تخطَّ إلى المحتوى
Nelum
قوانين ماليزيا

Parks (Federal Territory of Kuala Lumpur) By-Laws 2012

صدر في 2011-09-26 · النص بتاريخ 2026-10-01

القانون العام والإرشادات الرسمية منشورة بوصفها أبحاثاً. ليست مشورة قانونية أو ضريبية أو مالية.

البحث نفسه مكتوب بالإنجليزية. العناوين والوسوم مترجمة؛ أما النتائج والاقتباسات فغير مترجمة.

عن هذا القانون

اللغة
English
النوع
لائحة
الدولة
ماليزيا · Kuala Lumpur
الموضوعات
Environment, Wild species and ecosystems
الكلمات المفتاحية
protected area, legal proceedings/administrative proceedings, use restrictions, inspection, monitoring, protection of habitats, urban land, biodiversity

أين تقرؤه

    لا يوجد رابط مصدر مسجل لهذا القانون.

النص

نص القانون نفسه، مادةً مادة، كما هو محفوظ. لكل مادة رابطها.

  1. 19 Januari 2012 19 January 2012 P.U. (A) 21 WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012 PARKS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) BY-LAWS2012 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL'S CHAMBERS Copyright of t he Attorney Genera l's Chambers of Mal aysia P.U. (A) 21 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 UNDANG-UNDANG KECILTAMAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012 Undang-undang kecil SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Nama, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II TAMAN YANG DISEDIAKAN DAN DISENGGARAKAN OLEH DATUK BANDAR 3. Kesalahan 4. Larangan membawa masuk binatang 5. Larangan menangkap, menjerat atau membunuh binatang 6. Larangan membawa masuk kenderaan 7. Larangan meletak kenderaan sembarangan 8. Larangan masuk pada waktu khusus 9. Penutupan taman 10. Perintah keluar pesalah dari taman BAHAGIAN III TAMAN YANG DISEDIAKAN DAN DISENGGARAKAN OLEH MANA-MANA ORANG LAIN 11. Tanggungjawab orang yang menyediakan taman 12. Kelakuan ketika berada di dalam taman 2 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia Undang-undang kecil 13. Kuasa masuk Datuk Bandar 14. Pengecualian 15. Pembatalan SAHAGIAN IV AM 3 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 P.U. (A) 21 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 UNDANG-UNDANG KECILTAMAN (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 102[fJ Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Datuk Bandar Kuala Lumpur membuat, dan menurut seksyen 103 Akta, Menteri mengesahkan, undang-undang kecil yang berikut: SAHAGIAN I PERMULAAN Nama, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012. (2) Undang-Undang Kecil ini mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2012. (3) Undang-Undang Kecil ini terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tafsiran 2. Dalam Undang-Undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "Datuk Bandar" ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur; "kenderaan bermotor" ertinya apa-apa jenis kenderaan yang digerakkan oleh jentera yang terdapat di dalamnya dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah treler; "orang kurang upaya" ertinya orang yang mempunyai kekurangan keupayaan fizikal, pendengaran atau penglihatan yang menjejaskan pergerakannya; 4 Copyright of the Attorney General's Chambers of M alaysia P.U. (A) 21 "perjudian" ertinya apa-apa permainan mencuba nasib atau permainan yang bercampur unsur mencuba nasib dengan kemahiran, dengan tujuan pemenang akan dihadiahkan dengan wang atau apa-apa benda yang bernilai; "struktur" ertinya apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai, papan tanda, khemah, warung, meja, tiang, tiang sandar, tempat berteduh, kepungan beratap atau apa-apa sambungan atau apa-apa bangunan lain yang dibuat daripada apa-apa bahan; "taman" termasuklah mana-mana taman bunga, taman permainan, taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi, taman hiburan, esplanad, kawasan lapang, laluan kaki di tasik dan kawasan yang dilandskap; "utiliti" termasuklah paip air, kabel dan wayar. SAHAGIAN II TAMAN YANG DISEDIAKAN DAN DISENGGARAKAN OLEH DATUK BANDAR Kesalahan 3. Mana-mana orang di dalam mana-mana taman yang (a) mengalih atau merosakkan apa-apa notis, undang-undang kecil, peta, pelan atau apa-apa benda yang dipamerkan di taman itu; (b) memindahkan, membuat apa-apa pengubahan kepada, mengoyak, mengalih, mencacatkan atau mengusik apa-apa benda yang dipamerkan, dipertunjukkan, dilekatkan, digantung, diletakkan atau didirikan oleh Datuk Bandar; (c) membawa bersama-samanya, menampalkan atau menegakkan apa-apa pelekat, notis, bendera, sepanduk atau iklan pada atau di atas mana-mana tembok, pokok, pagar atau struktur melainkan dibenarkan oleh Datuk Bandar secara bertulis; 5 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 ( d) menggunakan apa-apa pelaung, penguat suara, sistem siar raya atau lampu sorot melainkan jika dibenarkan oleh Datuk Bandar secara bertulis; (e) mengalihkan, memindahkan, merosakkan atau mencacatkan mana-mana tempat duduk, perkakas tempat permainan kanak-kanak, utiliti