تخطَّ إلى المحتوى
Nelum
قوانين ماليزيا

Strategic Plan for the Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) 2021-2025

صدر في 2022 · النص بتاريخ 2026-10-01

القانون العام والإرشادات الرسمية منشورة بوصفها أبحاثاً. ليست مشورة قانونية أو ضريبية أو مالية.

البحث نفسه مكتوب بالإنجليزية. العناوين والوسوم مترجمة؛ أما النتائج والاقتباسات فغير مترجمة.

عن هذا القانون

اللغة
Malay
النوع
policy
الدولة
ماليزيا
الموضوعات
Environment
الكلمات المفتاحية
hazards, capacity building, climate change, early warning system, risk assessment/management, data collection/reporting, research, policy/planning, innovation, meteorology

أين تقرؤه

النص

نص القانون نفسه، مادةً مادة، كما هو محفوظ. لكل مادة رابطها.

  1. BAB 1 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDAHULUAN Ringkasan Eksekutif ………………………………………………………….. Latar Belakang ………………………………………………………………….. Carta Organisasi ……………………………………………………………….. Peranan Jabatan ……………..……………………………………………….. Punca Kuasa ……………………………………………………………………… SENARIO PERSEKITARAN Stakeholders dan Pelanggan ……………………………………………. Rakan Strategik ………………………………………………………………… Cabaran dan Isu-isu Semasa …………………………………………….. HALA TUJU STRATEGIK Visi, Misi dan Moto……………………………………………………………. Nilai-nilai Bersama ……………………………………………………………. STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN Teras Strategik ………………………………………………………………….. IMPLEMENTASI KE ARAH KEJAYAAN Mekanisme Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian ……… Strategi Komunikasi ……………………………………………………….. Elemen Penentu Kejayaan ………………………………………………… Perantaian ke Hadapan …………………………………………………….. PENUTUP BAB 2 BAB 3 BAB 4 BAB 5 4 5 6-7 8-9 10 11 12 13 14-15 16-17 18-19 21 22 23 25 26 27 28 29 30 31 33 BAB 6 4 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah, Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 telah sedia untuk dilaksanakan. Pelan Strategik ini adalah dokumen penting yang menentukan strategi, hala tuju dan pengurusan sumber Jabatan secara komprehensif dan inklusif dalam tempoh lima (5) tahun bermula tahun 2021 sehingga 2025. Oleh yang demikian, semua warga MET Malaysia hendaklah mematuhi, menghayati dan melaksanakan pelan strategik ini dengan jayanya. Pencapaian bagi setiap program yang dicadangkan dalam pelan strategik ini akan dipantau setiap tahun. Pemantauan ini adalah sangat penting bagi memastikan peranan dan fungsi MET Malaysia sebagai peneraju dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik akan tercapai. Saya percaya seluruh warga MET Malaysia mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi untuk terus menjadikan Jabatan sebagai sebuah organisasi yang lebih cemerlang di masa hadapan. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbang idea yang bernas untuk menghasilkan dokumen semakan semula Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 ini. Sekian, terima kasih. MUHAMMAD HELMI BIN ABDULLAH Ketua Pengarah MET Malaysia PERUTUSAN KETUA PENGARAH BAB 1 PENDAHULUAN 6 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia Bagi memacu perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang cekap dan berkesan, Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 diwujudkan untuk memperkukuh kemudahan dan penyampaian perkhidmatan di samping melahirkan modal insan yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni selaras dengan tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan oleh warga MET Malaysia. Pelan Strategik MET Malaysia ini dibangun selari dengan perancangan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Jabatan yang merupakan rujukan utama dalam pelaksanaan program pembangunan untuk tahun 2021 hingga 2025 bagi memenuhi keperluan ekonomi dan kesejahteraan rakyat serta negara. Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 merupakan kesinambungan daripada dua Pelan Strategik MET Malaysia sebelum ini, iaitu Pelan Strategik 2016-2020 dan Pelan Strategik 2011-2015. Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 ini telah disemak semula pada tahun 2022 supaya selaras dengan perubahan persekitaran dan hala tuju semasa. Pelan Strategik yang dihasilkan ini mengandungi Visi, Misi, Nilai Bersama, Teras Strategik dan Pelan Tindakan bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai perancangan dan pelaksanaan strategik MET Malaysia bagi tempoh lima tahun. Pelan Strategik ini juga merupakan fasa terkini dalam merealisasikan visi dan misi MET Malaysia, iaitu “Menjadi agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik” dan “Membekal perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang cekap dan berkesan untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari selaras dengan keperluan negara dan antarabangsa”. Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 menetapkan lima teras strategik untuk dilaksanakan dengan jayanya iaitu: RINGKASAN EKSEKUTIF Peningkatan keberkesanan perkhidmatan cuaca bagi mengurangkan risiko bencana Pengukuhan perkhidmatan meteorologi penerbangan negara untuk keselamatan dan keselesaan operasi penerbangan Pemerkasaan perkhidmatan gempa bumi dan tsunami bagi mengurangkan risiko bencana gempa bumi dan tsunami Pengukuhan perkhidmatan iklim bagi kemakmuran negara Pengukuhan kapasiti dan tadbir urus organisasi 7 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a Setiap program di dalam lima teras strategik ini turut dinyatakan bersama indikator sasaran, sasaran dan bahagian yang bertanggungjawab bagi memastikan perancangan MET Malaysia dilaksanakan secara teratur dan sistematik serta memudahkan pemantauan dari semasa ke semasa. 8 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia LATAR BELAKANG Pencerapan Meteorologi bagi pengukuran hujan bermula di Singapura 1820 Stesen Kuala Lumpur ditubuhkan 1879 Pencerapan tekanan udara, suhu dan hujan telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan di Pulau Pinang dan Melaka bagi mencari hubungkait cuaca dan wabak penyakit 1883 Tanggungjawab ke atas pencerapan meteorologi dipindahkan ke Jabatan Ukur dan cawangan Meteorologi dikenali sebagai Unit Malayan dengan Ibu Pejabat di Singapura 1927 Ramalan untuk penerbangan telah dijalankan dan Ibu Pejabat Pan Malayan Meteorologi ditubuhkan di Singapura 1931 Pejabat di Kuala Lumpur di bawah Jabatan Ukur ditutup pada 18 Januari dan berpindah ke Singapura 1935 Pada Julai 1938, Cawangan Perkhidmatan Kajicuaca Malaya tidak lagi menjadi salah satu cawangan di bawah Jabatan Ukur. Pada 1 September 1946, Perkhidmatan Kajicuaca Malaya ditubuhkan dengan Ibu Pejabat di Singapura 1946 Pejabat Perkhidmatan Kajicuaca Malaya diwujudkan di Lapangan Terbang Simpang (Kuala Lumpur) dan telah menyertai Pertubuhan Kajicuaca Sedunia pada 19 Mei 1958 Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia ditubuhkan pada 9 Ogos dan diletakkan di Kementerian Pengangkutan susulan daripada pemisahan Singapura dari Malaysia 1965 Nama Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia diterima pakai secara rasminya pada 1 September 1967 Bangunan Ibu Pejabat Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia di Petaling Jaya telah siap dibina pada 1 April dan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir pada 26 Oktober 1968 Ibu Pejabat Perkhidmatan Kajicuaca Malaya berpindah ke Kuala Lumpur pada 9 Ogos dan menjadi salah sebuah agensi kerajaan Malaysia 1963 9 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a 2003 Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia mengambil alih perkhidmatan meteorologi bagi Sabah dan Sarawak daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia pada 1 Julai 1969 Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia telah dipindahkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) 1984 Logo baharu Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia telah dilancarkan pada 18 November 1994 Pejabat Meteorologi KLIA mula beroperasi 1998 Bangunan Utama Ibu Pejabat Kajicuaca Petaling Jaya dirasmikan pada 6 Oktober. Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Awam) pada 18 Disember Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia dikekalkan di bawah MOSTE dengan nama baharu semasa penstrukturan Kementerian ditukar kepada MOSTI pada 27 Mac 2004 Nama Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia ditukar kepada Jabatan Meteorologi Malaysia pada 28 September 2006 Logo baharu Jabatan Meteorologi Malaysia telah dilancarkan pada 23 Mac 2009 Penstrukturan semula Jabatan Meteorologi Malaysia 2013 Penjumudan skim Pembantu Meteorologi dan dinaiktaraf ke skim Penolong Pegawai Meteorologi selaras dengan keperluan World Meteorological Organization (WMO) pada 6 Julai 2017 Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dikekalkan di bawah MOSTI dengan nama baharu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) 2018 MET Malaysia telah dipindahkan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berkuatkuasa pada 9 Mac 2020 10 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia C A R T A O R G A N IS A S I 11 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a PERANAN Membekalkan maklumat dan ramalan cuaca bertepatan masa untuk penerbangan awam, tentera dan aktiviti marin. Membekalkan maklumat gempa bumi dan tsunami bertepatan masa untuk agensi pengurusan bencana, orang awam dan media. Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik kepada industri pembinaan dan perundangan. Mengeluarkan amaran cuaca buruk, laut bergelora dan tsunami kepada orang awam, media dan agensi pengurusan bencana. Memastikan pangkalan data nasional untuk iklim, seismologi, tsunami dan komposisi atmosfera Negara adalah berkualiti. Memantau komposisi atmosfera Negara dan menyediakan maklumat serta nasihat teknikal dalam aspek meteorologi pencemaran udara. Menjalankan operasi pembenihan awan bagi membantu menangani isu jerebu dan meningkatkan sumber air bagi kegunaan domestik dan pertanian. Memastikan rangkaian stesen pencerapan yang berteknologi terkini bagi membantu pemantauan keadaan cuaca dan iklim, aktiviti seismik dan tsunami Negara. Menerbitkan laporan dan buletin meteorologi, iklim dan geofizik. Menyediakan latihan dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik. Mempromosikan kesedaran awam mengenai cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami. Menggalakkan kemajuan bidang sains meteorologi, iklim dan geofizik melalui penyelidikan. Menjalin kerjasama dan menyertai program serantau dan antarabangsa dalam penyelidikan dan pertukaran maklumat meteorologi, iklim dan geofizik. 12 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia PUNCA KUASA Punca kuasa MET Malaysia bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut: Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.2)(Pindaan) 2017 Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.3) 2020 BAB 2 SENARIO PERSEKITARAN 14 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia STAKEHOLDERS Jabatan Alam Sekitar (JAS) Menteri Timbalan Menteri Ketua Setiausaha Kementerian Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kementerian Luar Negeri (KLN) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Kerajaan Negeri dan Tempatan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Unit Perancang Ekonomi (EPU) Institut Pengajian Tinggi World Meteorological Organization (WMO) ESCAP/WMO Typhoon Committee International Civil Aviation Organization (ICAO) ASEAN Sub-Committee on Meteorology and Geophysics (SCMG) UNESCO-Intergovernmental Coordination Group for the Indian Ocean Tsunami Warning and Mitigation System (ICG/IOTWMS) Acid Deposition Monitoring Network in East Asia (EANET) UNESCO-Intergovernmental Coordination Group for the Pacific Tsunami Warning and Mitigation System (ICG/PTWMS) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Asia-Pacific Network for Global Change Research (APN) APEC Climate Centre (APCC) 15 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a PELANGGAN Jabatan Alam Sekitar (JAS) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Industri dalam sektor tenaga, perkapalan, pembuatan, pengeluaran gas, minyak dan petrokimia, pembinaan, perladangan dan pertanian, perubatan