTAH PERIKANAN, 2009 1. Pengimport hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 2. Pengimport hendaklah mempunyai lesen import ikan (krustasea) segar / sejuk yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 3. Pengimport hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan undang-undang bertulis lain yang berkenaan. 4. Spesis ikan (krustasea) segar / sejuk yang didatangkan hendaklah termasuk di dalam spesis ikan (krustasea) yang disenaraikan oleh pengimport dalam permohonan lesen import ikan (krustasea) yang telah dibenarkan. 5. Pengimport hendaklah mematuhi langkah-langkah kawalan penyakit ikan (krustasea) yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. 6. Ikan (krustasea) segar / sejuk yang diimport yang berasal daripada sumber ladang ternakan krustasea mestilah dari pembekal yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan, Negara Brunei Darussalam. 7. Pengimport hendaklah memastikan semua konsainan memenuhi syarat-syarat pengendalian dan pembungkusan ikan (krustasea) segar / sejuk yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan. 8. Setiap konsainan ikan (krustasea) segar / sejuk yang diimport yang berasal daripada sumber ladang ternakan krustasea mestilah mempunyai Sijil Kesihatan atau dokumen yang sebanding yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten (Competent Authority) negara pengeksport serta memenuhi syarat-syarat berikut : a. Selamat untuk makanan manusia; dan b. Bebas dari penyakit krustasea yang disenaraikan oleh World Organisation for Animal Health (OIE) di dalam laman sesawang www.oie.int. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 2 dari 4 9. Sijil Kesihatan hendaklah menyatakan nama pengimport dan adalah sah untuk digunakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya dikeluarkan. 10. Pengimport hendaklah membenarkan Jabatan Perikanan untuk mendapatkan sampel ikan (krustasea) segar / sejuk yang diimport dalam mana-mana jumlah yang munasabah secara percuma bagi tujuan penganalisaan dan pemantauan penyakit jika diperlukan. 11. Pengimport hendaklah memaklumkan ke Jabatan Perikanan tarikh dan masa pengimportan bagi tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel. 12. Pengimport hendaklah memberikan maklumat-maklumat setiap pengimportan ikan (krustasea) segar / sejuk ke Jabatan Perikanan bagi tujuan rekod simpanan dan rujukan jika dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. Nota : • Bayaran lesen import ikan (krustasea) segar / sejuk adalah B$20.00 bagi setiap konsainan. • Permohonan dan pembayaran lesen import ikan (krustasea) segar / sejuk hendaklah melalui sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) (bdnsw.gov.bn)dengan menyertakan Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf oleh Negara pengeksport jika berkenaan. • Semua dokumen yang dikemukakan oleh Pengimport hendaklah dalam atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. • Setiap lesen import ikan (krustasea) segar / sejuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan hanya sah bagi satu konsainan sahaja dan akan mansuh selepas satu bulan dari tarikh ianya dikeluarkan. • Pegawai-Pegawai Yang Diberikuasa boleh menahan atau memeriksa mana-mana konsainan ikan (krustasea) segar / sejuk yang diimport pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. • Syarat-syarat lain adalah seperti yang dikuatkuasakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan Peraturan-Peraturan Perikanan yang berkuatkuasa pada masa ini. • Pengarah Perikanan berhak untuk menambah atau mengubah syarat-syarat ini mengikut keperluan dari masa ke semasa dan berhak untuk membatalkan lesen import ikan (krustasea) segar / sejuk yang telah dikeluarkan. • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 3 dari 4 • Kegagalan mematuhi Syarat-Syarat Lesen Import Ikan (Krustasea) segar / sejuk adalah merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 4 dari 4 Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat yang tersebut di atas. Nama : Jawatan : Syarikat dan Alamat : No. Kad Pengenalan : No. Telefon : (ofis) (hp) (fax) Emel : Tandatangan : Tarikh : ========================================================================== UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Pegawai Yang Diberikuasa : Nama : Jawatan : Tandatangan : Tarikh :

Fresh/Chilled Fish (crustaceans) Import License Conditions under Chapter 8 (1) of the Fisheries Order, 2009 · Nelum