atau peralatan lain; W menempatkan, melonggokkan, menjatuhkan, membuang atau meninggalkan atau menyebabkan ditempatkan, dilonggokkan, dijatuhkan, dibuang atau ditinggalkan apa-apa benda; (g) memanjat mana-mana tembok, pagar, struktur atau pokok; (h) menunggang, menarik atau menolak basikal atau memandu kenderaan bermotor di atas mana-mana rumput atau laluan kaki; (iJ berjalan di atas batas bunga atau rumpun pokok renek; (j) memotong, mengalihkan, merosakkan atau memusnahkan mana-mana bunga, tern pat duduk, tumbuh-tumbuhan atau pokok; (k) mengalihkan apa-apa rum put atau mengorek mana-mana tanah; (I) melontar atau membuang apa-apa batu atau pelontar lain; (m) mandi di dalam mana-mana kolam, tasik atau anak sungai; (n) mengalirkan atau menyebabkan dialir apa-apa bahan buangan atau cecair buangan daripada mana-mana premis ke dalam mana-mana kolam, tasik atau anak sungai atau dengan apa-apa cara lain yang mencemar atau mungkin mencemarkan mana-mana kolam, tasik atau anak sungai di dalam taman itu; 6 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (o) menangkap ikan dalam mana-mana kolam, tasik atau anak sungai kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar; (p) mengganggu dengan apa-apa cara, aliran air daripada mana-mana kolam, tasik atau anak sungai; (q) bermain layang-layang, meluncur dengan papan selaju, memandu, menolak atau menarik apa-apa kenderaan sama ada yang didorongi jentera atau selainnya atau bermain apa-apa permainan bola kecuali di tern pat yang diperuntukkan dengan nyata bagi permainan itu; (r) berumur lebih daripada 12 tahun, menggunakan apa-apa alat tempat permainan kanak-kanak; (s) membasuh atau mengeringkan sesuatu; (t) mendirikan apa-apa struktur tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar terlebih dahulu; (u) mempamerkan atau mendedahkan untuk jualan atau menjual apa-apa barang, benda, makanan atau minuman kecuali di tempat-tempat di dalam taman itu yang diluluskan oleh Datuk Bandar; (v) bersyarah atau menyampaikan apa-apa ucapan umum atau berhimpun bagi maksud mengadakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa mesyuarat keagamaan, politik atau apa-apa mesyuarat lain atau mengadakan apa-apa tunjuk perasaan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar; (w) menggunakan apa-apa bahasa yang tidak sopan atau berkelakuan dengan cara yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam 7 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 termasuklah bercumbuan atau apa-apa perbuatan lain yang boleh menjurus kepada aktiviti seksual; (x) menghalang Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa menjalankan tugas-tugasnya; (y) terlibat dalam menjaga atau membasuh apa-apa kenderaan bermotor bagi mana-mana pengunjung taman tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar; (z) membawa atau meminum apa-apa minuman yang memabukkan; (aa) mengadakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa perjudian; (bb) memasang api atau membakar bunga api atau mercun tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar terlebih dahulu atau menembak apa-apa senjata api atau senapang angin tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang; (cc) meludah, membuang air kecil atau besar di tempat selain yang dikhaskan bagi maksud tersebut; ( dd) memaku, mengikat, menyimpul, merantai, melukis, menconteng, mengecat, menyembur, menanda, melekat, mengukir, mempamerkan, meletakkan atau menggantung apa-apa benda di atas mana-mana pokok, tumbuh-tumbuhan atau struktur; (ee) menggunakan apa-apa peralatan atau kemudahan yang disediakan khas untuk orang kurang upaya sedangkan dia bukan orang kurang upaya; (ff) menjalankan apa-apa perniagaan tanpa kebenaran bertulis Datuk Bandar; atau 8 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (gg) menggunakan mana-mana bahagian di dalam taman itu untuk bercucuk tanam atau apa-apa tujuan lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Larangan membawa masuk binatang 4. (1) Tiada seorang pun boleh menyebabkan mana-mana binatang kepunyaannya atau di dalam jagaannya dibawa masuk atau berada dalam mana-mana taman. (2) Walau apa pun perenggan (1), seseorang boleh membawa masuk anjing yang berada di bawah kawalannya yang berkesan melalui tali ikatan atau rantai pada setiap masa ke dalam sesuatu taman melainkan jika terdapat larangan membawa masuk anjing yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar yang ditampal di pintu laluan masuk ke taman itu. (3) Mana-mana orang yang menyebabkan anjing kepunyaannya atau yang berada di bawah kawalannya masuk ke dalam mana-mana taman hendaklah memastikan anjing itu tidak membuang air besar dalam mana-mana bahagian taman itu dan jika anjing itu telah membuang air besar, orang itu hendaklah membersihkan najis itu dan membuangnya dengan cara yang betul dan bersih. (4) Mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Larangan menangkap, menjerat atau membunuh binatang 5. (1) Tiada seorang pun boleh menangkap, menjerat atau membunuh mana-mana binatang di dalam taman. 