dan pemeliharaan alam sekitar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) SIRIM Berhad Akademi Sains Malaysia (ASM) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Orang Awam Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) Organisasi Antarabangsa (ICAO, WMO, IOC, ASEAN SCMG, AEIC, USGS, ISC) Media Massa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pengurusan Empangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jabatan Standard Malaysia (JSM) Operator Feri Komuniti Saintifik 16 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia RAKAN STRATEGIK 17 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a 18 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia CABARAN DAN ISU-ISU SEMASA 1. SISTEM CUACA DI TROPIKA 2. MODEL RAMALAN CUACA DAN IKLIM 3. PERUBAHAN DAN KERAGAMAN IKLIM Model ramalan cuaca dan iklim merupakan model berangka yang kompleks. Ia melibatkan kos yang mahal untuk dioperasikan menggunakan sistem komputer berprestasi tinggi (HPC). Bagi memperolehi produk-produk ramalan yang berkualiti, keupayaannya perlu ditingkatkan secara berterusan dengan tenaga pakar yang terhad di MET Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan tropika. Justeru, keadaan cuaca di Malaysia adalah dipengaruhi oleh sistem berskala kecil, seperti ribut petir dengan saiz diameter antara 1 hingga 10 km serta tempoh hayat pendek sekitar 1 hingga 3 jam sahaja. Sistem cuaca sebegini sangat sukar untuk diramalkan dengan tepat dari segi lokasi dan masa. Di kawasan beriklim sederhana, keadaan cuacanya adalah dipengaruhi oleh sistem berskala besar, seperti perenggan panas (warm front), perenggan sejuk (cold front) dan siklon ekstra tropika dengan saiz melebihi 200 km dan tempoh hayat melebihi 7 hari. Sistem cuaca ini adalah lebih mudah dipantau dan diramalkan berbanding kawasan tropika. Kajian sains meteorologi untuk kawasan tropika juga kurang dijalankan berbanding kawasan beriklim sederhana. Perubahan dan keragaman iklim global boleh menyebabkan berlakunya kejadian cuaca ekstrem yang bukan hanya memberi impak kepada persekitaran malahan menjejaskan sosioekonomi Negara. 19 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a 4. OPERASI PEMBENIHAN AWAN 5. KESEDARAN AWAM 7. PEMBANGUNAN MODAL INSAN 6. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN PIAWAIAN ANTARABANGSA Operasi pembenihan awan (OPA) dilaksanakan oleh MET Malaysia bagi membantu menggalakkan penghasilan hujan. OPA merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk membantu mengatasi masalah jerebu dan kekurangan air di kawasan pertanian dan empangan sumber air Negara. Kos menjalankan OPA adalah tinggi dan MET Malaysia perlu mengenal pasti kaedah alternatif yang lebih kos efektif/ murah dan berkesan. Kejadian bencana disebabkan oleh cuaca, iklim, gempa bumi dan tsunami memberi kesan buruk kepada kesejahteraan Negara. Penularan maklumat cuaca, iklim dan geofizik yang tidak sahih melalui penggunaan media sosial juga boleh menyebabkan keadaan panik di kalangan orang awam. Justeru, pendekatan yang diambil bagi membantu mengatasi kesan ini adalah dengan meningkatkan kesedaran orang awam dan stakeholders berkaitan cuaca, iklim, gempa bumi dan tsunami di Negara. Seiring dengan perkembangan teknologi, MET Malaysia perlu memastikan peralatan dan rangkaian cuaca dan geofizik mematuhi keperluan dan piawaian yang ditetapkan oleh WMO, ICAO, ICG/IOTWMS dan ICG/PTWMS agar Negara kekal relevan dalam membekalkan perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik di peringkat serantau dan global. Memantapkan keupayaan para pegawai serta melahirkan Subject Matter Expert (SME) agar perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang dibekalkan lebih cekap dan berkesan. BAB 3 HALA TUJU STRATEGIK 22 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia Menjadi agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik Membekal perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang cekap dan berkesan untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari selaras dengan keperluan negara dan antarabangsa Rakan Cuaca Dan Gempa Anda 23 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a NILAI-NILAI BERSAMA MET Malaysia menggariskan nilai murni, kualiti peribadi, etika kerja dan tatakelakuan yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga MET Malaysia seperti berikut: PROFESIONAL RESPONSIF KERJA BERPASUKAN BERINTEGRITI KREATIF DAN INOVATIF CAKNA BERKETERAMPILAN CEKAP PRIHATIN BERILMU BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN 26 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia PENINGKATAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN CUACA BAGI MENGURANGKAN RISIKO BENCANA PENGUKUHAN PERKHIDMATAN METEOROLOGI PENERBANGAN NEGARA UNTUK KESELAMATAN DAN KESELESAAN OPERASI PENERBANGAN PENGUKUHAN PERKHIDMATAN IKLIM BAGI KEMAKMURAN NEGARA PEMERKASAAN PERKHIDMATAN GEMPA BUMI DAN TSUNAMI BAGI MENGURANGKAN RISIKO BENCANA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI PENGUKUHAN KAPASITI DAN TADBIR URUS ORGANISASI TERAS STRATEGIK BAB 5 IMPLEMENTASI KE ARAH KEJAYAAN 28 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia MEKANISME PELAKSANAAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Pelaporan Pelaksanaan dan Pencapaian Program Kepada Urus setia – 6 Bulan Sekali Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pelan Strategik – 2 Kali Setahun Pembentangan kepada Pengurusan Tertinggi – 1 Kali Setahun Pelaksanaan Kajian Semula, Penilaian dan Penambahbaikan Pelan Strategik – 1 Kali Setahun 29 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a E-mel hebahan kepada semua warga MET Malaysia: 12 Kali Setahun Hebahan di Perhimpunan Bulanan: 1 Kali Setahun WhatsApp hebahan kepada kumpulan Pegawai Pengurusan dan Profesional MET Malaysia: 4 Kali Setahun Paparan TV Dashboard: 12 Kali Setahun STRATEGI KOMUNIKASI 30 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia ELEMEN PENENTU KEJAYAAN 31 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a PERANTAIAN KE HADAPAN MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN METEOROLOGI DAN GEOFIZIK BAGI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA Pemerkasaan peranan MET Malaysia adalah suatu agenda yang berterusan. Selaras dengan keperluan rakyat dan negara dalam usaha menangani bencana cuaca, iklim dan gempa bumi, MET Malaysia komited untuk melonjak ke tahap berikut: Menjadi agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik. Menyediakan perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang melangkaui ekspektasi pelanggan dan pihak berkepentingan. Merealisasikan strategi-strategi dalam RMKe-12 yang dilaksanakan dengan keterlibatan MET Malaysia. Menyediakan perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang menjadi penanda aras dan rujukan di peringkat antarabangsa. Peningkatan sumber manusia yang kompeten dan berpengetahuan. BAB 6 PENUTUP Perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan amat diperlukan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan lestari di negara. Demikian juga, ia diperlukan untuk memenuhi ekspektasi rakyat dan pihak berkepentingan serta menjaga imej dan kepentingan negara di peringkat antarabangsa. Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 telah menggariskan strategi-strategi bagi memenuhi keperluan ini. Usaha merealisasikan strategi-strategi ini akan menumpukan kepada penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaiannya dapat diukur berdasarkan indikator yang ditetapkan. MET Malaysia akan menjadikan Pelan Strategik ini sebagai rangka kerja untuk memantau hala tuju Jabatan dan meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan bagi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat dan negara. 