Frozen Fish Import License Conditions under Chapter 8(1) Fisheries Order, 2009
صدر في 0000 · النص بتاريخ 2026-10-01
القانون العام والإرشادات الرسمية منشورة بوصفها أبحاثاً. ليست مشورة قانونية أو ضريبية أو مالية.
البحث نفسه مكتوب بالإنجليزية. العناوين والوسوم مترجمة؛ أما النتائج والاقتباسات فغير مترجمة.
عن هذا القانون
- العنوان الأصلي
- Syarat-Syarat Lesen Import Ikan Beku di Bawah Bab 8(1) Perintah Perikanan, 2009.
- اللغة
- Malay
- النوع
- لائحة
- الدولة
- بروناي
- الموضوعات
- Fisheries and aquaculture
- الكلمات المفتاحية
- animal health, aquaculture, authorization/permit, cartilaginous fishes, certification, fish diseases, fish products, fishery management and conservation, fishing gear/fishing method, hygiene/sanitary procedures, international trade, marine fishes, molluscs, post-harvest treatment, processing/handling, registration, transport/storage, aquatic animals
- الفئات
- *
أين تقرؤه
لا يوجد رابط مصدر مسجل لهذا القانون.
النص
نص القانون نفسه، مادةً مادة، كما هو محفوظ. لكل مادة رابطها.
JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 1 dari 5 SYARAT-SYARAT LESEN IMPORT IKAN BEKU DI BAWAH BAB 8 (1) PERINTAH PERIKANAN, 2009 1. Pengimport hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 2. Pengimport hendaklah mempunyai lesen import ikan beku yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. 3. Pengimport hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan sebarang undang-undang bertulis lain yang berkenaan. 4. Pengimport tidak dibenarkan untuk mengimport ikan-ikan beku seperti berikut : 4.1 ikan-ikan kecil seperti aur-aur, tamban, rumahan, temanong, selidai, sanglar, geronggong, basong-basong, pusu, temanong besurat, kuasi dan semua jenis kerang-kerangan dari kawasan-kawasan yang terjejas oleh kejadian air kemerah merahan termasuk Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Lawas, Punang, Sundar, Awat-Awat dan Limbang; 4.2 ikan-ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan-bahan letupan, kimia, racun termasuk tuba, alat-alat tegahan seperti senapang tempuling (spear gun) dan peranti menggunakan eletrik atau bateri; 4.3 semua spesies ikan yu; dan 4.4 sebarang spesies ikan yang ditentukan oleh Pengarah Perikanan seperti Lampiran. 5. Spesies ikan beku yang didatangkan hendaklah termasuk di dalam spesies ikan yang disenaraikan oleh pengimport dalam permohonan lesen import ikan yang telah dibenarkan. 6. Ikan beku yang diimport mestilah dari pembekal yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kompeten (Competent Authority) negara pengeksport. 7. Setiap konsainan ikan beku yang diimport mestilah mempunyai Free Sale Certificate atau Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten (Competent Authority) negara pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 2 dari 5 makmal yang diiktiraf oleh Negara pengeksport jika berkenaan serta hendaklah menyatakan konsainan selamat untuk makanan manusia. 8. Segala perbelanjaan, pengangkutan dan tenaga manusia bagi pelupusan ikan beku tersebut adalah ditangguong sepenuhnya oleh pihak pengimport jika didapati tidak menepati syarat-syarat lesen pengimportan Jabatan Perikanan. 9. Pengimport hendaklah membenarkan Jabatan Perikanan untuk mendapatkan sampel ikan beku yang diimport dalam mana-mana jumlah yang munasabah secara percuma bagi tujuan penganalisaan makmal jika diperlukan. 10. Pengimport hendaklah memaklumkan ke Jabatan Perikanan tarikh dan masa pengimportan bagi tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel jika dikehendaki. 11. Pengimport hendaklah memberikan maklumat-maklumat setiap pengimportan ikan beku ke Jabatan Perikanan bagi tujuan rekod simpanan dan rujukan jika dikehendaki oleh Jabatan Perikanan. Nota : • Jika pengimport didapati tidak menepati syarat-syarat lesen pengimportan dan diarahkan melupuskan ikan-ikan segar / sejuk yang diimport, segala perbelanjaan, pengangkutan dan tenaga manusia bagi pelupusan tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengimport. • Bayaran lesen import ikan beku adalah B$20.00 bagi setiap konsainan. • Permohonan dan pembayaran lesen import ikan beku hendaklah melalui sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) (bdnsw.gov.bn) dengan menyertakan Free Sale Certificate atau Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten negara pengeksport atau Laporan Analisa Makmal yang dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf oleh Negara pengeksport. • Semua dokumen yang dikemukakan oleh Pengimport hendaklah dalam atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. • Setiap lesen import ikan beku yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan hanya sah bagi satu konsainan sahaja dan akan mansuh selepas satu bulan dari tarikh ianya dikeluarkan. • Pegawai-Pegawai Yang Diberikuasa boleh menahan atau memeriksa mana-mana konsainan ikan beku yang diimport pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 3 dari 5 • Pengarah Perikanan berhak menegah pengimportan mana-mana spesies ikan atau ikan yang berasal dari tempat-tempat tertentu mengikut keperluan langkah-langkah biosekuriti. • Syarat-syarat lain adalah seperti yang dikuatkuasakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan Peraturan-Peraturan Perikanan yang berkuatkuasa pada masa ini. • Pengarah Perikanan berhak untuk menambah atau mengubah syarat-syarat ini mengikut keperluan dari masa ke semasa dan berhak untuk membatalkan lesen import ikan beku yang telah dikeluarkan. • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. • Kegagalan mematuhi Syarat-Syarat Lesen Import Ikan Beku adalah merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perikanan, 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 4 dari 5 Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat yang tersebut di atas. Nama : Jawatan : Syarikat dan Alamat : No. Kad Pengenalan : No. Telefon : (ofis) (hp) (fax) Emel : Tandatangan : Tarikh : ========================================================================== UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Pegawai Yang Diberikuasa : Nama : Jawatan : Tandatangan : Tarikh : JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN muka 5 dari 5 SENARAI SPESIES IKAN YANG DITEGAH UNTUK DIIMPORT OLEH JABATAN PERIKANAN Lampiran