9 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (2) Tiada seorang pun boleh menyimpan atau ada dalam milikannya semasa dia berada di dalam taman apa-apa alat atau peralatan untuk menangkap, menjerat atau membunuh binatang. (3) Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menyita alat atau peralatan untuk menangkap, menjerat atau membunuh binatang daripada mana-mana orang yang didapati menyimpan atau ada dalam milikannya alat atau peralatan itu. (4) Mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Larangan membawa masuk kenderaan 6. (1) Tiada seorang pun boleh membawa masuk ke dalam mana-mana taman kenderaan bermotor yang mempunyai berat muatan melebihi dua tan selain kenderaan bermotor kepunyaan Kerajaan atau badan berkanun. (2) Waiau apa pun perenggan (1), Datuk Bandar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya, membenarkan secara bertulis mana-mana orang untuk membawa apa-apa kenderaan bermotor yang mempunyai berat muatan melebihi dua tan ke dalam mana-mana taman. (3) Mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Larangan meletak kenderaan sembarangan 7. (1) Tiada seorang pun boleh meletakkan kenderaan bermotor atau basikalnya di mana-mana tempat di dalam mana-mana taman kecuali di tempat yang dikhaskan untuk meletak kenderaan atau basikal itu. 10 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (2) Mana-mana tuan punya atau orang yang mempunyai kawalan ke atas kenderaan bermotor atau basikal yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Larangan masuk pada waktu khusus 8. (1) Tiada seorang pun boleh berada di dalam mana-mana taman antara jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi melainkan dengan kebenaran Datuk Bandar. (2) Mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Penutupan taman 9. (1) Walau apa pun undang-undang kecil 8, Datuk Bandar boleh menutup mana-mana taman atau mana-mana bahagian taman itu pada bila-bila masa. (2) Mana-mana orang yang memasuki mana-mana taman atau mana-mana bahagian taman itu yang ditutup di bawah perenggan (1) tanpa kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Perintah keluar pesalah dari taman 10. (1) Mana-mana orang yang melanggar Undang-Undang Kecil ini boleh diperintah keluar dari taman itu oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa dengan menggunakan kekerasan yang munasabah dan boleh enggan diterima masuk kemudiannya. (2) Mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah di bawah perenggan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 11 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 BAHAGIAN III TAMAN YANG DISEDIAKAN DAN DISENGGARAKAN OLEH MANA-MANA ORANG LAIN Tanggungjawab orang yang menyediakan taman 11. (1) Mana-mana orang yang menyediakan sesuatu taman hendaklah pada setiap masa [a) memastikan taman itu disenggarakan dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan; (b) memastikan semua kelengkapan dan kemudahan di dalam taman disenggarakan dengan baik; [c) tidak membenarkan mana-mana orang masuk atau terns berada di dalam taman itu atau mana-mana bahagian taman itu jika suatu perintah penutupan telah dibuat oleh Datuk Bandar di bawah subperenggan 13(l)(b); dan ( d) mempamerkan suatu notis pemberitahuan yang mengandungi peruntukan dalam undang-undang kecil 12 di tempat yang mudah dilihat. (2) Mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (3) Bagi maksud undang-undang kecil ini, tuan punya tanah yang berdaftar, pemegang pajak, pemegang pajak kecil, tenan atau pemegang amanah bagi tanah itu hendaklah dianggap sebagai "orang yang menyediakan sesuatu taman" dan hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang kecilini. 12 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 Kelakuan ketika berada di dalam taman 12. (1) Mana-mana orang yang berada di dalam sesuatu taman tidak boleh [a) menggunakan apa-apa bahasa yang tidak sopan atau berkelakuan dengan cara yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam termasuklah bercumbuan atau apa-apa perbuatan lain yang boleh menjurus kepada aktiviti seksual; (b) membenarkan apa-apa binatang kepunyaannya atau yang berada di bawah kawalannya kecuali anjing untuk masuk ke dalam taman itu dengan syarat anjing itu berada di bawah kawalan yang berkesan melalui tali ikatan atau rantai pada setiap masa; [c) mengadakan atau mengambil bahagian dalam perjudian; dan ( d) menjalankan apa-apa aktiviti lain yang boleh menyebabkan kacau ganggu kepada orang lain di dalam taman. (2) Tiada seorang pun boleh berada di dalam sesuatu taman atau mana-mana bahagian taman itu tanpa kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar jika suatu perintah penutupan taman itu telah dibuat oleh Datuk Bandar di bawah subperenggan 13(l)(b). (3) Mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kuasa