35 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a AKRONIM DAN SINGKATAN ABT : Aviation Briefing Terminal AEIC : ASEAN Earthquake Information Centre AFTN : Aeronautical Fixed Telecommunication Network AMHS : Air Traffic Services Message Handling System APCC : APEC Climate Centre APEC : Asia-Pacific Economic Cooperation APN : Asia-Pacific Network for Global Change Research ASM : Akademi Sains Malaysia ATM : Angkatan Tentera Malaysia Atom Malaysia : Jabatan Tenaga Atom AWOS : Automated Weather Observing System AWS : Automatic Weather Station BPPT : Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Teknikal BIM : Bahagian Instrumentasi Meteorologi BKM : Bahagian Komunikasi Meteorologi BKP : Bahagian Khidmat Pengurusan BLT : Bahagian Latihan Teknikal BPSA : Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa BRSM : Bahagian Radar & Satelit Meteorologi BSAPA : Bahagian Sains Atmosfera & Pembenihan Awan BTCG : Bahagian Teknikal Cuaca dan Geofizik CAAM : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia CEPA : Communication, Education and Public Awareness CMSS : Computer Message Switching System DRC : Disaster Recovery Center EANET : Acid Deposition Monitoring Network in East Asia EFM : Electric Field Mill EPU : Unit Perancang Ekonomi ESCAP : Economic and Social Commission for Asia and the Pacific FDRS : Fire Danger Rating System 36 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y sia AKRONIM DAN SINGKATAN HPC : High Performance Computing ICAO : International Civil Aviation Organization ICT : Information and Communications Technology ICG : Intergovernmental Coordination Group PTWMS : Pacific Tsunami Warning and Mitigation System IOTWMS : Indian Ocean Tsunami Warning and Mitigation System IOC : Intergovernmental Oceanographic Commission IPT : Institut Pengajian Tinggi ISC : International Seismological Centre JAS : Jabatan Alam Sekitar JKR : Jabatan Kerja Raya JPAM : Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPS : Jabatan Pengairan Dan Saliran JSM : Jabatan Standard Malaysia KASA : Kementerian Alam Sekitar dan Air KDN : Kementerian Dalam Negeri KLIA : Kuala Lumpur International Airport KLN : Kementerian Luar Negeri KPKT : Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan LDS : Lightning Detection System LKIM : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia MDPS : Meteorological Data Processing System MESTECC : Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim MET Malaysia : Jabatan Meteorologi Malaysia MKN : Majlis Keselamatan Negara MIFS : Malaysian Integrated Forecasting System MINDEF : Kementerian Pertahanan Malaysia MOF : Kementerian Kewangan Malaysia MOSTE : Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar MOSTI : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 37 P E LA N S T R A T E G IK 2 0 2 1 2 0 2 5 | M E T M a la y si a AKRONIM DAN SINGKATAN MSTA : Meteorological Services for the Terminal Area MYSA : Agensi Angkasa Malaysia NADMA : Agensi Pengurusan Bencana Negara NGO : Non-Governmental Organization NWP : Numerical Weather Prediction OPA : Operasi Pembenihan Awan OPMET : Operational Meteorological PIMSA : Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera PIN : Pusat Iklim Nasional PKM : Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia PKP : Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan PM : Pejabat Meteorologi PMPN : Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional POC : Proof of Concept POCGN : Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional RGB : Red Green Blue SAR : Search and Rescue SCMG : Sub-Committee on Meteorology and Geophysics SME : Subject Matter Expert SOP : Standard Operating Procedure SPSM : Seksyen Pembangunan Sumber Manusia TNB : Tenaga Nasional Berhad UAS : Unmanned Aerial System UKK : Unit Komunikasi Korporat UNESCO : United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization USGS : United States Geological Survey VSAT : Very Small Aperture Terminal WMO : World Meteorological Organization WMS : Web Map Service WRVR : Wind Runway Visual Range Terima kasih kepada semua Pusat/ Pejabat/ Bahagian/ Seksyen/ Unit di MET Malaysia dalam penyediaan dokumen Pelan Strategik MET Malaysia 2021-2025 (Edisi Semakan Semula: 12 Ogos 2022)

Strategic Plan for the Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) 2021-2025 · Nelum