masuk Datuk Bandar 13. (1) Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, masuk dan memeriksa mana-mana taman dan boleh [a) memerintahkan mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil 12 meninggalkan taman itu dengan segera 13 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 dan mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, dengan kekerasan yang munasabah, diusir oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa; dan (b) dengan memberikan notis, memerintah taman itu atau mana mana bahagian taman itu ditutup jika berlaku apa-apa kacau ganggu atau keadaan yang mungkin mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan orang awam. (2) Mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah di bawah perenggan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Pengecualian SAHAGIAN IV AM 14. (1) Datuk Bandar boleh, jika difikirkannya perlu, mengecualikan mana-mana orang daripada mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini. (2) Datuk Bandar boleh, dalam memberi pengecualian sedemikian, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut. Pembatalan 15. Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981 [P.U. (A) 141/1981] dibatalkan. Dibuat 26 September 2011 [JHEU2/19/78; PN(PU2)328A/XXV] 14 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia TAN SRI AHMAD FUAD BIN ISMAIL Datuk Bandar Kuala Lumpur Disahkan 30 Disember 2011 [KWP(S):24/PUU/698/1/1/4; PN(PU2)328A/XXV] P.U. (A) 21 DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 15 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 LOCALGOVERNMENTACT1976 PARKS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) BY-LAWS 2012 ARRANGEMENT OF BY-LAWS PART I PRELIMINARY By-law 1. Citation, commencement and application 2. Interpretation PART II PARK PROVIDED AND MAINTAINED BY THE COMMISSIONER 3. Offences 4. Prohibition on entry of animals 5. Prohibition on the catching, trapping or killing of animals 6. Prohibition on entry of vehicles 7. Prohibition on indiscriminate parking 8. Prohibition of entry during specific hours 9. Closure of park 10. Removal order from park PART III PARK PROVIDED AND MAINTAINED BY ANY OTHER PERSON 11. Responsibilities of person providing park 12. Conduct while being in a park 13. Power of entry by the Commissioner 16 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia By-law 14. Exemption 15. Revocation PART IV GENERAL 17 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 P.U. (A) 21 LOCALGOVERNMENTACT1976 PARKS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) BY-LAWS 2012 IN exercise of the powers conferred by paragraph 102(j) of Local Government Act 1976 [Act 171], the Commissioner of the City of Kuala Lumpur makes, and pursuant to section 103 of the Act, the Minister confirms, the following by-laws: PART I PRELIMINARY Citation, commencement and application 1. (1) These by-laws may be cited as the Parks (Federal Territory of Kuala Lumpur) By-Laws 2012. (2) These By-Laws come into operation on 1 February 2012. (3) These By-Laws shall apply only to the Federal Territory of Kuala Lumpur. Interpretation 2. In these By-Laws, unless the context otherwise requires "Commissioner" means the Commissioner of the City of Kuala Lumpur; "motor vehicle" means any type of vehicle propelled by means of mechanism contained within itself and constructed or adapted so as to be capable of being used on roads, and includes trailer; "disabled persons" means persons with a physical, hearing or sight impairment which affects his mobility; "gambling" means any game of chance or a game with a mixture of taking chance with skill, with the purpose that the winner will be rewarded with money or with any other thing of value; 18 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 "structure" means any house, hut, shed, stall, signboard, tent, booth, table, pole, lean-to, shelter, roofed enclosure or any extension or any other building made of any material; "park" includes any garden, playground, children's playground, recreation park, entertainment park, esplanade, open area, lake's footpath and landscaped area; "utility" includes water pipe, cable and wire. PART II PARK PROVIDED AND MAINTAINED BY THE COMMISSIONER Offences 3. Any person who in any park (a) removes or damages any notice, by-law, map, plan or any other things exhibited at the park; (b) displaces, makes any alteration to, tears, removes, defaces or tampers with anything displayed, exhibited, affixed, hung, placed or constructed by the Commissioner; (c) carries on his person, affixes or posts any placard, notice, flag, banner or advertisement to or any wall, tree, fence or structure unless permitted by the Commissioner in writing; ( d) uses any loud hailer, amplifier, public address system or spotlight unless permitted by the Commissioner in writing; (e) removes, displaces, damages or defaces any seat, children's playground apparatus, utility or other appliance; 19 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 W places, deposits, drops, throws or leaves or causes to be placed, dropped, deposited, thrown or left anything whatsoever; (g) climbs any wall, fence, structure or tree; (h) rides, pulls or pushes a bicycle or drives a motor vehicle over any turf or footpath; (i} walks over flower bed or shrubbery; (j) cuts, removes, damages or destroys any flower, seat, plant or tree; (k) removes any turf or excavates any earth; (I) throws or discharges any stone or other missile; (m) bathes in any pond, lake or stream; (n) discharges or causes to be discharged any waste matter or effluent from any premises into any pond, lake or stream or in any other manner pollutes or which is likely to pollute any pond, lake or stream therein; (o) fishes in any pond, lake or stream except with the written permission of the Commissioner; (p) interferes in any way, the flow of water from any pond, lake or stream; ( q) flies any kite, slides with a skate, drives, pushes or pulls any vehicle whether mechanically propelled or otherwise or plays any ball games except in the places expressly allotted for such games; (r) being over the age of 12 years, uses any children's playground's apparatus; 20 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (s) washes or dries anything; (t) erects any structure without the prior written permission of the Commissioner; (u) displays or exposes for sale or sells any goods, article, food or drink except at such places therein approved by the Commissioner; (v) preaches or delivers any public address or assembles for the purpose of holding or taking part in any religious, political or any other meeting or holding any demonstration without the written permission of the Commissioner; (w) uses any indecent language or behaves in a manner which may cause uneasiness to the public including kissing or any other act which may lead to sexual activity; (x) obstructs the Commissioner or any authorized officer in the execution of his duties; (y) engages in looking after or washing any motor vehicle for any park visitor without the written permission of the Commissioner; (z) brings or drinks any intoxicating drink; (aa) holds or takes part in any gambling; (bb) kindles any fire or lets off any fireworks or cracker without the prior written permission of the Commissioner or without any lawful excuse discharges any firearm or air gun; 21 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (cc) spits, urinates or defecates in places other than the places designated for such purpose; ( dd) nails, ties, binds, chains, draws, scribbles, paints, sprays, marks, affixes, inscribes, displays, places or hangs anything on any tree, plant or structure; (ee) uses any appliance or facility specially provided for disabled persons whereas he is not a disabled person; (ff] carries out any business without the written permission of the Commissioner; or (gg) uses any part of the park for farming or any other purpose, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Prohibition on entry of animals 4. (1) No person shall cause any animal belonging to him or in his charge to enter or remain in any park. (2) Notwithstanding paragraph (1), a person may cause to enter a dog that is under his effective control by means of a leash or a chain cord at all times into a park unless there is a prohibition on the entry of dogs issued by the Commissioner that is affixed at the entrance of the park. (3) Any person who causes any dog belonging to him or in his control to enter into any park shall ensure that the dog does not defecate in any part of the park and if the dog has defecated, that person shall clean the excrement and throw it in a proper and clean manner. 22 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 ( 4) Any person who contravenes this by-law commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Prohibition on the catching, trapping or killing of animals 5. (1) No person shall catch, trap or kill any animal in a park. (2) No person shall keep or have in his possession while he is in a park any device or instrument for catching, trapping or killing animals. (3) The Commissioner or any authorized officer may seize the device or instrument for catching, trapping or killing animals from any person found keeping or having in his possession such device or instrument. ( 4) Any person who contravenes this by-law commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Prohibition on entry of vehicles 6. (1) No person shall cause to enter into any park a motor vehicle with a laden weight of more than two tons, other than those belonging to the Government or statutory bodies. (2) Notwithstanding paragraph (1), the Commissioner may, subject to any conditions determined by him, allow in writing any person to cause to enter any park any motor vehicle with a laden weight of more than two tons. (3) Any person who contravenes this by-law commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. 23 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 Prohibition on indiscriminate parking 7. (1) No person shall park his motor vehicle or bicycle in any place in any park except in the designated area reserved for the parking of such motor vehicle or bicycle. (2) Any owner or person with control over the motor vehicle or bicycle who contravenes this by-law commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Prohibition of entry during specific hours 8. (1) No person shall remain in any park between 1.00 a.m. and 6.00 a.m. unless with the permission of the Commissioner. (2) Any person who contravenes this by-law commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year to both. Closure of park 9. (1) Notwithstanding by-law 8, the Commissioner may close any park or any part of the park at any time. (2) Any person who enters any park or any part of the park which has been closed under paragraph (1) without a written permission from the Commissioner commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Removal order from park 10. (1) Any person who contravenes these By-Laws may be ordered to leave the park by the Commissioner or any authorized officer using reasonable force and may be refused entry subsequently. 24 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (2) Any person who refuses to obey an order under paragraph (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. PART III PARK PROVIDED AND MAINTAINED BY ANY OTHER PERSON Responsibilities of person providing park 11. (1) Any person who provides a park shall at all times [a) ensure that the park is maintained in a clean condition and is safe for use; (b) ensure that all amenities and facilities in the park are well maintained; [c) not to allow any person to enter or to remain in the park or any part of the park if an order to close the park has been made by the Commissioner under subparagraph 13(l)(b); and (d) display a notification containing the provisions in by-law 12 at a conspicuous place. (2) Any person who contravenes this by-law commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (3) For the purpose of this by-law, the registered land owner, lessee, sub-lessee, tenant or trustee of the land shall be deemed as "the person who provides a park" and shall be liable for any offence committed under this by-law. 25 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 Conduct while being in a park 12. (1) Any person while being in a park shall not [a) use any indecent language or behave in such manner which may cause uneasiness to the public including kissing or any other act which may lead to sexual activity; (b) cause any animal that he owns or under his control except a dog to enter the park provided that the dog is under his effective control by means of a leash or a chain cord at all times; [c) hold or take part in gambling; and ( d) carry out any other activity which may cause nuisance to other persons in the park. (2) No person shall be in a park or any part of the park without the permission in writing from the Commissioner if the order to close the park has been made by the Commissioner under subparagraph 13(l)(b). (3) Any person who contravenes this by-law commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Power of entry by the Commissioner 13. (1) The Commissioner or any authorized officer may, at any time, enter and inspect any park and may [a) order any person who contravenes by-law 12 to leave the park immediately and any person refusing to obey that order commits an offence and may, with reasonable force, be removed by the Commissioner or any authorized officer; and 26 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia P.U. (A) 21 (b J by issuing notice, order the park or any part of the park to be closed if occasioned any nuisance or condition likely to be injurious or dangerous to public health. (2) Any person refusing to obey the orders under paragraph (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. Exemption PART IV GENERAL 14. (1) The Commissioner may, where he thinks necessary, exempt any person from any of the provisions of these By-Laws. (2) The Commissioner may, in giving such exemption, impose any such condition as he thinks fit. Revocation 15. The Parks (Federal Territory) By-Laws 1981 [P.U. (A) 141/1981] is revoked. Made 26 September 2011 [JHEU2 /19 /78; PN(PU2)328A/XXV] TAN SRI AHMAD FUAD BIN ISMAIL Commissioner of the City of Kuala Lumpur Confirmed 30 December 2011 [KWP(S):24/PUU/698/1/1/4; PN(PU2)328A/XXV] DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN Minister of Federal Territories and Urban Wei/being 27 Copyright of the Attorney General's Chambers of Malaysia

Parks (Federal Territory of Kuala Lumpur) By-Laws 2012 · Nelum